Monday, September 20, 2010

Malam yang bosan

Malam tadi terjaga dari tidur. tertiba ternampak benda hijau bercahaya disebelah. terkejut saya. berpinar-pinar mata, berderau darah. namun sela beberapa saat baru saya sedar itu adalah Blackberry saya yang telah diganti dengan baju yang dinamakan 'glow in the dark'. fuh.. lega kembali sambil menekan-nekan kekunci telefon pintar itu walaupun saya tahu credit tidak mencukupi untuk membuat apa2 talian.

ingatkan alien sudah turun ke bumi.

Sunday, September 19, 2010

Cerita Sireh

Makin liat mengupdate blog mungkin juga saya semakin malas mungkin juga lumrah hari tertentu setiap bulan. Saya menulis blog kerana saya bisu bila berbicara. Sudah lama saya sedar saya ini dari spesis yang takkan berbicara kosong. memang saya tidak pandai berborak. tapi kalau ada yang sapa saya dan boleh masuk 'gu' mungkin ada yang terkejut melihat keramahan saya. Bukan saya sombong tapi saya sebenarnya Spesis Pemalu. Dan sebenarnya bukan ini yang saya nak bebelkan.

Sebelum itu saya iklankan ucapan tahniah kepada aunty kecik saya Zaira diatas pertunangannya dgn bakal uncle kecik saya (Insyallah) semoga pertunangan ini menjadi landasan mengenal budi dan terikat hingga ke ikatan pernikahan.
Majlis mereka berlansung dengan penuh beradat. mane taknye, pihak lelaki orang Nogori 9.

mengertilah saya sedikit sebanyak tentang adat mereka terutamanya dalam penyerahan sirih junjung, sirih dalam beg hinggalah makan sirih. Aduh, saya pun kena makan atas alasan saya masih single. (telan jelah. amat pelik rasenye) Kata org2 tua supaya cepat disunting, ada juga kata untuk naik seri. ape pun saya makan sebab hormat mereka. kang kecik hati pulak.. Puas jugak saya tetapkan niat berserah pada Allah, jauhkan saya dari syirik. bukan kerana sirih ini jodoh saya datang, tapi kerana Allah jua.

Sirih ini dimakan dengan sedikit kapur dan sepotong pinang. Banyak juga jenis daun sirih ni. ada sirih keling, sirih kampung, sirih ape ntah lagi satu, tak ingat saya nama dia. ada yang tgk urat, kalau luruh maksudnya itu (carila sendiri), yang urat bengkok begini. apepun Yeks pahit! tapi saya ingat dulu waktu kecik2 saya penah juga gigit2 sireh pinang kepunyaan datuk saya. mungkin sbb dah lama tak gigit agaknya. Oh selang beberapa minit selepas saya makan, adik si yang bertunang itu turut ikut makan. tapi cepat sangat tangan dia ambil sirih yg disumbat dgn kapur yang banyak. ee..ape agaknya rase dia. bagi yang belum penah cuba, sila minta tunjuk ajar orang tua. jangan main belasah je makan, takut hilang deria rasa nanti.

nancy ajram - artis wanita antara paling berpengaruh di Timur tengah. cantik cuma didunia..



Wednesday, September 15, 2010

Sheila Majid : Ku Mohon

sudah 6 syawal eh?

lama tak dengar lagu lama-lama, zaman dolu-dolu zaman hingusan. oh ingat lagi rambut zaiton sameon yang mengerbang dipadankan dengan baju bulu ayam dari leher hingga hujung kaki. ha ha ha. hari ini raya ke..ke... ke-6! . oh belum start lagi puasa 6ku.

besok kerja. lusa juga kerja. ahad kerja dirumah. lepas itu isnin kembali kerja. senang cerita hari-hari kerja sebenarnya. Raya saya biasa sahaja. tiada bling bling, tiada lagu raya 24hrs, tiada duit raya yang banyak macam dulu-dulu. saya juga tak banyak ke rumah sedara kali ni sebab kami banyak berjumpa dalam 1 tempat. (bagus la jimat masa dan tenaga). boleh dikatakan raya kali ini banyak aktiviti tidur. makan-solat-tidur. itulah rutin hari-hari selain dari menyakat sepupu yang "halus-halus" (cikenit).

Syawal 5 saya sudah berada diKL. Alhamdulillah perjalanan yang mengenyangkan kerana sebelum berangkat pekena nasi kandar di Sg.Petani, tengah jalan singgah Chankat jering pekena Mee Udang Laziz. Bila sampai KL jam 5.00 petang saya bantai tidur hingga pagi tadi. ops! jgn fikir bukan2 saya bangun 10minit pada masa-masa solat sahaja.

Hari pertama beraya dipejabat dalam gelap. ahh atas kesilapan TNB. menung dalam ofis tu hingga jam 5.00 petang elektrik pun sudah disambungkan saya bangun ambil kunci kereta dan pulang. Faedahnya elektrik tak ada, saya buat kerja2 yang takperlu guna elektrik seperti sapu sampah, lap-lap display items, pelekat-pelekat dan baca al-Quran 1 juz (kalau start awal tu boleh katam agaknya).

Malam ini jiwa agak mental dengan lagu2 slow. terutama lagu sheila majid. tak sabar rasanya nak jumpa bayang-bayang untuk berkaraoke.
Setiap hari ku mohon Agar Kau sentiasa Memberiku ketenangan Dalam hati kekuatan Menempuhi segala Dugaan yang mencabar ini Pasti, punya ertinya  Engkau beriku harapan Menjawab s'gala persoalan Hadapi semua dalam tenang Dengan merasa kesyukuran Ku doa Kau selalu Mengawasi gerak-geriku Berkatilah... ku perlu rahmat darimu  Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku Untuk menempuhi segala Hidup penuh cabaran ini Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu Agar jiwaku tenang Dalam bimbingan mu, selalu  Adakala ku merasa Hidup ini seperti kaca Jikalau tidak bersabar Hancur berderailah akhirnya Tabahkanlah hatiku Melalui semua itu, oh Kuatkanlah, cekalkanlah diriku  Curahkanlah nikmat Mu Pada hidupku

Tuesday, September 7, 2010

Syawal akan tiba


Sangat rancak sekarang umat islam mengirim ucapan salam aidilfitri. ada buat kad, ada beli kada, ada tempah kad. dah paling jimat sen adalah ucapan melalui internet, email, facebook, handbook, legbook dan sebagainya.

Pada mulanya saya tidak merancang untuk memberi ucapan sehingga tiba syawal nanti. akan tetapi terlalu ramai sudah mengirim padanya, dan saya cuma diam ja sampai ada yang terasa. Oleh itu. nah ini dia ucapan dari saya. Maaf atas segala kekurangan, yang terasa hati dengan saya, yang geram baca blog saya, dan pada semua yang kenal saya tidak kira siapa anda, pada orang2 yang saya selamba rock je saya ajak berborak. Pak cik, kakak2 abang2. Pakcik yang rajin lap lantai masjidilharam tu. saya ingat pak cik janggut putih umur dalam 60 an. bersungguh2 mengelap lantai masjid walapun dah berkilat lantai tu. Selamat menyambut aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kemenangan. Allahu Akbar!



Malam 26 terakhir bersama

Malam 26 ramadan lepas adalah hari terakhir berbuka puasa dengan adik-adik saya yang datang dari jauh. Merakam saat ini tidak ternilai harganya. Tidak tahu bila akan berkumpul lagi. Insya Allah ramadan akan datang dapat bersama lagi dengan lebih melengkapi.

Baca doa sebelum berbuka oleh Muazzin Azri yang paling kecik tuu.. :)

menu lazim chicken mandey dan home made pizza.

Monday, September 6, 2010

Rindu Datang Lagi

Dengan jujur dan terus terang, saya mencari tempat ketenangan yang jauh dari hiburan, jauh dari maksiat, jauh dari syirik, jauh dari orang yang berdendam, orang yang kurang sabar, orang yang berperansangka buruk, orang yang menfitnah dan macam-macam aura negatif dan persekitaran yang tidak sihat. Saya sedar inilah sebahagian ujian dari Allah swt. supaya kita dapat meningkatkan ketaqwaan dari menghindari dari terjebak dan memperluaskan dakwah sebanyak mungkin.

Dengan jujurnya sejak melihat ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan saya ulang alik ke Makkah, hati saya sudah terdetik bilakah Allah swt ingin menjemput saya pula? Akankah saya kesana? dan ada ketika saya menangis memandang gambaran kaabah pada sejadah sembahyang saya. Terasa diri sungguh tidak layak kesana dengan amalan yang cetek. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya menjadi tetamunya.

Jujur dari hati saya, disaat menanti hari ke Makkah, saya berasa berdebar disamping gembira tak terkata. Dengan niat agar Allah terima saya disana, terima taubat saya. Alhamdulillah, bimbingan Ust. Khalid membawa saya mengenal Hati. dan Hati ini jatuh cinta pada Makkah.

Demi Allah, sampai sahaja di Jeddah. Hati saya makin tidak sabar ke Madinah dan Makkah. Setiap perjalanan saya cuba membiasakan pemandangan bumi arab yang tidak seceria Kuala Lumpur mahupun ampang. Setiap langkah keinsafan bertambah.

Terkelu lidah kelihatan kubah hijau dari jauh. berderau darah melihat lembah bercahaya dari berpuluh kilometer jauhnya. Saat memasuki Tanah Haram hanya tuhan yang tau perasaan saya. Disaat itu saya tanamkan azam saya perlu tinggal disini dengan lebih lama. Tidak puas beribadah disana. tidak jemu, walaupun mengantuk dan letih, kekuatan masih ada.

Sekarang jauh dari Makkah rindu tak terkata.. Ini baru lihat Makkah. Andaikan dihadiahkan Allah melihat syurgaNya... Sedangkan belum terlihat sudahpun rindu padanya.

Setelah direnungkan kembali. Saya impikan kehidupan yang penuh sederhana, suasana Islam yang tenang, dikelilingi orang yang sabar, senyum bila marah, redha bila ditimpa musibah. Seimbang dalam aspek kehidupan. tidak terlalu keduniaan, tidak pula terlebih amal hingga tanggungjawab terabai. Susah dicari kehidupan seperti ini. Beruntunglah pada yang sedang mengalaminya. Syukur Alhamdulillah.

Kadangkala saya takut terus hidup begini, disini. Tapi takut juga mati dengan amalan yang cetek. Saya Idamkan Syurga. Saya Impikan bertemu Rasulullah. Saya Inginkan cinta Allah.
Itu saja yang saya inginkan. Disini, dunia. saya hanya jalankan kehidupan sebagai hamba dan anak mungkin isteri dan ibu suatu hari nanti. Namun saya tak mengharapkan apa2 didunia ini lebih dari Amalan saya diterima Allah supaya dapat saya mendiami Syurga Allah.

Kehidupan ini singkat..
segunung emas, amalan jua yang terangkat...
tak perlu anda merasa rugi harta dunia..
tak perlu berperangsangka melainkan yg baik pada orang lain
agar tidak membawa anda kearah fitnah..
ciptalah iman, ciptalah pahala.. hanya itu penentu nasib anda disana..

Ya Allah.. andai ditakdirkan jodohku didunia... kurniakan ikhwan yang soleh, yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMu.


sesungguhnya Ya Allah, Tuhan Maha Agung, Tuhan Maha Kaya. Aku amat Rindu padaMu.



Air Mata 27 Ramadhan

Alhamdulillah sudah 27 Ramadhan hari ini.

Malam tadi malam ke 27 Ramadhan yang diramalkan oleh kebanyakkan ulama iaitu malam al-Qadr. Berjuta-juta umat islam rancak memperbanyakkan ibadat. Yang berkemampuan berebut-rebut ke Masjid Al-Haram, yang jauh mendekati masjid-masjid dan surau-surau, tidak kurang yang berusaha melawan nafsu tidur bersengkang mata dirumah membaca al-Quran dan melakukan solat-solat sunat yang afdal.

Sebenarnya saya sendiri tak perasan malam tadi adalah malam 27. Itu pun apabila berborak dengan sedara dan ibu malam tadi. Tapi saya tak berasa apa2 cuma seram sejuk bila sedara ceritakan pengalaman moyangnya mendapat LailatulQadr.

kedatangan tetamu malam tadi menyebabkan saya lambat beranjak tidur. disekitar 2pagi. saya baru selesai terawih solo. oleh kerana dah niat nak baca yasin sebelum tidur, saya turun kebawah baca diruang tamu bagi mengelak katil memanggil-manggil. kebetulan tv masih terpasang, cn 106 oasis. Solat Terawih live dari Makkah ditayangkan.. saya hanya memandang berberapa saat kemudian terus duduk disofa meneruskan bacaan.

Selesai baca jam 3pagi. saya sudah betul-betul perlu tidur. saya bangun dari sofa dan terus mencari remote tv untuk menamatkan khidmatnya pada hari itu. tapi dalam nak tutup tu..10 minit juga saya berdiri menonton tayangan sekitar masjid al-haram sambil teringat waktu umrah dulu.

Saat camera merakam jelas Baitullah, dalam tak sedar air mata mengalir.

************

T_T

Sunday, September 5, 2010

Condo! I'm in love

Masya Allah! Ramadhan mengimbau kembali kenangan di Ramadhan yang lepas. Pertama kali berpuasa sendiri, jauh dari keluarga. Bersahur dan berbuka bersama teman-teman dari seberang Martha, Mita, Anggi, Eka dan Fura (local). Kami sama-sama menginap dicondo yang dikhaskan untuk pelajar international walaupun saya dan fura orang local.

Pada mulanya saya risau juga sambut ramadhan tanpa family. teringatkan lauk sedap-sedap yang mama masak, bagaimana dengan sahur. dan paling utama kewangan saya memandangkan waktu tu hampir dengan final, nak beli makan utk berbuka selama 30hari? nasi+ayam rm 5, air masak, kuih muih rm2, sahur rm5 tolak campur rm15/sehari x 30 =.rm450. board lagi, nak print utk presentation, minyak kereta...

Namun apa yang saya risaukan itu semua berlaku sebaliknya.

sepanjang ramadhan, boleh dikatakan tiap-tiap hari kami masak. cuma 2orang akan ditugaskan untuk membeli kuih muih dan fancy drink. dari situ mula episod saya mempelajari pelbagai masakan hinggakan saya rasa saya perlu tukar kursus. waktu sahur pun masak tapi waktu ini kami selesa bersahur diluar kerana segelas teh tarik.

Dan amazingly dalam sibuk-sibuk belajar, saya sangka mungkin saya tidak sempat untuk solat terawih. Oh tersasar sekali, Allah mudahkan memang amat mudah dan selesa sekali kami solat terawih besama-sama, hingga sanggup memandu ke masjid besar sedangkan surau dicondo kami diimamkan oleh pelajar dari Yemen lagi.

Pembelajaran saya lansung tidak terganggu, walaupun kalangan kawan saya tidak cukup tidur, saya terlebih tidur..boleh masak..jalan-jalan beli barang dapur.. emm saya sendiri hairan bila fikirkan balik. Alhamdulillah.

nak diceritakan lagi malangnya saya perlu beredar dari ruangan ini memandangkan ada kerja perlu diselesaikan. Insya Allah ada sambungan gratis. :)