Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha

Salam Raya haji, dan selamat berpuasa dimusim arafah. Perut masuk angin itu adalah pekara biasa agi yang jarang puasa seperti yang sedang saya alami sekarang. Walaupun sempat bersahur pagi tadi, tapi saya tak tahu kenapa masih sakit. Apapun saya redha dan sabar. Untung masih belum rasa lapar. kalau tiba2 rasa lapar nanti mungkin tidur penyelesaian bagi kedua-dua masalah diatas.
Semoga Allah swt mengampunkan dosa saya dan tuan/puan di hari yang penuh sejarah ini.

Bila laa dapat buat haji nii.. =_='

Sunday, November 14, 2010

Kunci Kejayaan

Seperti hari-hari Ahad sebelum ini, memang terasa singkat kerana keesokannya adalah hari kerja. Hujung tahun adalah hari yang sibuk melayan kerenah pelanggan yang kebanyakkan akan tekan kita sampai rasa nak penyet. (tempah last minit).

Lumrah berniaga. Kesabaran adalah faktor yang penting. tidak kira anda bos atau kuli. kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Selain dari sabar dalam aspek pekerjaan, Sifat sabar ini juga perlu ada dalam setiap jiwa manusia. Percayalah bila anda tidak sabar seperti terus memarahi seseorang, anda akan rasa bersalah kemudiannya, walaupun memang salah dia, anda akan rasa rugi kerana menegur dengan cara biadap.

Dalam posting ini sepatutnya saya akan upload gambar saya bermain-main ditapak projek saya. Saya terlalu excited utk letak gambar itu, malangnya saya sudah pun pindahkan koleksi album itu dikomputer pejabat. sekarang saya sabar hingga esok, itupun kalau ada ruang untuk saya buka internet.


Monday, November 1, 2010

November 1 : Saya tak tahu

السلام عليكم

Alhamdulillah. Terima kasih pada yang mengingati ulang tahun kelahiran saya. terharu juga kerana saya sendiri macam tak pecaya hari ini hari peringatan kelahiran saya dibumi ini. Lahir dihujung tahun kadang-kadang membuat diri terasa muda kerana lambatnya menunggu Hari Jadi bila masuk tahun baru.

Tahun ini amat bermakna buat saya atas perubahan persekitaran dan juga pada diri saya. Di awal pagi 1 november saya tidak lagi tertunggu-tunggu panggilan dari sahabat-sahabat saya untuk memberi ucapan. Tapi pada pagi itu saya baring sambil memikirkan kejadian saya, proses kehidupan saya dan hingga saya bertemuNya nanti.

Saya membayangkan bagaimana rasanya bila mati. Tahap mana persediaan saya?. Saya mempunyai keluarga yang lengkap sekarang dan saya amat kasihi mereka, tapi apakah kasih saya itu akan kekal hingga ke akhirat atau setakat akhir hayat?. Apakah Tuhan terima saya dengan rasa kasihNya atau sebaliknya?

Saya takut akan kehilangan, dan saya sedar sabar itu adalah jalan ke syurga. Mungkin saya boleh menasihati ibu yang kehilangan anak supaya bersabar, tapi apakah saya tahu apa yang mereka rasa? sedang ia bukan terjadi keatas saya. Hari ini sedih, esok senyum, minggu depan ketawa. Tetapi hati yang luka ambil masa bertahun untuk sembuh. saya sendiri tidak tahu.

Sedang duduk menunggu pesanan makanan tiba-tiba datang penjual vcd haram mengharapkan belian. Saya hanya berpaling tanda tidak mahu beli, dan dia beredar dgn ucapan "TQ". Sentap hati saya, bukan kerana kata dia, tapi terasa seolah roh saya dijasadnya. Walaupun benar atau tidak itu yg penjual itu rasa, tapi saya tidak setuju dgn tindakan saya. Seharusnya saya menolak dengan senyuman, kerana disitu ada 'sabar'. Bayangkan kecewanya dia bila pada saya itu harapan bagi dia untuk makan malam bersama keluarga? (tak kisahlah apa perniagaan dia, asalkan dia manusia. saya cerita tentang komunikasi hati ke hati) saya tak tahu apa yang dia rasa...

Bercakap mengenai impian, jika dimakbulkan disini belum tentu saya akan puas.

"Ya Allah, Aku bersyukur pada nikmat yang Kau limpahkan padaku, aku bersyukur padaMu akan hidayah yang Kau turunkan padaku,
Kau kurniakanlah anugerah hidayah dan taufik ini pada HambaMu yang lain, sahabat-sahabatku, dan keluargaKu,
Apa lagi harusku harapkan melainkan KasihMu dan SyurgaMu.

Aku ingin dekat padaMu, sedekat yang Kau izinkan antara Mu dengan hambaMu.


Ya Allah, Aku mohon kekuatan dariMu keatas ujian buatku yang telah Kau tetapkan dalam

loh mahfuz. Ampuni hambaMu yang sering lupa, Selamatkanlah kami dari AzabMu yang pedih.

Aku mohon Kau jadikanlah aku hamba yang bersabar atas ujianMu hingga dapat ku jejak kakiku ke

SyurgaMU. "


Ciptaan Allah amat unik dan detail, 1:1. tiada 2 yang sama..

*p/s: Walaupun movie 2012 adalah karut, tapi membawa kesedaran.