Monday, September 6, 2010

Air Mata 27 Ramadhan

Alhamdulillah sudah 27 Ramadhan hari ini.

Malam tadi malam ke 27 Ramadhan yang diramalkan oleh kebanyakkan ulama iaitu malam al-Qadr. Berjuta-juta umat islam rancak memperbanyakkan ibadat. Yang berkemampuan berebut-rebut ke Masjid Al-Haram, yang jauh mendekati masjid-masjid dan surau-surau, tidak kurang yang berusaha melawan nafsu tidur bersengkang mata dirumah membaca al-Quran dan melakukan solat-solat sunat yang afdal.

Sebenarnya saya sendiri tak perasan malam tadi adalah malam 27. Itu pun apabila berborak dengan sedara dan ibu malam tadi. Tapi saya tak berasa apa2 cuma seram sejuk bila sedara ceritakan pengalaman moyangnya mendapat LailatulQadr.

kedatangan tetamu malam tadi menyebabkan saya lambat beranjak tidur. disekitar 2pagi. saya baru selesai terawih solo. oleh kerana dah niat nak baca yasin sebelum tidur, saya turun kebawah baca diruang tamu bagi mengelak katil memanggil-manggil. kebetulan tv masih terpasang, cn 106 oasis. Solat Terawih live dari Makkah ditayangkan.. saya hanya memandang berberapa saat kemudian terus duduk disofa meneruskan bacaan.

Selesai baca jam 3pagi. saya sudah betul-betul perlu tidur. saya bangun dari sofa dan terus mencari remote tv untuk menamatkan khidmatnya pada hari itu. tapi dalam nak tutup tu..10 minit juga saya berdiri menonton tayangan sekitar masjid al-haram sambil teringat waktu umrah dulu.

Saat camera merakam jelas Baitullah, dalam tak sedar air mata mengalir.

************

T_T

No comments:

Post a Comment