Monday, October 8, 2012

Hukum Kasih Sayang : kekuatannya

Kawan..,

Bila sebut saja "kasih sayang" pasti akan terpapar terus wajah-wajah yang kita kasihi..

Siapakah yang pertama sekali muncul itu?
sungguh istimewa dia buat mu, dan pasti dia juga telah memberi hal yang sama hingga berbunga hati mu tat kala teringat pada dia..

Siapakah pula yang kedua dan siapa seterusnya?

Kenapa kita beri kasih sayang hanya pada insan tertentu,?
Kenapa kasih sayang diberi hanya pada golongan tertentu,?
Kenapa perlu kita beri kasih sayang hanya pada waktu-waktu tertentu?, acara-acara tertentu?,
peristiwa-peristiwa tertentu..?
Oh ada yang lebih parah! kasih sayang diberi hanya untuk balasan semata...

Ada juga saat ini di antara kita sedang menunda-nunda untuk memberi kasih sayang..  sedangkan yang layak
menerima ada bersama kita, serumah dengan kita, sebilik dengan kita.. kita menunda kononya ikatan antara kita dengannya sudah cukup utuh, "dia ibu ku, ayah ku, suami ku, isteri ku.. dia adik ku, abang ku, kakak ku.. teman sejati ku.."

Tetapi kenapa pula bila kita sudah memberi kasih sayang, bila sendiri, masih merasa kosong, rasa sedih, rasa sepi..? kita masih mendahagakan kasih sayang. Kenapa?

Kerana kita kurang memberi. "Tapi saya dah beri selayaknya! lebih dari apa yang dia beri! apa lagi yang kurang??" Ya betul tiada kurang dari lahirnya, tapi dari sudut yang lain kita sebenarnya tidak memberi kasih sayang kerana Allah.. terlalu cinta pada makhluk.

Memang hadiah paling mahal buat insan adalah kasih sayang. Kerana kasih sayang itu antara nikmat, yang memberi nikmat itu ialah Allah titik.

Apapun, pada siapapun, berilah kasih sayang dengan niat kerana Allah.. bukan kerana nafsu, atau ikatan, atau kerana dia telah membahagiakan..

Jika ingin bahagia, memiliki ketenangan jiwa, kasihilah orang sekeliling kita kerana Allah, tak kira siapapun dia..yang menyakiti kita sekalipun berilah kasih sayang sebanyaknya, bukan selayak dia terima.. dari situ InsyaAllah, suasana yang hambar jadi tenang berlagu, masalah menjadi ringan, hati yang gelap bersinar terang, wajah yang tadi berkerut tenggelam dalam senyuman bahagia..

Inilah namanya hukum kasih sayang. kekuatanya dapat menghapus ibu sifat mazmumah yang sangat celaka iaitu EGO.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika kita kurang kasih sayang, BERI lah kasih sayang"
(Dr. Zaharuddin Abdul Rahman)

"Jangan mencari kebahagiaan dalam perkahwinan, Tetapi BAWA lah kebahagiaan itu ke dalam perkahwinan"
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

Monday, October 1, 2012

Terkenang Bukit Cinta di Arafah


Terkenang saat memanjat Jaba Rahmah, satu-satunya bukit di Arafah..

Tugu putih itu aku tenung dari bawah disudut yang seakan akan biasa aku lihat sebelum aku sampai ke situ. Tiada yang aku rasa asing..selain udaranya yg berdebu kering. Unta-unta bunga berjalan anggun menarik peminat. Sudah cukup nyata, aku sedang berpijak di bumi pertemuan Nabi Adam A.S dan Hawa. Unta-unta disini tak ubah seperti beca di Melaka.. Aku tangguh dulu urusan dgn unta-unta yang berlebihan hiasan itu.

Dengan hati yg aman niat yang satu aku semat 1 doa untuk dihembus di puncak itu nanti..doa biasa-biasa saja kawan,.. Unta sesekali menjeling malu kerana tahu. Batu-batu juga sudah lali mendengar. Bermacam manusia kesitu pasti tujuan dan niat yang sama. Dalam bahasa apa pun, cara apa pun..laki-laki dan perempuan, tua, muda, anak kecil turut mendoakan hal yang sama. Kalau pun ada yang doa mohon lulus exam SPM, mungkin akhirnya akan berkait jodoh dan keluarga.  

Tanpa senaman memanaskan badan, seperti ada tarikan magnet di kaki jabal itu, kami terus mula mendaki. Langkah demi langkah, dari pasir ke batuan kecil, pijak dari satu batu ke batu yg lebih tinggi, kemudian lebih besar..eh patah balik sebab aku tak boleh lompat kerana terlalu tinggi. Aku hanya focus pada langkah kaki. Takut tersilap langkah boleh habis nyawa sebelum sempat berdoa. Awalnya aku terfikir juga, dah beratus tahun, kenapa kerajaan saudi tidak bina tangga disini? aku tanya abah, mama kerana mereka sudah pernah ke sini...mama cakap "dulu macam ada.. tapi.." - Kami terus saja mendaki, tanpa aku sedar sudah tinggal tak kurang sepuluh langkah menghampiri puncak. Aku tak ubah seperti semut membontoti kroninya. Mana ayah ku jejak situ jugalah aku pijak. Sesekali mengalah kerana tak mampu melangkah besar.. Terpaksa mencari laluan mudah. 

Subhallah.. Alhamdulillah, Sampai juga dipuncak suci itu. Aku hanya berdiri dari jauh menatap tugu putih itu sambil menghembus doa.. Klu diingatkan kembali agak kelakar juga doa aku. Lebih mohon pada ciri-ciri.. duniawi 80%..20% saja mohon agar dapat yang beriman. Ya Allah, ampunilah kejahilan hamba, mohon dikabulkan doaku yang Kau redhai.. sedang doa ada yg hulur marker padaku untuk tulis pada tugu itu, aku menolak.. sempat merakam kenangan dengan ibu. sudah puas dan yakin, kami mencari jalan untuk turun. Kira aku, mana naik situlah turun.. tapi ibu tarik aku kearah lain seolah dia teringat sesuatu..

"MasyaAllah.. ada tangga rupanya..." sia-sia aku mengatur skill untuk menuruni Jabal Rahmah ketika mendaki tadi.. 

Tapi kawan, aku nasihatkan. Tak usahlah lalu tangga itu. ikut saja laluan berbatu Jabal.. lebih selesa, lebih cepat. Aku mendaki tak sampai 20 minit. Tapi menuruni tangga hampir 1 jam! itu belum campur masa membeli kenang-kenangan dikaki Jabal itu.  -_____-"

p/s: Andai ada lagi peluang ke sana, akan aku penuhkan dengan doa-doa yang lebih baik.