Monday, August 23, 2010

Ramadhan + Makanan Arab

Ramadhan dan Makanan Arab? tak yah fikir dulu, tidak ada kena mengena pun cuma baca je sampai habis OK.. :)

Ramadhan ni ada kelainan dalam keluarga sy. iaitu :

1) Biasanya kami bersahur dan berbuka seramai 8org = 7 family sy + 1
maid. Tetapi kali ini kami berbuka seramai beberapa orang, puasa pertama bersahur 13org, berbuka 10org, kemudian hari2 seterusnya bersahur dan berbuka 10org, dan dihari minggu 12org. dan sejak pertengahan bulan july rumah kami tak putus2 terima tetamu musafir dari makkah, thailand sekarang dirumah 3org anak yatim dari mahaad daruttahfiz Aceh. mereka imam terawih disurau taman kami. dan hujung minggu 2org anak angkat mama saya datang bercuti .. Alhamdulillah.

2) Ya. ada disebut tetamu dari makkah tadikann.. jadi kami tak lepaskan peluang belajar beberapa menu Arab ni. antaranya Mandey, Kasah, Saliq, Ghawsa eh tu kopi. Mahshee.. ade lagi satu desert, tak ingat pulak nama dia. Sungguh tak sangka.. Mudah betul menu arab ni.. tak serabut macam masakan malaysia.

3) dah tau tak kan simpan beku dalam otak kan.. Praktikkan laa.. dibawah ni antara yg dah di praktikkan. atas pemantauan Mr. Nabeel and Moneer (org arab yg tertinggal kat sini) .





Sekian tajuk hari ini, rasanya tak ucap lagi salam ramadhan dlm blog ini. Dengan itu, Selamat Berpuasa semua, sama2 kita menambah kebajikan dibulan Ramadhan yang penuh berkah ini. sesungguhnya bulan yang lebik baik dari 1000 bulan.. MasyaAllah.

2 comments:

  1. Dahsat... dahsat...
    manisan yg terlupa tu namanya Basbusah Kopi tu lak namanya Gahwah

    ReplyDelete
  2. Ahaa.. Terima kasih Ust. betulkan.
    biase laa baru2 dengar ayat2 ni agak2 je bunyi dia. asalkan same G. he he he

    ReplyDelete