Monday, September 6, 2010

Rindu Datang Lagi

Dengan jujur dan terus terang, saya mencari tempat ketenangan yang jauh dari hiburan, jauh dari maksiat, jauh dari syirik, jauh dari orang yang berdendam, orang yang kurang sabar, orang yang berperansangka buruk, orang yang menfitnah dan macam-macam aura negatif dan persekitaran yang tidak sihat. Saya sedar inilah sebahagian ujian dari Allah swt. supaya kita dapat meningkatkan ketaqwaan dari menghindari dari terjebak dan memperluaskan dakwah sebanyak mungkin.

Dengan jujurnya sejak melihat ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan saya ulang alik ke Makkah, hati saya sudah terdetik bilakah Allah swt ingin menjemput saya pula? Akankah saya kesana? dan ada ketika saya menangis memandang gambaran kaabah pada sejadah sembahyang saya. Terasa diri sungguh tidak layak kesana dengan amalan yang cetek. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya menjadi tetamunya.

Jujur dari hati saya, disaat menanti hari ke Makkah, saya berasa berdebar disamping gembira tak terkata. Dengan niat agar Allah terima saya disana, terima taubat saya. Alhamdulillah, bimbingan Ust. Khalid membawa saya mengenal Hati. dan Hati ini jatuh cinta pada Makkah.

Demi Allah, sampai sahaja di Jeddah. Hati saya makin tidak sabar ke Madinah dan Makkah. Setiap perjalanan saya cuba membiasakan pemandangan bumi arab yang tidak seceria Kuala Lumpur mahupun ampang. Setiap langkah keinsafan bertambah.

Terkelu lidah kelihatan kubah hijau dari jauh. berderau darah melihat lembah bercahaya dari berpuluh kilometer jauhnya. Saat memasuki Tanah Haram hanya tuhan yang tau perasaan saya. Disaat itu saya tanamkan azam saya perlu tinggal disini dengan lebih lama. Tidak puas beribadah disana. tidak jemu, walaupun mengantuk dan letih, kekuatan masih ada.

Sekarang jauh dari Makkah rindu tak terkata.. Ini baru lihat Makkah. Andaikan dihadiahkan Allah melihat syurgaNya... Sedangkan belum terlihat sudahpun rindu padanya.

Setelah direnungkan kembali. Saya impikan kehidupan yang penuh sederhana, suasana Islam yang tenang, dikelilingi orang yang sabar, senyum bila marah, redha bila ditimpa musibah. Seimbang dalam aspek kehidupan. tidak terlalu keduniaan, tidak pula terlebih amal hingga tanggungjawab terabai. Susah dicari kehidupan seperti ini. Beruntunglah pada yang sedang mengalaminya. Syukur Alhamdulillah.

Kadangkala saya takut terus hidup begini, disini. Tapi takut juga mati dengan amalan yang cetek. Saya Idamkan Syurga. Saya Impikan bertemu Rasulullah. Saya Inginkan cinta Allah.
Itu saja yang saya inginkan. Disini, dunia. saya hanya jalankan kehidupan sebagai hamba dan anak mungkin isteri dan ibu suatu hari nanti. Namun saya tak mengharapkan apa2 didunia ini lebih dari Amalan saya diterima Allah supaya dapat saya mendiami Syurga Allah.

Kehidupan ini singkat..
segunung emas, amalan jua yang terangkat...
tak perlu anda merasa rugi harta dunia..
tak perlu berperangsangka melainkan yg baik pada orang lain
agar tidak membawa anda kearah fitnah..
ciptalah iman, ciptalah pahala.. hanya itu penentu nasib anda disana..

Ya Allah.. andai ditakdirkan jodohku didunia... kurniakan ikhwan yang soleh, yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMu.


sesungguhnya Ya Allah, Tuhan Maha Agung, Tuhan Maha Kaya. Aku amat Rindu padaMu.



No comments:

Post a Comment