Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha

Salam Raya haji, dan selamat berpuasa dimusim arafah. Perut masuk angin itu adalah pekara biasa agi yang jarang puasa seperti yang sedang saya alami sekarang. Walaupun sempat bersahur pagi tadi, tapi saya tak tahu kenapa masih sakit. Apapun saya redha dan sabar. Untung masih belum rasa lapar. kalau tiba2 rasa lapar nanti mungkin tidur penyelesaian bagi kedua-dua masalah diatas.
Semoga Allah swt mengampunkan dosa saya dan tuan/puan di hari yang penuh sejarah ini.

Bila laa dapat buat haji nii.. =_='

Sunday, November 14, 2010

Kunci Kejayaan

Seperti hari-hari Ahad sebelum ini, memang terasa singkat kerana keesokannya adalah hari kerja. Hujung tahun adalah hari yang sibuk melayan kerenah pelanggan yang kebanyakkan akan tekan kita sampai rasa nak penyet. (tempah last minit).

Lumrah berniaga. Kesabaran adalah faktor yang penting. tidak kira anda bos atau kuli. kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Selain dari sabar dalam aspek pekerjaan, Sifat sabar ini juga perlu ada dalam setiap jiwa manusia. Percayalah bila anda tidak sabar seperti terus memarahi seseorang, anda akan rasa bersalah kemudiannya, walaupun memang salah dia, anda akan rasa rugi kerana menegur dengan cara biadap.

Dalam posting ini sepatutnya saya akan upload gambar saya bermain-main ditapak projek saya. Saya terlalu excited utk letak gambar itu, malangnya saya sudah pun pindahkan koleksi album itu dikomputer pejabat. sekarang saya sabar hingga esok, itupun kalau ada ruang untuk saya buka internet.


Monday, November 1, 2010

November 1 : Saya tak tahu

السلام عليكم

Alhamdulillah. Terima kasih pada yang mengingati ulang tahun kelahiran saya. terharu juga kerana saya sendiri macam tak pecaya hari ini hari peringatan kelahiran saya dibumi ini. Lahir dihujung tahun kadang-kadang membuat diri terasa muda kerana lambatnya menunggu Hari Jadi bila masuk tahun baru.

Tahun ini amat bermakna buat saya atas perubahan persekitaran dan juga pada diri saya. Di awal pagi 1 november saya tidak lagi tertunggu-tunggu panggilan dari sahabat-sahabat saya untuk memberi ucapan. Tapi pada pagi itu saya baring sambil memikirkan kejadian saya, proses kehidupan saya dan hingga saya bertemuNya nanti.

Saya membayangkan bagaimana rasanya bila mati. Tahap mana persediaan saya?. Saya mempunyai keluarga yang lengkap sekarang dan saya amat kasihi mereka, tapi apakah kasih saya itu akan kekal hingga ke akhirat atau setakat akhir hayat?. Apakah Tuhan terima saya dengan rasa kasihNya atau sebaliknya?

Saya takut akan kehilangan, dan saya sedar sabar itu adalah jalan ke syurga. Mungkin saya boleh menasihati ibu yang kehilangan anak supaya bersabar, tapi apakah saya tahu apa yang mereka rasa? sedang ia bukan terjadi keatas saya. Hari ini sedih, esok senyum, minggu depan ketawa. Tetapi hati yang luka ambil masa bertahun untuk sembuh. saya sendiri tidak tahu.

Sedang duduk menunggu pesanan makanan tiba-tiba datang penjual vcd haram mengharapkan belian. Saya hanya berpaling tanda tidak mahu beli, dan dia beredar dgn ucapan "TQ". Sentap hati saya, bukan kerana kata dia, tapi terasa seolah roh saya dijasadnya. Walaupun benar atau tidak itu yg penjual itu rasa, tapi saya tidak setuju dgn tindakan saya. Seharusnya saya menolak dengan senyuman, kerana disitu ada 'sabar'. Bayangkan kecewanya dia bila pada saya itu harapan bagi dia untuk makan malam bersama keluarga? (tak kisahlah apa perniagaan dia, asalkan dia manusia. saya cerita tentang komunikasi hati ke hati) saya tak tahu apa yang dia rasa...

Bercakap mengenai impian, jika dimakbulkan disini belum tentu saya akan puas.

"Ya Allah, Aku bersyukur pada nikmat yang Kau limpahkan padaku, aku bersyukur padaMu akan hidayah yang Kau turunkan padaku,
Kau kurniakanlah anugerah hidayah dan taufik ini pada HambaMu yang lain, sahabat-sahabatku, dan keluargaKu,
Apa lagi harusku harapkan melainkan KasihMu dan SyurgaMu.

Aku ingin dekat padaMu, sedekat yang Kau izinkan antara Mu dengan hambaMu.


Ya Allah, Aku mohon kekuatan dariMu keatas ujian buatku yang telah Kau tetapkan dalam

loh mahfuz. Ampuni hambaMu yang sering lupa, Selamatkanlah kami dari AzabMu yang pedih.

Aku mohon Kau jadikanlah aku hamba yang bersabar atas ujianMu hingga dapat ku jejak kakiku ke

SyurgaMU. "


Ciptaan Allah amat unik dan detail, 1:1. tiada 2 yang sama..

*p/s: Walaupun movie 2012 adalah karut, tapi membawa kesedaran.

Friday, October 29, 2010

Update Lagi!


السلام عليكم

Nak pegi makan pula, jumpa selepas ini...

..48hrs kemudian..

Biasalah lepas balik dari makan malam itu, perut kekenyangan..proses penghadaman tak berapa lama sebab saya tiba2 tertidur. Waktu itu bersemangat dengan topik kejadian kemalangan depan kedai ayah saya. tapi sekarang 2 hari sudah..cerita pun dah basi.

Semalam hari Jumaat seperti biasa saya tidak sedar hari itu hari jumaat, datang semangat kerja yang tinggi. Disebabkan lupa juga saya memaksa 2 orang tukang cat untuk menyiapkan kerja yang tak start lagi pun dah betangguh2 selama 2 hari, jadi hari jumaat yg saya tak sedar jumaat, mereka mesti habiskannya pada hari itu. Rasa bersalah juga, tapi saya dah suruh mereka berhenti solat, tapi mereka buat "dono" je. saya ni pun malu juga nak ngadap mereka yg buat tak reti, saya keluar dari ofis itu mencari makan. (makan lagii)

Hampir 2 jam meninggalkan tukang cat itu, saya kembali ke ta
pak projek dan Alhamdulillah sudah selesai. Kebetulan wireman ada di area projek saya itu, dapat juga wireman datang menyiapkan bahagian mereka. jadi 2 kerja sudah selesai! Alhamdulillah.

Jam sudah hampir 4.30petang, saya bergegas pulang ke Ampang untuk mengelak kesesakan dan saya tiba 20minit kemudian. Walaupun terselamat dalam lalulintas, tetapi saya tidak selamat di tempat kerja kerana masih banyak kerja yg perlu saya selesaikan sebelum otak saya pula mengalami keseksakan. :( .
Saya pun tak tahu apa yang cuba saya nak sampaikan, mungkin tajuk yang sesuai utk cerita ini adalah seperti : "Jumaat yang panjang", Jumaat yang sibuk" or whatever.

sebenarnya saya hanya kembali untuk megisi "Update Lagi" yg saya tinggalkan hanya sebaris ayat tergantung.


Ini sebahagian gambar sekitar kejadian petang itu. Yang peliknya saya pun tak perasan kereta ini melambung, sangka langgar sikit je bila dengar dentuman yg biasa2 dengar dan hon bas mcm nak taknak, Bila pemandu kereta Alphard putih (ingatkan client saya) berhenti dan belari ke seberang jalan baru nampak 4 tayar sudah diatas. Inalillahi.. Alhamdulillah, Selamat pemandunya.

Saturday, October 23, 2010

Kisah October

Setiap manusia diuji Allah swt dengan ujian yang mampu diatasinya.
Datangnya ujian tanda Sayangnya Allah swt pada kita
Apa salahnya terima dengan senyuman dan serah segalanya pada Nya, Insya Allah Tenang dan selamat :)
(Gambar Dinding : Arita Hanim)

Terasa lamanya tak meng'update' cerita. Oktober adalah tragedi bagi saya. Terlalu banyak perkara yang terjawab di bulan oktober ini. Alhamdulillah, Tuhan menguji hambanya tahap yang hambanya mampu. Syukur saya masih boleh senyum, masih cergas dan cerdas, ini semua kerana prinsip yang sudah sebati dgn saya iaitu YANG SUDAH LEPAS, LEPAS! apa yang penting adalah yang akan datang. Pengalaman mengajar kita walaupun kita degil. Macam-macam manusia juga sudah kenal manusia berotak alien, alien bertopeng manusia.. terlalu indah ciptaan Allah ni dan setiap perincian amatlah berbeza, Subhanallah.. Banyak-banyaklah beringat kepada Dia juga akan kita kembali.

Oh! dalam Oktober ini juga saya mengalami beberapa saat dimana saya selalu bayangkan bagaimana bila sudah tiada roh didalam jasad ini. Peristiwa hitam 101010 banyak mengingatkan saya pada MATI. Kemalangan ngeri di lebuhraya seremban menghantui saya tiap kali memandu, walaupun saya hanya melihatnya di akhbar. (kalau tengok depan mata sure saya yang koma..).

Disebalik pahit pahit dibulan Oktober ini, Alhamdulillah Allah memberi kemanisan dengan limpahan rahma pada perniagaan ayah saya, dan juga sepertinya Jalan cita-cita saya untuk ke Makkah mula menampakkan sinarnya. Alhamdulillah, saya taknak cerita lebih lagi tentang ini, saya hanya minta pada pembaca agar doakan tugas saya ni berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang baik di dunia dan akhirat. ok sebut sama! : Aminnn Ya Rabb!~

:) thanks for reading.

Monday, September 20, 2010

Malam yang bosan

Malam tadi terjaga dari tidur. tertiba ternampak benda hijau bercahaya disebelah. terkejut saya. berpinar-pinar mata, berderau darah. namun sela beberapa saat baru saya sedar itu adalah Blackberry saya yang telah diganti dengan baju yang dinamakan 'glow in the dark'. fuh.. lega kembali sambil menekan-nekan kekunci telefon pintar itu walaupun saya tahu credit tidak mencukupi untuk membuat apa2 talian.

ingatkan alien sudah turun ke bumi.

Sunday, September 19, 2010

Cerita Sireh

Makin liat mengupdate blog mungkin juga saya semakin malas mungkin juga lumrah hari tertentu setiap bulan. Saya menulis blog kerana saya bisu bila berbicara. Sudah lama saya sedar saya ini dari spesis yang takkan berbicara kosong. memang saya tidak pandai berborak. tapi kalau ada yang sapa saya dan boleh masuk 'gu' mungkin ada yang terkejut melihat keramahan saya. Bukan saya sombong tapi saya sebenarnya Spesis Pemalu. Dan sebenarnya bukan ini yang saya nak bebelkan.

Sebelum itu saya iklankan ucapan tahniah kepada aunty kecik saya Zaira diatas pertunangannya dgn bakal uncle kecik saya (Insyallah) semoga pertunangan ini menjadi landasan mengenal budi dan terikat hingga ke ikatan pernikahan.
Majlis mereka berlansung dengan penuh beradat. mane taknye, pihak lelaki orang Nogori 9.

mengertilah saya sedikit sebanyak tentang adat mereka terutamanya dalam penyerahan sirih junjung, sirih dalam beg hinggalah makan sirih. Aduh, saya pun kena makan atas alasan saya masih single. (telan jelah. amat pelik rasenye) Kata org2 tua supaya cepat disunting, ada juga kata untuk naik seri. ape pun saya makan sebab hormat mereka. kang kecik hati pulak.. Puas jugak saya tetapkan niat berserah pada Allah, jauhkan saya dari syirik. bukan kerana sirih ini jodoh saya datang, tapi kerana Allah jua.

Sirih ini dimakan dengan sedikit kapur dan sepotong pinang. Banyak juga jenis daun sirih ni. ada sirih keling, sirih kampung, sirih ape ntah lagi satu, tak ingat saya nama dia. ada yang tgk urat, kalau luruh maksudnya itu (carila sendiri), yang urat bengkok begini. apepun Yeks pahit! tapi saya ingat dulu waktu kecik2 saya penah juga gigit2 sireh pinang kepunyaan datuk saya. mungkin sbb dah lama tak gigit agaknya. Oh selang beberapa minit selepas saya makan, adik si yang bertunang itu turut ikut makan. tapi cepat sangat tangan dia ambil sirih yg disumbat dgn kapur yang banyak. ee..ape agaknya rase dia. bagi yang belum penah cuba, sila minta tunjuk ajar orang tua. jangan main belasah je makan, takut hilang deria rasa nanti.

nancy ajram - artis wanita antara paling berpengaruh di Timur tengah. cantik cuma didunia..



Wednesday, September 15, 2010

Sheila Majid : Ku Mohon

sudah 6 syawal eh?

lama tak dengar lagu lama-lama, zaman dolu-dolu zaman hingusan. oh ingat lagi rambut zaiton sameon yang mengerbang dipadankan dengan baju bulu ayam dari leher hingga hujung kaki. ha ha ha. hari ini raya ke..ke... ke-6! . oh belum start lagi puasa 6ku.

besok kerja. lusa juga kerja. ahad kerja dirumah. lepas itu isnin kembali kerja. senang cerita hari-hari kerja sebenarnya. Raya saya biasa sahaja. tiada bling bling, tiada lagu raya 24hrs, tiada duit raya yang banyak macam dulu-dulu. saya juga tak banyak ke rumah sedara kali ni sebab kami banyak berjumpa dalam 1 tempat. (bagus la jimat masa dan tenaga). boleh dikatakan raya kali ini banyak aktiviti tidur. makan-solat-tidur. itulah rutin hari-hari selain dari menyakat sepupu yang "halus-halus" (cikenit).

Syawal 5 saya sudah berada diKL. Alhamdulillah perjalanan yang mengenyangkan kerana sebelum berangkat pekena nasi kandar di Sg.Petani, tengah jalan singgah Chankat jering pekena Mee Udang Laziz. Bila sampai KL jam 5.00 petang saya bantai tidur hingga pagi tadi. ops! jgn fikir bukan2 saya bangun 10minit pada masa-masa solat sahaja.

Hari pertama beraya dipejabat dalam gelap. ahh atas kesilapan TNB. menung dalam ofis tu hingga jam 5.00 petang elektrik pun sudah disambungkan saya bangun ambil kunci kereta dan pulang. Faedahnya elektrik tak ada, saya buat kerja2 yang takperlu guna elektrik seperti sapu sampah, lap-lap display items, pelekat-pelekat dan baca al-Quran 1 juz (kalau start awal tu boleh katam agaknya).

Malam ini jiwa agak mental dengan lagu2 slow. terutama lagu sheila majid. tak sabar rasanya nak jumpa bayang-bayang untuk berkaraoke.
Setiap hari ku mohon Agar Kau sentiasa Memberiku ketenangan Dalam hati kekuatan Menempuhi segala Dugaan yang mencabar ini Pasti, punya ertinya  Engkau beriku harapan Menjawab s'gala persoalan Hadapi semua dalam tenang Dengan merasa kesyukuran Ku doa Kau selalu Mengawasi gerak-geriku Berkatilah... ku perlu rahmat darimu  Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku Untuk menempuhi segala Hidup penuh cabaran ini Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu Agar jiwaku tenang Dalam bimbingan mu, selalu  Adakala ku merasa Hidup ini seperti kaca Jikalau tidak bersabar Hancur berderailah akhirnya Tabahkanlah hatiku Melalui semua itu, oh Kuatkanlah, cekalkanlah diriku  Curahkanlah nikmat Mu Pada hidupku

Tuesday, September 7, 2010

Syawal akan tiba


Sangat rancak sekarang umat islam mengirim ucapan salam aidilfitri. ada buat kad, ada beli kada, ada tempah kad. dah paling jimat sen adalah ucapan melalui internet, email, facebook, handbook, legbook dan sebagainya.

Pada mulanya saya tidak merancang untuk memberi ucapan sehingga tiba syawal nanti. akan tetapi terlalu ramai sudah mengirim padanya, dan saya cuma diam ja sampai ada yang terasa. Oleh itu. nah ini dia ucapan dari saya. Maaf atas segala kekurangan, yang terasa hati dengan saya, yang geram baca blog saya, dan pada semua yang kenal saya tidak kira siapa anda, pada orang2 yang saya selamba rock je saya ajak berborak. Pak cik, kakak2 abang2. Pakcik yang rajin lap lantai masjidilharam tu. saya ingat pak cik janggut putih umur dalam 60 an. bersungguh2 mengelap lantai masjid walapun dah berkilat lantai tu. Selamat menyambut aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kemenangan. Allahu Akbar!



Malam 26 terakhir bersama

Malam 26 ramadan lepas adalah hari terakhir berbuka puasa dengan adik-adik saya yang datang dari jauh. Merakam saat ini tidak ternilai harganya. Tidak tahu bila akan berkumpul lagi. Insya Allah ramadan akan datang dapat bersama lagi dengan lebih melengkapi.

Baca doa sebelum berbuka oleh Muazzin Azri yang paling kecik tuu.. :)

menu lazim chicken mandey dan home made pizza.

Monday, September 6, 2010

Rindu Datang Lagi

Dengan jujur dan terus terang, saya mencari tempat ketenangan yang jauh dari hiburan, jauh dari maksiat, jauh dari syirik, jauh dari orang yang berdendam, orang yang kurang sabar, orang yang berperansangka buruk, orang yang menfitnah dan macam-macam aura negatif dan persekitaran yang tidak sihat. Saya sedar inilah sebahagian ujian dari Allah swt. supaya kita dapat meningkatkan ketaqwaan dari menghindari dari terjebak dan memperluaskan dakwah sebanyak mungkin.

Dengan jujurnya sejak melihat ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan saya ulang alik ke Makkah, hati saya sudah terdetik bilakah Allah swt ingin menjemput saya pula? Akankah saya kesana? dan ada ketika saya menangis memandang gambaran kaabah pada sejadah sembahyang saya. Terasa diri sungguh tidak layak kesana dengan amalan yang cetek. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya menjadi tetamunya.

Jujur dari hati saya, disaat menanti hari ke Makkah, saya berasa berdebar disamping gembira tak terkata. Dengan niat agar Allah terima saya disana, terima taubat saya. Alhamdulillah, bimbingan Ust. Khalid membawa saya mengenal Hati. dan Hati ini jatuh cinta pada Makkah.

Demi Allah, sampai sahaja di Jeddah. Hati saya makin tidak sabar ke Madinah dan Makkah. Setiap perjalanan saya cuba membiasakan pemandangan bumi arab yang tidak seceria Kuala Lumpur mahupun ampang. Setiap langkah keinsafan bertambah.

Terkelu lidah kelihatan kubah hijau dari jauh. berderau darah melihat lembah bercahaya dari berpuluh kilometer jauhnya. Saat memasuki Tanah Haram hanya tuhan yang tau perasaan saya. Disaat itu saya tanamkan azam saya perlu tinggal disini dengan lebih lama. Tidak puas beribadah disana. tidak jemu, walaupun mengantuk dan letih, kekuatan masih ada.

Sekarang jauh dari Makkah rindu tak terkata.. Ini baru lihat Makkah. Andaikan dihadiahkan Allah melihat syurgaNya... Sedangkan belum terlihat sudahpun rindu padanya.

Setelah direnungkan kembali. Saya impikan kehidupan yang penuh sederhana, suasana Islam yang tenang, dikelilingi orang yang sabar, senyum bila marah, redha bila ditimpa musibah. Seimbang dalam aspek kehidupan. tidak terlalu keduniaan, tidak pula terlebih amal hingga tanggungjawab terabai. Susah dicari kehidupan seperti ini. Beruntunglah pada yang sedang mengalaminya. Syukur Alhamdulillah.

Kadangkala saya takut terus hidup begini, disini. Tapi takut juga mati dengan amalan yang cetek. Saya Idamkan Syurga. Saya Impikan bertemu Rasulullah. Saya Inginkan cinta Allah.
Itu saja yang saya inginkan. Disini, dunia. saya hanya jalankan kehidupan sebagai hamba dan anak mungkin isteri dan ibu suatu hari nanti. Namun saya tak mengharapkan apa2 didunia ini lebih dari Amalan saya diterima Allah supaya dapat saya mendiami Syurga Allah.

Kehidupan ini singkat..
segunung emas, amalan jua yang terangkat...
tak perlu anda merasa rugi harta dunia..
tak perlu berperangsangka melainkan yg baik pada orang lain
agar tidak membawa anda kearah fitnah..
ciptalah iman, ciptalah pahala.. hanya itu penentu nasib anda disana..

Ya Allah.. andai ditakdirkan jodohku didunia... kurniakan ikhwan yang soleh, yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMu.


sesungguhnya Ya Allah, Tuhan Maha Agung, Tuhan Maha Kaya. Aku amat Rindu padaMu.



Air Mata 27 Ramadhan

Alhamdulillah sudah 27 Ramadhan hari ini.

Malam tadi malam ke 27 Ramadhan yang diramalkan oleh kebanyakkan ulama iaitu malam al-Qadr. Berjuta-juta umat islam rancak memperbanyakkan ibadat. Yang berkemampuan berebut-rebut ke Masjid Al-Haram, yang jauh mendekati masjid-masjid dan surau-surau, tidak kurang yang berusaha melawan nafsu tidur bersengkang mata dirumah membaca al-Quran dan melakukan solat-solat sunat yang afdal.

Sebenarnya saya sendiri tak perasan malam tadi adalah malam 27. Itu pun apabila berborak dengan sedara dan ibu malam tadi. Tapi saya tak berasa apa2 cuma seram sejuk bila sedara ceritakan pengalaman moyangnya mendapat LailatulQadr.

kedatangan tetamu malam tadi menyebabkan saya lambat beranjak tidur. disekitar 2pagi. saya baru selesai terawih solo. oleh kerana dah niat nak baca yasin sebelum tidur, saya turun kebawah baca diruang tamu bagi mengelak katil memanggil-manggil. kebetulan tv masih terpasang, cn 106 oasis. Solat Terawih live dari Makkah ditayangkan.. saya hanya memandang berberapa saat kemudian terus duduk disofa meneruskan bacaan.

Selesai baca jam 3pagi. saya sudah betul-betul perlu tidur. saya bangun dari sofa dan terus mencari remote tv untuk menamatkan khidmatnya pada hari itu. tapi dalam nak tutup tu..10 minit juga saya berdiri menonton tayangan sekitar masjid al-haram sambil teringat waktu umrah dulu.

Saat camera merakam jelas Baitullah, dalam tak sedar air mata mengalir.

************

T_T

Sunday, September 5, 2010

Condo! I'm in love

Masya Allah! Ramadhan mengimbau kembali kenangan di Ramadhan yang lepas. Pertama kali berpuasa sendiri, jauh dari keluarga. Bersahur dan berbuka bersama teman-teman dari seberang Martha, Mita, Anggi, Eka dan Fura (local). Kami sama-sama menginap dicondo yang dikhaskan untuk pelajar international walaupun saya dan fura orang local.

Pada mulanya saya risau juga sambut ramadhan tanpa family. teringatkan lauk sedap-sedap yang mama masak, bagaimana dengan sahur. dan paling utama kewangan saya memandangkan waktu tu hampir dengan final, nak beli makan utk berbuka selama 30hari? nasi+ayam rm 5, air masak, kuih muih rm2, sahur rm5 tolak campur rm15/sehari x 30 =.rm450. board lagi, nak print utk presentation, minyak kereta...

Namun apa yang saya risaukan itu semua berlaku sebaliknya.

sepanjang ramadhan, boleh dikatakan tiap-tiap hari kami masak. cuma 2orang akan ditugaskan untuk membeli kuih muih dan fancy drink. dari situ mula episod saya mempelajari pelbagai masakan hinggakan saya rasa saya perlu tukar kursus. waktu sahur pun masak tapi waktu ini kami selesa bersahur diluar kerana segelas teh tarik.

Dan amazingly dalam sibuk-sibuk belajar, saya sangka mungkin saya tidak sempat untuk solat terawih. Oh tersasar sekali, Allah mudahkan memang amat mudah dan selesa sekali kami solat terawih besama-sama, hingga sanggup memandu ke masjid besar sedangkan surau dicondo kami diimamkan oleh pelajar dari Yemen lagi.

Pembelajaran saya lansung tidak terganggu, walaupun kalangan kawan saya tidak cukup tidur, saya terlebih tidur..boleh masak..jalan-jalan beli barang dapur.. emm saya sendiri hairan bila fikirkan balik. Alhamdulillah.

nak diceritakan lagi malangnya saya perlu beredar dari ruangan ini memandangkan ada kerja perlu diselesaikan. Insya Allah ada sambungan gratis. :)

Monday, August 30, 2010

Ya Allah. Terima Kasih. 15 Nov 2011 yang dinanti..

Pagi tadi setiba di pejabat terima panggilan dari DiGi Helpline.
Dia menanyakan beberapa soalan utk pengesahan termasuk la no. Ic. Mama saya dari dekat dengar, melarang saya beri no. ic sebab takut org nak khianat. tapi sebab saya tahu yang call itu dari digi saya bagi je..

Macam tak percaya dengan satu soalan mudah saya telah diberi free Hp Blackberry bold 9700. Alhamdulillah.. rezeki Allah beri.

tapi 2bulan lagi baru dapat. Sabar je laa.. tak rugi ape pun.. sekarang saya tidak lagi tertunggu2 tarikh 1 nov (iaitu tarikh ulangtahun kelahiran saya), tetapi saya menanti2 tarikh 15 nov 2010. huhu

semak di website digi tadi. Yay! namaku ada disituu.. :))




Kakiku Kenapa?

Pagi tadi bangun2 terasa pelik dikedua-dua pergelangan kaki saya. Rasanya seperti anda terseliuh. tapi yang peliknya, saya tak terseliuh, tapi saya yakin, jika hari ini saya tidak melangkah dengan berhati-hati, kaki saya ini akan mudah terseliuh.

Jadinya hari ini saya melangkah ayu.

Ms.&Mr. Lambat Mesra

Dua sikenit dalam pic. ini ialah sepupu saya. Ya sepupu, bukan anak buah. nak tunggu ada nak buah tak tau laa bila. Tuhan Maha Kaya , die beri sepupu yang comel-comel dalam family saya. satu je masalah budak2 ni, asal datang rumah mesti nangis senangis2nya sebelum nak mesra dengan kami. Sepupu2 saya yang lain ok ja lentok dgn saya. tp dua org ni mmg pelik. Mungkin sebab kami berjauhan agaknya. Si kakak nama dia Ahlam Farihah dan adiknya yang dipanggil Mat saleh oleh kakaknya bernama Muhammad Rayyan. seorang lagi adik dia tak dibawa shopping bersama . Baru lahir, sya pun tak tengok lagi huhu.. Ahlam Nasya. Itulah yg membuktikan bertapa jauhnya KL-Batu Pahat.

Kerana Perut

sakit mata tak?

Menu baru lagi lagi lagi. Bashamill, pizza dan nasi arab (nasi buah pelaga). Maaf la tak sempat nak bagi semua rasa. saya cuma ada lagi 5 minit utk dihidangkan sebelum berbuka. kalau teringin nak rasa boleh ja..Doakan la kami dapat buka restoran Arab. hahaha.
Acara main masak-masak kali ini agak meletihkan kerana mlm sebelum itu saya tak cukup tidur, begitu juga incik Nabeel. ditambah lagi dengan sakit belakang yang sering mengejut diwaktu pagi, tak terbangun saya sehingga jam 11pagi nekad juga bangun kerana terfikirkan pizza yang dijanjikan.

Dalam jam 12 ke Carrefour . shopping punya laa lama sampai jam 3petang. berhempas pulas saya dan Hj. Nabeel memasak. berselang seli pergi solat. masing2 sgt serius dengan tugas yang pandai2 cari. ya. Demi masa.

Sekitar jam 6.30, sementara menunggu Bashamill masak didlm oven, kami menyediakan accessories pizza. waktu ini penuh la dapur dengan adik2 saya, masing2 menghias mengikut nafsu perut. jadinya pizza semua buncit2 dengan sos, isi dan cheese... pizza je buncit. kami maintain.. Alhamdulillah..

Selamat menjamu sambil mengabur mata. :D



Friday, August 27, 2010

Alhamdulillah الحمد لله رب العالمين

Hari ini menu tunjuk dengan nasi putih mantap berserta sambal belancan meletup.

Akhirnya, sambal belacan padang jawa yang saya cuba fikir selama 1 tahun setengah (nak tanya mbak kedai tu nanti takut dia risau saya tak datang2 dah warung dia..) resepinya sudah saya tawan.

Tapi hari ni xtra pedas, nasib baik letak nasi 1/2 senduk je, dan disebabkan meletupnya sambal belacan itu, saya tak tambah lagi nasi... habiskan yang dipinggan je dan makan kuih donut keras. (Alhamdulillah)

walaupun nampak mcm tak meriah, tapi Tuhan beri saya kekenyangan. Harap kejap lagi perform terawih lancar dan cargas!

Alhamdulillah. :)

Hari ini Nuzul Al-Quran

Yay selangor cuti. tapi saya kerja hari ini. apekan daya, family business...kerja untuk periuk nasi sendiri.

Kata orang hari baik ni elok laa perbanyakkan baca al-Quran, yang selalu baca berjuz2 sehari banyakkan lagi juz2nya, yang baca 2-3 helai tambahkan lagi 5-6 helai..yang seminggu sekali baca.. baca utk seminggu akan datang.. yang tak pernah baca lansung, buka laa kitab IQRA 1 takut dah tak kenal huruf al-Quran ni..

Pagi tadi selepas sahur saya lansung ke ruang tamu, santai menunggu waktu subuh masuk, saya tgk tv3 program Kalammullah.. dengar bacaan dari adik Amin al- ape ntah.. surah al-Furqan. mmg sedap.. sampai nak hilang suare adik tu baca. siap dengan sujud tilawah die buat depat tv. Bagusnya kecil2 dah tau tertib membaca dan mengamal. Oh time2 tu jugak saya rasa tak sabar nak didik bakal anak saya mengikut sunnah. siap berangan lagi nak perdengarkan al-quran dari roh zuriat saya masuk dalam badan.he he he
(angan2 je. berdoa moga Allah bagi saya pengalaman ini).

Oh ya. buat artikel "Lelaki Idaman Saya" tu, jangan laa anda semua penat2 fikir yang tersirat. Yang tersiratnya memang tak tersirat pun. sebab semua yang cerita disini adalah keluar secara spontan dan hanya yg tersurat.

Allah dah tetapkan Jodoh buat saya, mungkin disini, mungkin juga di akhirat nanti. saya berfirman dengan Qada & QadarNya.

berbalik kepada n3 Nuzul Al-Quran, Ini ada artikel yg dapat dari laman blog TAZKIRAH.
saya copy paste je kat sini. sebab saya belum cukup ilmu utk mengulas tentang Al-Quran.

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Thursday, August 26, 2010

DIA... bagus

Lelaki Idaman Saya

Saya baru mengenali dia... dari kenalan baru saya..
Pertama kali melihat dia saya kurang yakin..
walaupun dia nun jauh disana, sangat JAUH... melabur +/- 7k jugak laa nak ke sana.
tapi hati kami DEKAT akan AGAMA yang dikongsi bersama...

Bila dia mula berkata saya rasa..saya rasa.. saya tau apa yang ingin dia mulakan.
Oh inti pati katanya sangat jelas, lenggok bahasanya sangat lembut...

Dia sedang berada dipuncak kerjaya, kerjaya yang membina iman, usahawan, pendakwah...
saya pasti ramai lelaki yang mencemburinya, wanita diluar sana berharap akannya... pakej yang ada padanya sangat lengkap. Segak, bergaya, putih bersih, senyuman manis.. tuah badan siapa yang memilikinya..

Cinta saya bukanlah padanya, saya hanya layak sebagai peminat dari jauh.
namun bagi saya biar jauh dimata, tetapi dihati tidak akan lenyap..

saya pasti anda tertanya siapa lelaki itu.. DIA boleh juga anda lihat disini

Video diatas adalah antara yang saya minati. :)

Awas kalau jatuh cinta padanya..... ^__^

* lelaki itu Sheikh Misyari Rashid Al-Afasy. Pendakwah Nasheed dari Arab Saudi.
tak perlu laa anda semua susah2 fikir siapa lelaki yang tersirat. Yang tersiratnya memang tak tersirat pun. sebab semua yang cerita disini adalah keluar secara spontan dan hanya yg tersurat. Saya recommend anda yang belum kenal artist ini, buka di youtube video - al-Mulk. anda mesti jatuh lentok dengan bacaannya. :)

bulan ramadan, bulan memasak

malam tadi kononnya saja2 je nak try buka n3 baru guna ipad. sekali hampeh.. dapat type tajuk je. ruang nak type post tu tak timbul2 keyboardnya akhirnya saya pun shut down semua termasuk saya.

Pagi tadi bangun melihat belog saya hanya update tittle, isi tak dak huhu. sekarang 5:10pm. Ya Allah, dah pukul 5. bermakna saya perlu pulang sekarang juga untuk buat persiapan berbuka.

Ni saya nak ceita juga kejap.

Bulan ini rasenye paling aktive masak menu "grand" bak kata kawan indo saya. tapi bulan paling banyak saya memasak adalah bulan2 dimana saya merantau sebagai seorang pelajar. sekarang sudah tidak lagi, mama yg menjawat sebagai chef dapur. saya dipejabat. Specialnya bulan ini, mood nak masak pasang surut.. tapi nampaknya menjadi2. Tapi kebanyakkan menu Timur tengah dan menu mengidam = ayam pecel padang jawa. (nyum! nyum!).

Soalnya bukan saya malas masak, tapi sebagai anak perempuan tunggal yg dah besar, saya respect masakan ibu saya, selagi dia hidup saya nak rasa masakan dia puas2. tapi andaikata saya yang pergi dulu, kenang2lah masakan saya yang sebulan sekali tu. heheh.

saya tahu saya masak sedap, biar saya saja yang tahu. hehehe..
Apapun masakan ibu saya lebih sedap dari saya laa.. die masak 365 sehari, saya sebulan sekali belum tentu.. kalau dah kahwin lain la cerita... la la la la la ok. tutup n3. nak balik masak nasi. Nasi ni paling handal.. pejam mata je. rase mmg tak berubah walau masak sekawah.

Selamat berbuka semua. wsalam

Wednesday, August 25, 2010

Bila Imam Bersuara

Salam 15 Ramadan. Alhamdulillah sudah makin dekat hari untuk mengejar malam lailatul Qadr. Semoga Allah memberi kesempatan buat kita bertemu malam berkah itu. Aminn..

Oh, saya muslimat jadi saya bukanlah imam. harap tajuk diatas tidak mengelirukan anda.

Hari ni mood saya nak berkisah sikit tentang kisah2 dibulan ramadan. ini cerita dalam Malaysia . adat mane datang tidak tau la saya.. tapi asal ramadhan je timbul mesti ade cerita pasal IMAM terawih.
Taman-taman, kampung-kampung, dusun-dusun, semua pakat meng"import" imam al-hafiz dari serata dunia utk imamkan rakyat kampung mereka ni. Imam local pun ada juga. bagus laa tradisi ni.. asalkan yg imamkan kite tu org baik2..org alim. yelah 20 rakaat takkan nak ulang2 4qhull je kan?

Ape yg kontroversi ke kontraversi eh? dalam bulan kita mengumpul pahala, masih ada kata2 sumbang. Komplen, tak puas hati hanya asbab yg tak masuk akal iaitu : IMAM BACA TAK SEDAP, TAK BEST, TAK SYAHDU mcm2 lagi. tak kurang juga komplen imam ni BACA SANGKUT, LUPA "LIRIK". Astagfirullah...

Kita ni solat nak dapat pahala ibadat. Hairan saya kenapa sempat lagi mereka2 ni nak komplen2. kalau ikutkan masa solat tu dengar imam baca sambil2 tu scan amal2 kita yang lepas2..layak ke masuk syurga? mohon Allah ampunkan mohon amal ibadat ni diangkat kelangit.. bukan dengar imam baca kemudian kita jadi JURI suara sedap atau tidak, pitching lari, tone takde...oh tidak. Bacaan perlu Tepat! bukan merdu. dalam solat solo pun kita tidak digalakkan baca berlagu kan?!

kadang2 trfikir mereka2 yang komplen ni terlupakah? jangan sia2kan amalan kita.

Bab lupa "lirik" ade juga hamba Allah yang komplen..imam baca sangkut2..kejap2 lupa.. tapi setahu saya walaupun tersangkut, tapi ada yg bantu betulkan bacaan. Apalah salahnya, imam ini masih remaja, belum hafaz habis lagi al-Quran, pastilah ada yang tergabung dgn ayat yg lain. kita ni pun nak hafal yasin pun tak lekat2 lagi sampai habis.

Asal dibetulkan kembali tiada masalah. lain laa kalau salah terus. Yang komplen pun, kalau suka sgt komplen, duduk rumah buat sendiri. Sebelum sebut tu, ingatlah tahap kemampuan kita.. kalau al-hafiz ke hafizah ke lain cerita. tapi baik pi duduk tempat imamlah klu nak komplen lepas tu dengar pulak org judge kita.

lumrah hidup ni mmg saya tau kat mana2 pun timbul masalah ni. buat jemaah semua, sebagai makmum, dah niat ikut imam dan niat nak solat terawih dibulan ramadan lepas tu kita dengan Allah je.. tak perlu komplen. dalam ibadat ni antara kita dengan Allah bukan nya nanti sebab baca tak sedap, amal kita tak sampai kat Allah..

Semoga Allah mengampuni umat Islam seluruh muka bumi ini, dan limpahi hidayah yang tak terhingga buat semua manusia seluruh alam.

Selamat beribadat semua muslimin dan muslimat.

*ps:
Ustaz khalid pesan, orang yg cerdik mendoakan orang lain dahulu kemudian diakhiri utknya. Malaikat kat kiri kanan kita ni turut meng"amin"kan doa kita, dan dengan izin Allah makbulnya doa kita keatas orang lain itu, pahala yang dibuatnya akan dapat pada kita tanpa menguraingi pahala org itu dan juga sebaliknya.. Allahu Alam. Selamat beramal. doakan kesejahteraan umat Nabi Muhammad yang masih ditindas. doakan mereka yang masih sesat, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah buat mereka. Amin..

Tuesday, August 24, 2010

Jumpa.Makan.Borak



Tak perlu rancang gempak2, isi borang kutip duit, iklan rata2. hanya kirim inbox, bertemulah kami semua di Great Eastern Mall, Ampang hari Jumaat lepas. Walaupun semua diKL tapi jarang sekali boleh jumpa. Alhamdulillah dgn izin Allah, Majlis buka puasa yg ringkas ini berjalan dgn sgt lancar.. :)
*Insyallah next Ramadan jumpa lagi dengan bunting2 semua. kecuali saya. heheeh...





Monday, August 23, 2010

Ramadhan + Makanan Arab

Ramadhan dan Makanan Arab? tak yah fikir dulu, tidak ada kena mengena pun cuma baca je sampai habis OK.. :)

Ramadhan ni ada kelainan dalam keluarga sy. iaitu :

1) Biasanya kami bersahur dan berbuka seramai 8org = 7 family sy + 1
maid. Tetapi kali ini kami berbuka seramai beberapa orang, puasa pertama bersahur 13org, berbuka 10org, kemudian hari2 seterusnya bersahur dan berbuka 10org, dan dihari minggu 12org. dan sejak pertengahan bulan july rumah kami tak putus2 terima tetamu musafir dari makkah, thailand sekarang dirumah 3org anak yatim dari mahaad daruttahfiz Aceh. mereka imam terawih disurau taman kami. dan hujung minggu 2org anak angkat mama saya datang bercuti .. Alhamdulillah.

2) Ya. ada disebut tetamu dari makkah tadikann.. jadi kami tak lepaskan peluang belajar beberapa menu Arab ni. antaranya Mandey, Kasah, Saliq, Ghawsa eh tu kopi. Mahshee.. ade lagi satu desert, tak ingat pulak nama dia. Sungguh tak sangka.. Mudah betul menu arab ni.. tak serabut macam masakan malaysia.

3) dah tau tak kan simpan beku dalam otak kan.. Praktikkan laa.. dibawah ni antara yg dah di praktikkan. atas pemantauan Mr. Nabeel and Moneer (org arab yg tertinggal kat sini) .





Sekian tajuk hari ini, rasanya tak ucap lagi salam ramadhan dlm blog ini. Dengan itu, Selamat Berpuasa semua, sama2 kita menambah kebajikan dibulan Ramadhan yang penuh berkah ini. sesungguhnya bulan yang lebik baik dari 1000 bulan.. MasyaAllah.

Monday, August 16, 2010

Thursday, July 29, 2010

Menung satu


Salam semua. lama dah tak mengisi blog.. lately saya amatlah sibuk. Sibuk apa? Kaifarah tetamu.. jalan-jalan.. tapi bile dah lama sangat dok menyambut tetamu, kerja di pejabat pun sama naik.. jadinya..bile tetamu "bawa lari" parents saya bercuti lagi, tibalah masa mengadap kerja dipejabat.. takat buka fb tukar status dan (loghat kedah) leer..

Alhamdulilah.. masih sihat, bertenaga, bersemangat, masih waras dan masih ada punca rezeki. Masuk ni dah kali keberapa belas saya buka blog dan dok menongg.. ja. bukan takda isi..tapi tak terurai isi tu..

Oh ya, minggu lepas saya ke Banda Aceh. Masyallah..pergi melihat negara yang pernah dilanda mukjizat Allah banyak keinsafan. Mati terasa makin dekat, cukupkah amalku bila mati nanti? Ya Allah ampunkanlah dosa2 Hambamu ini..Insyallah dalam masa terdekat akan saya upload foto2 kenangan di sana.

Buat semua muslimin, muslimat.. semoga sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah swt. Sempena bula syaaban ni..banyakkan selawat keatas junjungan nabi kita Muhammad saw. Sama2 kita persiapkan diri untuk menyambut bulan Ramdhan yang penuh berkah, semoga Allah swt memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik dan dapat kita manfaatkan bulan Ramadhan akan datang dengan mengagungkan kebesaran Allah dan memohon ampun serta taubat dariNya. Amin..