Friday, November 2, 2012

Rasa #28 Tahun

#28 yang menakjubkan#

#28 tahun Allah tak putuskan nikmatNya walau sesaat dengan nafasNya dengan kasih sayang keluarga dan saudara semua..
#28 tahun jatuh dan bangun, alhamdulillah masih mampu berdiri
#"28 tahun" jawapan yg sering kali aku beri sejak kecil bila org tua tanya "Nurul kahwin umur berapa?"..^^

Alhamdulillah #28 sudah :)

Terima kasih atas ucapan dan doa yang baik-baik buat saya. Alhamdulillah.. Aaamiin Ya Rabbalamin. Syukran, Jazakumullah khairan katsiraa. ♥

---------------------------------------------------------------

Sempena hari kelahiran. Rasa ingin share dengan kawan sekelumit rasa.. jika sudi teruslah membaca :)

Hari ini saya terjaga dari tidur yang panjang.. tertidur setelah solat isyak dan terjaga jam 6.30pagi.
Hampir terlupa bahwa hari ini ( 1 nov ) adalah ulang tahun kelahiran.. saya tersenyum tatkala membelek hp.
Bukan senyum pada hp.. tp membaca ucapan2 ulangtahun dari kawan-kawan melalui fb. :D

Kerana lewat bangun, saya tidak sempat membalas ucapan kawan pada saat itu, sampai di pejabat ditimpa
tsunami kerja.. tak mampu juga menyelitkan masa untuk mengaminkan doa-doa kawan.. Pagi itu terima panggilan dari teman seberang, rindu sekali suara dia.. teman baik sewaktu kuliah. Terima kasih atas doanya jagung.. sgt terharu..really appreciate. :) . 

Ya hari ini sebenarnya kerja saya setinggi gunung, namun saya lalui dengan mendaki nyaman, seolah menghirup udara segar disepanjang perjuangan. (Mungkin ini nikmatNya atas doa kalian)

Hingga petang, hanya melayan perasaan sibuk, merai pelanggan, menjawap panggilan. Sekejap-sekejap tersenyum membaca mesej2 ucapan. Jika diterima melalui kad ucapan pasti posmen akan tuju ke arah saya pertama2 sekali agar ringan beban membawa kad untuk saya..

Petang itu teman baik saya datang membantu.. sambil kerja kami bercerita tentang silam. 

Entah macam mana membolehkan saya tersebut tentang dia yang telah lama saya rindu hingga lupa merindukan dia. Mungkin saya sudah penat mengharap dia dari dulu dan kerana masa, perlahan-lahan dia hilang dari ingatan. 

Begini kawan, Dulu. Pernah ada satu cinta pada makhluk diwaktu remaja saya, diawal saya tempuhi alam universiti. Makhluk ini paling lama. paling susah untuk saya kikis dari saat hubungan kami berhenti. Biar dengan siapa pun saya berkawan selepas itu. Dia tetap dihati. walau apa pun sama ada dia atau saya sedang bahagia. Dia tak pernah luput dalam fikiran saya.

Hingga saya terfikir "apa dia jodoh ku?". 

Saya tak berhenti memohon pada Allah, "bantulah aku lupakan dia jika dia bukan untukku.." 

Hari ini, saat bercerita dengan teman saya, saya tersedar satu perkara. "Allah telah pun makbulkan doa saya itu".. bila bercerita tentang dia, saya terasa dia sangat silam, berhabuk. tebal sekali. "Apa khabar dia sekarang? apa sudah menikah? "...tanya saya pada teman. Menurut teman, dia akan bertunang bulan ini, ada photo terbaru dia bersama teman kami di fb. Ya kawan, sejak kalimat dari teman saya itu saya tak sabar pulang untuk mendapatkan laptop saya untuk melihat dia. 

Tadi.. saya jumpa photo yang dimaksudkan itu. :) Saya rasa sangat-sangat bahagia.

Aneh juga perasaan ini. Sebelum ini saya sedih melihat photo atau apa2 tentang dia sampaikan pernah saya menangis. (gila sungguh saya dahulu). Hari ini. Saya rasa bahagia bila melihat wajah yang dulu kesayangan. Wajah yang pernah saya anggap dia cinta mati.

Hari ini saya lihat dengan pandangan yang cukup berbeza.

Saya bahagia melihat dia masih sihat. Saya bahagia melihat dia akan lebih bahagia. Saya sangat-sangat bahagia disaat saya melihat hati saya berkata "Dia memang bukan jodohku" :) .  Lain sekali wajahnya sekarang kalau dibanding dari wajah dalam kotak memori saya. Hingga sekarang ini saya tak mampu berhenti senyum. Terlalu lapang dada saya hinggakan rasa sebak juga ada. 

Sungguh Allah itu sangat besar rahasiaNya. Nikmat bersabar itu sangat beharga. Bila kita redha dengan kententuan Allah, Allah berikan bahagia yang lebih bermakna. Bila cinta pada Allah itu lebih dari makhluk, hati ini akan rasa luar biasa indahnya.. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah, hadiah Mu sungguh awesome hari ini <3 span="span">

Itu sahaja ingin saya kongsi malam ini. 

Semoga perkongsian ini ada manfaat buat anda yang sedang bercinta dan bakal menemui cinta. Semoga kita dijodohkan dengan belahan jiwa yang membimbing kita ke syurga. :) Aaamiin. 

Enjoy this clip, Dalam Mihrab Cinta - Afgan. <3 nbsp="nbsp" span="span">