Thursday, July 29, 2010

Menung satu


Salam semua. lama dah tak mengisi blog.. lately saya amatlah sibuk. Sibuk apa? Kaifarah tetamu.. jalan-jalan.. tapi bile dah lama sangat dok menyambut tetamu, kerja di pejabat pun sama naik.. jadinya..bile tetamu "bawa lari" parents saya bercuti lagi, tibalah masa mengadap kerja dipejabat.. takat buka fb tukar status dan (loghat kedah) leer..

Alhamdulilah.. masih sihat, bertenaga, bersemangat, masih waras dan masih ada punca rezeki. Masuk ni dah kali keberapa belas saya buka blog dan dok menongg.. ja. bukan takda isi..tapi tak terurai isi tu..

Oh ya, minggu lepas saya ke Banda Aceh. Masyallah..pergi melihat negara yang pernah dilanda mukjizat Allah banyak keinsafan. Mati terasa makin dekat, cukupkah amalku bila mati nanti? Ya Allah ampunkanlah dosa2 Hambamu ini..Insyallah dalam masa terdekat akan saya upload foto2 kenangan di sana.

Buat semua muslimin, muslimat.. semoga sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah swt. Sempena bula syaaban ni..banyakkan selawat keatas junjungan nabi kita Muhammad saw. Sama2 kita persiapkan diri untuk menyambut bulan Ramdhan yang penuh berkah, semoga Allah swt memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik dan dapat kita manfaatkan bulan Ramadhan akan datang dengan mengagungkan kebesaran Allah dan memohon ampun serta taubat dariNya. Amin..

Friday, July 16, 2010

Kata tanpa Hati

Macam-macam nak share sampai tak tahu mana nak buat dulu (masih terbelit dlm otak). ~.~

semalam dikuliah maghrib ust. fadli bagi tau laa tentang kelebihan istigfar nii.. baca 3x sebelum dan selepas solat fardhu..insyallah Allah akan ampunkan dosa2 kecil kita walau sebanyak buih di lautan.. Allahualam.

Kita ni hamba Allah..kena laa selalu istigfar yang bila disebut hadir sekali dgn hati (khusyuk) Istigfar tu apa? ni bukan saja di sebut "astagfirullah" bila kita terjatuh atau ape2 laa jari tersepit pintu ke..tgk org kena langgar ke.. (itu inalillahi) . Byk kalangan kita ni..sebutan dah betul. mmg la bagus!.. org dengar pun org tahu kita ingat Allah.. tapi waktu kita sebut tu..Betul ke kita ingat Allah? atau itu sekadar "latahan cara sopan"? . Insaflah. pada tiap kali musibah yg ditimpa..ingatlah Allah swt hadirkan hati.. istighfar, mohon ampun pada Allah.. mintalah itu sebagai balasan 'cash' Dia atas dosa2 kita yang lepas.. tapi jangan lupa pula pada perkataan Alhamdulillah..Syukur..

ni antara topik yg saya nk share..kalau ikutkan byk lagi.. insyallah disertakan Firman dan hadis.. Insyallah.



Tuesday, July 13, 2010

Ya Allah.. Aku rindu KaabahMu... :'(

Masaku makin singkat..
Peluangku makin tipis..
Adakah sempat untukku menutup dosa?
cukupkah amalanku untuk kesana?
Berapa lama lagi bisa aku mengumpul amalan yang tak tercapai ini?
Ya Allah.. aku rindu Baitullah.. bawalah aku kembali kepadanya..
aku sudah tiada MASA..
Lindungilah aku dari kehidupan duniawi yang membunuh imanku..
Lindungilah aku dari bisikan syaitan yang direjam..
Ya Allah... Imanku tidak sehebat Fatimah azzahra.. Namun Ya Allah,
Bimbinglah aku menjadi wanita yang solehah..

rindu saat disini... :'(

juga disini... :'(

Saturday, July 10, 2010

Anak oh anak

Tadi last minute confirmed mereka terjah rumah ana. Sahabat lama masa diploma dulu.. Widy, husband and anaknya Hanzalah and anak buah widy (maaf tak ingat nama, well aunty call u mr.peramah lah yee..) Meriah rumah dibuat budak2 ni.. seronok tgk dorang. Yang Hanzalah tu mmg lasak tapi masih kategori sopan kate maknye.. Jalan tak tengok dah..main langgar jee.. manelaa kepala tak belubang sana sini. yang mr.peramah ni (baju biru belang2) suddenly tanya ana "nak panggil apeye.." owh.. tadi widy dah suruh panggil makcik.. die buat lupe plak.. takpelah..panggil "aunty" seap sikit bunyi walaupun maksud sama jee.. haih dah tua aku nih.. redha laa.. ade jodoh tu adelahh.. klu takde.. kat 'sana' pasti ada.. Insyallah..

bukankah Allah ciptakan kita berpasangan? :)

Well thanks boys.. u guys made my day (wow!).. and widy.. tak puas berborak laa.. tp kesian pula kat husband kamu takde geng nak berbual.. hehe

Friday, July 9, 2010

Santai Malam Minggu di Masjidilharam, Makkah

Malam jumaat Itu sahabat ayah, Hj. Ahmad ajak lepak kat dataran lepas Isyak.. Memang meriah. Penuh dgn umat..mmg time cuti mereka.. Kami beli Nasi dan Kebab dan tak lupa jus mangga! seronok 'picnic' walaupun dalam kepala teringatkan beg tak pack lagi..huhu..




Aih tokwan, minum sorang je ke..

dalam masjid.. lepas je snap ade pak arab tegur x bg ambil gambar..

dengan luluq berbackgroundkan Kaabah..:)

dalam masjid lagi..dgn pantas.

nampak tak budak kulit hitam yg meriah baju die tu..
lepas je solat diorang berdua menari pusing2 dlm masjid, dah jadi mcm payung skirt dorang mengembang.. yg budak 2 org ni pun sibuk ikut..nak join..

luluq dan adiknya.. comel tak?

Budak ni..pantang lepa..ntah mana2 die hilang..

keluarga Hj. Ahmad bergambar dengan family Hj.Ahmad

luluq ni mula2 jumpa malu-malu dia..



Untungnya menjaga Aurat

Wahai perempuan.. tutuplah aurat kamu,
supaya kamu selamat dari nafsu liar lelaki,
tutuplah aurat kamu, agar tidak timbul rasa riak, ujub..
tutupla aurat kamu.. Agar kamu terselamat dari Neraka Jahanam.
Tutuplah Aurat kamu supaya Allah swt. merahmati kamu.

Kamu mengaku kamu beragama Islam, tapi kamu menayang aurat? kamu boleh ikut kata Raja kamu, pemimpin kamu, Ketua kamu, Ayah kamu, Ibu kamu, Suami kamu, Majikan kamu, "Boyfriend" kamu, sahabat kamu, tapi kenapa Perintah Allah swt kamu tidak boleh ikut?. Jangan ingat tak tutup aurat, tapi sembahyang cukup sudah memadai..Kamu belum tahu samada pahala sembahyang kamu naik kelangit atau tidak, Allah terima atau tidak. Sungguhpun Dia Maha pengasih dan pengampun, tidakkah kamu fikir apa rasanya hati bila anak sendiri tidak dengar kata? adik melawan kakak, pekerja melawan bos..??



Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

- Petikan dari Zaharuddin.net -

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki kenderaan (motor) sambil menampakkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada diatas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Allah SWT berfirman :

” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)

-Zaharuddin.net-

Ini pula dari sesawang umum

0 April 2008 oleh hangga aji sayekti













Dipublikasikan 10 April 2008

Rasulullah SAW bersabda: "Ada 2 golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim)

Wanita-wanita yang digambarkan Rasul dalam hadis di atas sekarang banyak sekali kita lihat. Bahkan itu sudah menjadi sesuatu yang mentradisi dan dianggap lumrah. Mereka adalah wanita-wanita yang memakai pakaian tapi telanjang. Sebab pakaian yang mereka kenakan tak dapat menutupi apa yang ALLOH SWT perintahkan untuk ditutupi.

Budaya barat adalah penyebab fenomena ini. Sebab pakaian yang tak layak tersebut bukanlah merupakan budaya masyarakat Islam dan tidak pula dikenal dalam tradisi masyarakat kita. Namun itu adalah hal baru yang lantas diterima tanpa dikritisi. Tidak pula itu diuji dengan pertanyaan, bolehkah ini menurut agama, atau baikkah ini bagi kita dan pertanyaan lain yang senada. Boleh jadi karena perasaan rendah diri yang akut dan silau terhadap kemajuan barat dalam beberapa hal akhirnya banyak di antara kita yang menerima budaya barat dengan mata tertutup (atau sengaja menutup mata).

Namun di sana kita juga melihat fajar yang mulai terbit. Kesadaran untuk kembali kepada budaya kita sendiri (baca: budaya berpakaian islami) mulai tumbuh. Betapa sekarang kita banyak melihat indahnya kibaran jilbab di mana-mana. Di kampus, di sekolah, di pasar dan bahkan di terminal-terminal. Malah di beberapa negara barat (Inggris dan Jerman misalnya) muslimah-muslimah pemakai jilbab tak lagi sulit ditemukan. (tambahan dariku) Meski di Perancis malah terjadi sebaliknya, ada pelarangan penggunaan jilbab walau sudah tidak terlalu banyak perdebatan lagi.

Jelasnya saat ini sudah tak ada lagi larangan untuk mengenakan busana dan pakaian yang menutup aurat. Permasalahannya, apakah jaminan kebebasan ini kemudian segera disambut oleh para muslimah kita dengan segera kembali mengenakan pakaian takwa itu atau tidak. Yang pasti alasan dilarang oleh si ini dan si itu kini tak berlaku lagi.

sumber:

=======

http://tausyiah275.blogsome.com/2006/02/05/aurat-dan-jilbab-01/

Doa Semoga Allah Menjemput kita Ke Makkah.

Ini tulisan org Makkah kalau tak faham semak al-Quran
surah Al-Qasas ayat 85
Innalazi faradha 'laika Al-Quran nala raaaaaaduka ilaa ma'ad

Alhamdulillah.. sewaktu ana di Makkah, sahabat ayah berikan kami doa ini untuk diamalkan.. dan buat kami baca didepan Kaabah sewaktu Tawaf Wida'. Sdah dirujuk pada ustaz khalid, katanya doa ini sangat bagus.. Disini ana kongsi harap antara kita amalkan, mudah2an dengan izinNya dapat kita mengunjungi Makkah lagi.. Aminn..

P/s: Terima Kasih buat Hj.Ahmad.

Selamat Pagi Cikgu!


Pagi tadi ana teman ibu ke sekolah yang dulu sekolah ana juga.. Hari ambil kad laporan pelajar..
dah berubah wajah sekolah ni.. makin cantik Alhamdulillah.. <3>