Friday, September 21, 2012

Kerana Sayangku Padamu Muhammad, Ya Rasulullah


Sekarang di fb ramai mula share mesej boikot youtube dan google seperti ini. Saya bantu juga laa..share je. Namun saya akui, saya tak mampu melakukannya.. saya hanya mampu mengurangkan pengunaan dari selalu. Maaflah, saya jarang menonton tv, jadi youtube antara sumber hiburan saya menonton film-film, tazkirah dan mendengar bacaan al-Quran dari qari-qari yang hebat dan tak kurang juga mendengar lagu.

Bukan saya tak sensitif tentang isu ini, saya juga rasa sakit hati, geram, marah.. dan saya juga sedih melihat bertapa Tuhan tulikan hati orang yang terlibat dalam mewujudkan filem ini.

Sebelum itu saya saja berfikiran sebaliknya: adanya youtube ini sejahat-jahat membiarkan video ini disiarkan, kita secara tidak lansung TAHU akan wujudnya film sial ini. KAN? 

OK berbalik kepada cerita. Disini saya sendiri tercari-cari apakah sepatut-patutnya tindakan kita sebagai umat Islam? apakah JIHAD sebenar kita yang mendapat redha Allah?

Boikot? perhimpunan bantahan? OK kalau dah berani sangat  Bom je laa negara kafir tuu. Settle. (Tapi jangan lupa kita juga dikelilingi orang kafir di sini)..

Ada yang suka boikot sana sini, boikot itu ini.. bagus lah jika dia sendiri betul-betul bermujahadah menegakkan Islam dengan Akhlak yang cantik, Imannya yang tinggi.. Insya Allah akan berjaya.

Ada juga yang semangat dengan bantahan luahan perasaan dan perhimpunan. Silakan.. tapi menurut saya biarlah golongan muslimin yang lakukannya.. dan solat jemaah ketika masuk waktunya, solat hajat di perhimpunan itu.. zikir beramai-ramai dengan tenang dan kusyuk. Saya yakin orang kafir bila melihat ini, pasti mereka seram sejuk dan tak kurang yang tebuka hati untuk mendekati ISLAM. 

Buat muslimat, kalau nak juga berkumpul, berkumpulah di tempat awam tertutup, dewan, masjid.. asalkan dengan izin suami, tak tinggal solat, zikir bersama selawat keatas nabi bersama-sama.. Apakah itukan lebih MANIS di sisi Allah? 

"Menangislah kerana mohon keampunan Allah, jangan merantap seperti orang kafir merantap kematian.." 

Agenda yahudi memang sudah jelas, dan kita ini sepatutnya muhasabah diri.. fikirkan kembali kenapa Allah biarkan kejahatan mereka menjadi-jadi?

Kawan, saya menceritakan ini hanya melalui Ilmu yang cetek, dan saya bukan ilmuan terhormat, mengaji agama ikut format SPM sahaja, tiada yang khusus dan saya sampaikan disini hanya setakat pengetahuan saya tentang ISLAM dan semua ini kawan, saya yakin anda juga sudah mengetahui dulu dari saya..

Kawan, Yahudi itu tahu kelemahan kita. iaitu NAFSU Amarah. Kerana Nafsu mampu mengugurkan pahala-pahala kita, nafsu mampu membuat Allah murka pada kita.

Mungkin Tuhan menguji, dan mungkin juga Yahudi ini mengejek kita.. memperolok kita dan ketawakan kita tatkala melihat cara kita respon dalam permainan mereka. Dan sebab itu yahudi mencari apa jua isu yang akan membangkitkan NAFSU AMARAH kita agar kita dapat join mereka masuk neraka...

antara kita sedar atau tidak dan apa benar atau tidak? Allahualam.. dan ini hanya sebagai mengingati... sebab itu saya mengajak kita muhasabah diri.

Di dalam Al-quran sendiri Allah SWT telah berfirman berkali-kali, (dan belum cukup Ilmu saya untuk mengetahui berapa banyak) tentang nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH SWT sangat-sangat jahat. dan di antaranya seperti dibawah ini:

“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”(Surah Yusof – ayat 53)

"Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH." (Surah Sadd: 26)

“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

"Dan apabila datang kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dari sisi ALLAH yang membenarkan apa yang ada pada mereka sedang mereka sebelum ini biasa memohon kedatangan Nabi untuk mendapatkan kemenangan ke atas orang-orang kafir, maka apabila datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka mengingkarinya. Maka laknat ALLAHlah ke atas orang yang ingkar itu." (Surah al-Baqarah: 89)

Rasulullah SAW kesayangan kita juga pernah bersabda,: 

“Kita baru kembali dari perang kecil akan menghadapi perang besar. Para Shahabat bertanya : YA Rasulallah gerangan apakah perang besar itu ? Rasulullah menjawab: “Perang melawan Nafsu”.(Riwayat Al-Baihaqi)

Dikuatkan lagi sabda Rasulullah SAW;

"Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".

Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, MUSUH No.1 umat Islam kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.

Dan NAFSU lah JIHAD yang paling besar buat umat zaman kita sekarang.

Dan jalan untuk kita berjihad di Jalan Allah sudah pun Allah nyatakan dalam FirmanNya bermaksud: 

"Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH itu beserta dengan orang yang buat baik". [Al Ankabut 69]

Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsu, Allah akan bukakan jalan kemenangan dan bantuan yang tak disangka-sangka. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah.

Kita takkan berperang mati, kerana senjata dunia kita lemah. Tetapi kawan, Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Penyanyang, Dia siap sediakan senjata yang lebih hebat untuk kita umat Nabi Muhammad SAW memerangi Yahudi mahupun Syaitan dan Dajjal. Iaitu melalui DOA. 

"DOA SENJATA MUKMIN". cari lah dimana-mana sekolah, institusi-institusi pasti ada mesej ini. Tetapi sejauh mana keyakinan kita terhadap DOA? Apakah yang doa sebelum ini penuh dengan keyakinan kita, pengharapan kita terhadap Ilahi? Atau sama sahaja seperti kita merayu ketua mohon pelepasan cuti? Jika seperti itu, Baiklah kita bertaubat, dan Istighfar. PERBAIKI keyakinan dalam DOA. dan pasti lah ini sangat sangkut paut dengan HATI YANG IKHLAS dan BERSANGKA BAIK PADA ALLAH. 

Dan seperti kita ketahui, akan sampai hari kiamat dimana ISLAM berkembang maju dan berjaya bila kedatangannya Nabi Isa a.s. Allah telah atur semuanya, Itu hak Allah SWT. Tugas kita melawan nafsu sendiri dan sama-sama bantu membentengi nafsu-nafsu luar. Bukanlah berteriak, merantap, bermogok dijalanan. (saya disini tidak maksudkan perhimpunan secara aman)

Ingatlah, sekali kita mengikut nafsu, makin banyak syaitan disamping kita. Begitu bila kita memarahi syaitan, semakin besar jugalah ia. Hapus syaitan dengan sabar dan istighfar.. Apapun tindakan kita utamakanlah Allah, ikut cara Rasulullah kita.. Insya Allah mendapat kemenangan di Akhirat kelak.

Saya teringat akan kisah nabi dan sahabat:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. 

Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?'

Nabi s.a.w menjawab: "Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu."(Hadis Riwayat Ahmad)

SUBHANALLAH.. T___T .. 

Setakat ini sahaja dulu, yang baik datang dari Allah, dan yang jahat itu kerana kejahilan saya.. Saya silakan pada kawan-kawan yang ini berkongsi Ilmu tentang topik ini. Sama-sama kita berdakwah. Insya Allah bermanfaat buat yang lain..

Allahualam.

Info Hikmah:
"Masya Allah, wanita itu diwajibkan berpakaian menutup aurat kerana mengelakkan maksiat, fitnah dan zina. Dah berpakaian baik, tinggal ambil wuduk je. tak perlu susah-susah bawa beg besar untuk isi telekung...Bukankah Allah sudah meringankan beban kita? " :)

Wednesday, September 12, 2012

Setiap yang bernyawa pasti akan mati

“Kullu nafsin dzaiqotul maut” Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)

Dan ketika kematian terasa begitu dekat
terpadam semua hal duniawi, tiada lagi mimpi-mimpi pelangi,
hanya dibayangi wajah yang bakal menjemput
apakah yang hadir itu bersama cahaya? apakah ia membawa kegelapan?

"Astagfirullahal ‘adzim..."
Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Tuesday, September 11, 2012

Diselimuti Kehangatan Istanbul

Mimpikan Keindahan Istanbul

Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku termimpikan kota Istanbul.
Aku ingin kesana dan sekuat keinginan aku ingin ke Makkah. Mungkin kerana terlalu rindukan Makkah jadi bila cerita negara-negara anbiya, aku pasti ingin ke sana.

Istanbul ada Masjid Biru.. Ya.. Masjid Sultanahmet.. Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh..



Hujung tahun sudah aku merancang dengan sahabat (Arita) untuk pergi umrah sambil ziarah mesir. Dan awal bulan syawal aku berbincang dengan saudaraku yang pernah ke Mesir dan Turki. Mendengar cerita dari mereka, nafsu aku untuk ke Turki makin kuat. Dan aku ingin mengajak sahabat menukar haluan iaitu dari Alexandria ke Istanbul. Waktu itu sahabat sedang beraya di Leeds,UK. Jadi aku menunggu kepulangannya hujung bulan ini (september) untuk cerita tentang perancangan kami.

* * * * * * *

Kita merancang, Tuhan menentukan...

Tak lama lepas niat itu, saya dapat mesej dari sahabat menyatakan dia serta keluarga akan ke Turki dalam beberapa hari sahaja lagi. Terkesima saya.. Saya teruja dengan mesej dia, tapi saya hampa kerana tak dapat turut bersama. Dalam masa yang sama, rancangan saya turut terpadam. Bermakna jika dapat pergi Umrah dengan sahabat tahun hadapan, saya akan ke Mesir..

Seperti sedang melukis permandangan masjid biru diatas kanvas . sudah ditengah jalan, terpaksa kikis kembali catnya kerana bukan di atas kanvasnya.

pasti kawan terfikir, kenapa perlu kikis? biarlah, lukis yang lain pada kanvas baru.
Tak mungkin lah kawan.. Orang kaya mungkin boleh ke satu tempat berulang-ulang.. tetapi jika dengan Arita, pastilah saya akan pilih Mesir. biar sama-sama baru mengenal, sama-sama tidak bosan.

InsyaAllah pasti ada hikmahNya, dan perancangan Dia lebih baik dari kita.
Mana tahu Tuhan bawa aku ke Istanbul bersama belahan jiwa? <3 p="p">
Di KL sekarang ni sejuk.. suhu cuma sekitar 25~26 degree...aku terbeku dalam suhu 16 degree di pejabat ini. Sesekali diselimut nyaman dengan gambar-gambar indah dari Istanbul. Sahabat ini mengerti perasaan aku, sering dia update gambar-gambar di sana. Aku doakan semoga dia dan keluarga sentiasa selamat disepanjang perjalanan, diredhai Allah SWT dan menemui keajaiban indah disana..~ Aaaamin!


kehangatan Istanbul kuat bersamaku.

Enjoy the pictures!









Pagi itu aku terjaga..rupanya dia sudah selamat tiba dia Istanbul dan dia sampaikan hajatku dengan gambar di atas dengan status ini:

| A Dedication |

My dear friend, Nurul Anati Alawi had ask me to tag her the first beautiful Mosque photo from Istanbul. So this is the best I can get her on our first day.

p/s: The Süleymaniye Mosque, Istanbul
 

:)



Dgn photo ini dari sahabat: 

| Masjid Biru |

Dedikasi untuk sahabat yang merindui Istanbul. Semoga ada rezeki mu sahabat... mungkin bersama pelengkap hidup.. InsyaAllah.. :)

p/s: Sultan Ahmet Mosque, Istanbul
 

Aaamiin, Aaaamiin, Aaamiin Ya Allah. Terima kasih kerana memberi aku rasa cinta.. hanya pada Mu.

Amalam Sunat Ketika Haid

Assalamualaikum,

Sari berita penting... eh ini bukan berita dunia jam 12. 

Alhamdulillah hari ini dapat juga mengisi beberapa penulisan yang sedang saya karang. Saya bukanlah penulis terhebat, apa lagi pengarang puisi termashyur.. Bahasa Malaysia pun selalu dapat B je.. kalau pun A tu mungkin guru saya tersalah tanda. Tapi Alhamdulillah, Allah beri keupayaan untuk saya menulis walaupun ia bukan hobi, tapi kerana saya ini orang nya pemalu, tetapi saya suka bercerita, jadi di blog ini, sebagai pentas untuk saya bersuara. 

InsyaAllah nantikan saja cerpen dari saya akan datang.

Hari ini saya khususkan topik untuk para gadis dan wanita. Lumrah kaum hawa kita diberi haid pada waktu-waktunya. Dan waktu-waktu itu kita direhatkan dari ibadah wajib. Dan waktu-waktu ini kita digalakkan berbanyak berzikir dan berdoa atau membaca tafsiran al-Quran.

Sebut tentang al-Quran, saya kongsikan disini Q dan A mengenai "Amalan sunat ketika haid" yang saya copy dan paste je dari link ini: http://bliss-infinity.blogspot.com daripada ustazah sakinah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:-

Saya ingin tahu apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika haid dan adakah masih boleh membaca ayat al-Quran ketika uzur?

Jawapan:-

Dibolehkan bagi wanita yang didatangi haid berdoa, berzikir berpandukan zikir-zikir yang disyariatkan dan juga membaca al-Quran. Tetapi keharusan ini dengan syarat ia mesti dibaca tanpa memegang mushaf al-Quran.

Namun, orang yang berjunub (bersetubuh sebelum mandi) dilarang membaca al-Quran, sama ada melalui hafalan ataupun memegang dan membacanya.

Jumhur ulama fekah mengharamkan membaca al-Quran ketika haid sehinggalah wanita itu suci. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah berdoa dan berzikir bukan dengan niat membaca al-Quran seperti membaca basmalahinnalillahi wa inna ilaihi raajiuunrabbana aatina fiddunnya hasanah atau sebagainya yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan doa dan zikir. Bukan membaca ayat al-Quran secara khusus.

Pengharaman ini berdasarkan dalil berikut:

1. Ia termasuk hukum junub kerana bersetubuh disebabkan kedua-duanya disyariatkan mandi wajib. Ini berdasarkan hadis Ali bin Abu Tolib r.a di mana Rasululah s.a.w mengajar para sahabat al-Quran: 

"Tiada apa yang menghalang daripada al-Quran selain junub."

- (Riwayat al-Tirmizi, 146, Abu Daud, jil 1, ms. 281, al-Nasai, jil. 1, ms. 144, Ibn Majah, jil. 1, ms. 207, Ahmad, jil. 1, ms. 84, Ibn Khuzaimah, jil. 1, ms. 104. Menurut al-Tirmizi: Hadis ini hasan sahih. Menurut Ibn Hajar: Hadis ini hasan dan diterima sebagai hujah).

2. Hadis Ibn Umar r.a di mana Rasululah s.a.w melarang wanita haid dan orang yang berjunub membaca al-Quran. 
- (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 131, Ibn Majah, no. 595, al-Daruqutni, jil. 1, ms. 117, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 89. Hadis ini daif kerana riwayat Ismail bin 'Ayyasy daripada penduduk Hijaz. Riwayat Ismail daripada mereka adalah daif. Menurut Ibn Taimiyah dalam kitabnya al-Fatawa, jil. 21, ms. 460: Hadis ini daif menurut kesepakatan ulama yang mengetahui tentang hadis. Rujuk: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 195 dan al-Talkhis al-Habir, jil. 1, ms. 183).).

Menurut sebahagian ulama, harus membaca al-Quran ketika haid. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Malik, riwayat daripada Imam Ahmad, dipilih oleh Ibn Taimiyah dan disokong pula oleh al-Syaukani. Mereka mengunakan dalil berikut:

1. Hukum asal dalam sesuatu perkara adalah harus dan halal sehinggalah terdapat dalil yang melarang. Tidak terdapat dalil yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Menurut Ibn Taimiah, tidak ada nas yang jelas lagi sahih yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Beliau menyambung: Dan sudah sedia maklum bahawa wanita pada zaman nabi juga didatangi haid. Baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran seperti mana baginda tidak melarang mereka berzikir dan berdoa.

2. ALLAH S.W.T memerintahkan agar membaca al-Quran. DIA menjanjikan pahala yang amat besar. Tidak boleh menghalang manusia membacanya kecuali ada dalil yang tsabit.

3. Menyamakan haid dengan junub adalah tidak munasabah kerana kedua-duanya berbeza. Ini kerana junub atau persetubuhan dilakukan atas dasar pilihan sendiri dan boleh menghilangkan hadas itu dengan melakukan mandi wajib. Ini berbeza dengan haid di mana masa datangnya panjang dan berlangsung selama berhari-hari. Junub pula disyariatkan mandi setiap kali ingin mendirikan solat.

4. Melarang wanita haid membaca al-Quran telah mengurangkan pahalanya dan berkemungkinan ada antara ayat-ayatnya dilupai. Adakalanya ia perlu dibaca al-Quran ketika mengajar dan belajar.

Dengan ini, jelaslah bahawa dalil dan pendapat yang dipegang oleh golongan yang mengharuskan membaca al-Quran bagi wanita haid lebih kuat. Untuk lebih selamat, elakkan membaca al-Quran kecuali ketika bimbang ia dilupai.

Hendaklah diambil perhatian, ini hanya melibatkan bacaan al-Quran pada ayat-ayat yang dihafal dalam dada. Tetapi, berhubung dengan menyentuh mushaf al-Quran ketika dalam haid, ia melibatkan hukum lain. Tetapi, pendapat yang paling tepat antara dua pendapat yang bertentangan adalah diharamkan menyentuh mushaf bagi orang yang berhadas berdasarkan keumuman ayat:

"Tidak akan menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci." 
– Surah al-Waqiah: 79.

Juga berdasarkan surat Umar Ibn Hazm yang diutuskan oleh Nabi s.a.w kepada Ahli al-Yaman:

"Maka janganlah menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci." 
– Riwayat Imam Malik, jil. 1, ms. 199, al-Nasaai, jil. 8, ms. 57, Ibn Hibban, 793, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 187. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini disahihkan oleh sekumpulan Imam. Menurut al-Syafie: Telah tsabit di sisi mereka bahawa ia adalah surat Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn Abdul Bar: Surat ini sangat masyhur di kalangan ahli sejarah diketahui oleh para ulama. Pengetahuan ini sangat masyhur. Ia menyerupai mutawatir kerana orang ramai menerima dan mengetahuinya. Menurut al-Albani, hadis ini sahih. Al-Talkhis al-Habir, jil. 4, ms. 17. lihat: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 196, Irwa al-Ghalil, jil. 1, ms. 158 dan lain-lain lagi.

Jadi, jika wanita haid ingin memegang mushaf al-Quran, lapik dengan kertas yang bersih atau memakai sarung tangan. Atau membalikkan halaman mushaf menggunakan rotan, pen atau sebagainya.

Kesimpulannya, dibolehkan membaca al-Quran selagi mana ia tidak disentuh. Tetapi haram menyentuhnya menurut pendapat yang paling sahih.

Ustazah Sakinah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, semoga artikel di atas berguna untuk panduan muslimah.. 

Jazakallah khairankatheera. love CHM


Monday, September 10, 2012

Holiday yang selumberr

Untuk makluman post ini saya dah taip sekitar 2011.. dan terperap dalam draft box. Jadi hari ini 10/09/2012 baru saya kemaskini dan Post!. Hebat tak saya? XD


uuuYeah! Cuti LAGI!.

2 minggu sebelum 24/12/2010.

Saya telah bercuti bersama keluarga ke Langkawi. 5Hari 4Malam.. lama kan? boleh tawan 1 Pulau. tapi kami telah ditawan oleh beberapa restoran lazat di Pulau Langkawi itu. Jadinya terlepas laa segala lawatan bersejarah mahu pun naik cable car. Cuma dapat ke Pulau Payar yang best, lagi best dapat naik bot Marin PDRM dan lagi lagi lagi super best, setiba di Pulau tersebut, tourist semua dah balik= hanya kami 10org sahaja di Pulau Payar!. baru laa privacy.. :)

2 minggu kemudian.

Percutian yang telah lama dirancang bersama bayang2 "JALAN-JALAN CARI MAMAM" menjadi kenyataan.. walaupun pada awalnya cik eila bakal kami tinggalkan kerana faktor kerja, manakala cik erra pula mood cuti mcm biskut. Ada potesi je saya dgn ina saja yg ke Penang. Namun bila cik eila minta tunggu hingga dia selesai kerja, saya dan ina setuju dengan hbiskan masa ke bengkel utk servis kereta. Dalam masa menunggu, cik erra turut jadi ke Penang. Alhamdulillah sambil dalam hati ("ada laa duit aku nak shopping"), saya yakin ina turut begitu. hahaha..

Jangkaan awal tiba di Penang Jumaat petang, jadi tengah malam. Ape punya plan, kami terlupa akan cuti Krismas. Damn! Jam! hotel tak book.. perjalanan kami hanya memikirkan hotel, hotel, hotel..

Tepat jam 1pagi tiba di Penang.. Pencarian Hotel bermula. Jangan mimpilah nak tidor di Batu Feringghi, mesti full melainkan VVVVIP room atau Open room (tidur dlm keta aah). kami berpatah balik ke sekitar gurney.. ada bilik Rm370, tapi kami hold dulu, untuk cari lagi ditengah town.. 370 untuk berapa jam sgt tak berbaloi... setuju takk??? makluman waktu semasa jam 1.40 pagi.

Jam 2pagi, muncul Garden Inn hotel ditepi jln yg masih sesak.. hotel ** 5 tingkat, bangunan berusia lebih 20tahun..majority Chinese, dengan mata dan tenaga yang makin kaburr.. kami redah je. Rate? Rm146 (1 queen, 1 super single) wow! mane nak dapatkan, tengah2 super peak ni.. hahha..

Hari 2:

Pagi sabtu indah menjelma.. dan saya terpaksa menjadi alarm buat mereka sebelum kena halau dgn house keeping. Misi "JALAN-JALAN CARI MAMAM" terpaksa ditunda kerana khuatiri takde tempat tidur untuk malam itu sekali lagi misi mencari hotel..  namun kami sesat dan perut dah nyanyi tanpa henti, jadi kami terpaksa selesaikan nafsu batin ni dulu.. asal jumpa kedai makan, cina, jumpa cina, kedai makan, haih..mana yang kata penang makan sedap nihh??

Berpusing2, Garden Inn tu ntah berapa kali kami lalu.. memang sesat barat.. di persimpangan lampu trafik, kami tanya kereta sebelah. Kata orang rezeki ehh.. punya lapar tak tengok dah siapa yg kami patut tegur. buka je tingkap, sua muka, terus tanye. Sekali kacak, pakai BMW baru lagi.. warna putih lagi.. bagusnya dia tak sombong. "abang kereta kacak" pun turut turunkan tingkap keretanya.. aiihh..cina.. takpelah. dia cuba memberi direction, kami pun "ok Ok" je.. Lampu sudah hijau, tibe dia hon, suruh ikut "dekat je katenya" huy huy....terkesima dengan pertolongan dia. kalau melayu dah sua business card. hahaha..

Tiba je dilokasi kami hon dan lambaian mesra (itu mestilah dilakukan oleh cek era..pakar goda dia nih) .. dan kembali sesat cari Restoran Nasi Kandar Line Clear.. namun, hilang lapar lepas terkenang budi "abang kereta kacak" hahaha. Pusingan ke 14, baru kami jumpa kedai dan parking.. makan penuh selera tiba2 kasut saya pulak boleh putus! Astagfirullah.. nasib baik ade kedai kat sebelah, selesai makan, terpaksa saya pinjam kasut cik erra wedge 10". SubhanaAllah gayatnya mcm berdiri di tebing 10 kaki tinggi, terpaksa berjalan 0.001km sejam. kata orang catwalk gaya slow motion.. Alhamdulillah nampak sandal terus sy sambar tanpa kira design, yang penting, SIZE 5 ada.

Boleh tahan lama kami di area nasi kandar line clear, siap shopping baju cantik murah di BUTIK AMEBA. Cik Erra makin bernafsu melihat-lihat baju2 disitu, dan saya hanya tengok (memang boleh dipuji, saya sangat berdisiplin dalam bab bershopping ni). Memang dah jadi kebiasaan kalau bercuti, part shopping tu kena last day..baru best sikit.. kalau awal2 takut over spend.. :) .

Memandangkan semalam hotel murah, makanya hari ni boleh laa cari hotel yang selesa. Berangan nak tidur hotel hard rock, sekali yang available Rm600 utk 2org. ayo.. taknak lah..  Akhirnya kami jumpa Hotel Tanjung Bungah. Pernah dah saya lihat hotel ni dalam internet sumpah tak tertarik.. TAPI bila masuk lobby dia..wow, ini 4star. ("asal dlm internet mcm hotel murahan je??" bisik saya) bila receptionist sebut RM260, lega perut saya mendengar dan terus check-in. YAY! ade duit shopping dan makan best!! hehe. Posing2 dianjung hotel, kami naik ke bilik dan tunggu hingga lepas asar barulah keluar mulakan misi
"JALAN-JALAN CARI MAMAM" .

Petang menghala ke Town kami mencari apa2 kedai yang best. AIM kami adalah warung/gerai2 tepi jalan yg ramai orang. Hampeh! asal jumpa kedai cina, lansung tak seperti dibayangkan.. mana pegi kedai2 islam nihh??. Starbuck merata2, tp kalau gi penang makan kat starbuck, baik dok rumah je. Akhirnya kami decide ke Sup Hamid. Sepeti biasa sesat mencari sup hamid, dan kami tersalah masuk lorong kecil, tp dilorong itu juga rupanya ada juga Sup Hamid. Alhamdulillah.. dapat pekena Nasi lemak utara dan Sup Organ (Ina Order) dan sup kambing Ila. saya order mee goreng mamak, dan roti banggali utk cicah dengan sup-sup ina, ila, erra order. heheh (sekali lagi save!)

Kenyang sudah, terus ke Batu Feringghi.. Alahai Jammed. bosan betul. lagi bosan saya yg kena drive. Sampai di Hard rock lagi (masuk kejap dan bergambar...tak dapat tido, dpt posing jadi laaa). kemudian terus ke street bazaar.. akibat tensi mencari parking, saya berhenti di hadapan restoran china yang ada kapal melaka tu.. motif ? sebab saya nampak parking berjagar disitu.

Turun je keta pakcik jagar parking tanya, "nak makan ka nak jalan2?"
saya tanya:  "apa beza?"
Pakcik Jagar: "kalau makan free, free parking laa bukan free makan.. kalau nak bejalan kena bayaq 5 ingget"
saya tanya geng:  "wei, hangpa lapaq lagi ka? ni kedai cina ka melayu? no pork, agak2 halai dak kalau kita makan" (saja buat2 tanya geng dan cakap lorat utara tips nak mintak kurang. lagi pun restoran cina kot..takkan nak makan. ) ...geng geleng tanda kenyang..
saya: "tak boleh kurang sikit kaa... nak tgk2 jaa bukan nak beli apaa.. sat ja"
Pakcik: "gheta besaq takkan x boleh bayaq 5 ingget ja pun..."
Saya: "Ni gheta kak.. bukan gheta saya.. pinjam jaa.. saya ni pun sekolah lagi.."
Pakcik: "takpalah, bayaq 3 ingget, pakcik tak bagi resit, klu sy bg resit nanti kena bayaq 5 ringgit"

Saya lansung hulur rm3. fuh, nasib baik tak tanya banyak, kalau tak, hilang loghat utara saya.

Tak lama pun disana, kerana tak ada idea nak beli apa, kami pun ke sekitar gurney mencari makan tengah malam. Puan Ina cepat betul laparnya ..saya juga sebenarnya.. itulah pasang niat Jalan-jalan cari makan, jadi keja maaaakaan jelah. Tepi laut gurney banyak juga restoran, tak kurang juga kelab malam. 3 kali pusing,  kami sepakat berhenti di Mr.Pot.. dan isilah perut tanpa fikir kolestrol dan lemak. @__@  dan biasanya 30minit selepas makan baru insaf. Itu memang BIASA.

Sampai di bilik tak banyak cakap, solat dan terus zzzz...

Hari 3:

Esok pagi seperti biasa saya akan awal. Sambil tunggu mereka bangun, saya buat lah exercise ringan.. joging setempat sambil mengadap tingkap. bukan apa.. lawa-lawa betul villa-villa di lereng bukit betul-betul bertentangan hotel. Sempatlah berangan sebelum Cik Era tegur saya. "Ko kenapa nok...?"

Ok skip bab tu. Hari 3 adalah hari terakhir kami di penang, esoknya Isnin, jadi kenalah sedar diri.. cepat2 siap, check-out awal dan misi terakhir, mencari pasembor. Kami masih tersesat2 mencari.. ntah kenapa saya ni nama je orang utara, tak pula call sedara2 tanya pasal penang, Cik Eila lagi laa.. boyfren kemain keje kat penang, pun tak ter fikir nak tanya jalan. Betul-betul main redah je dan sebab itu sampailah kami ke Padang Kota.

Pasembor koleksi saya, palet ketam, bebola, dan kueh. RM18. Mulanya saya dengar RM8 itu pun dah rasa mahal., tapi sebab saya ni jenis redha, saya diam je dan makan je. Tiba2 datang cik Era dengan pinggan lebih besar dan ekspresi muka mcm orang kena sambar petir. "cer teka berapa aku punya??" cakap Era. "hmm..RM20 kot" balas saya yang memang fail bab tebak harga nih.. "RM36 beb!!" saya yang tadi sedang sibuk cari isi ketam terus terbeliak pandang Era dan lansung lempar pandang ke pinggan dia.. bezanya lauk dia dengan saya adalah dia ada seekor ketam. Kemudian diturut Ina dan Eila masing-masing Rm20 dan Rm 20 lebih2 .. dan sekali lagi saya juara membeli. XD

Frust dengan pasembor, kami sepakat pulang ke KL. NAMUN akibat sesat, kami langsung ke MALL. Tapau coffee bean untuk perjalanan panjang. Jam 5.00 petang kami bye-bye Penang dengan rasa menyampah dan taubat tak nak cuti lagi kat Penang. Cekik darah!

Misi JJCM kami belum selesai. last destination adelah Mee Udang. Perjalanan 2 jam kami sampai di exit Taiping. Dan sampai di kedai Mee Udang tersebut terus order.. saya dengan confident order special sebab dulu dah pernah makan di situ dan memang best. TAPI malang hari tu buat kami. Rasa dia langsung tak sama seperti saya expect. Pendek kata TAK SEDAP lansung. Era dah tak puas hati begitu juga Ina, begitu juga Eila dan saya diam je sebab redha. (Bukan la saya ni baik sangat.. tapi saya ni memang easy) lepas maghrib, kami ke lokasi Mee Udang kedua. Kali ini baru minta pentunjuk boyfren Eila. huawaa boleh tahan jauh ke dalam. Pukul 10 baru jumpa kedainya.. Ya Allahh..

Tepat Jam 11 beredar nasib baik Era drive, jadi saya dan Eila boleh tidor kerana esoknya kami berdua kerja pagi.. Alhamdulillah Pukul 4 pagi selamat tiba dirumah..

* Pengajaran penting. Sebelum cuti buatlah persiapan sebaik2nya..

Kasih melalui nasihat..

Nasihat yang berkesan adalah melalui kata yang lembut,
tak tinggi suara, tak bermasam muka, tak kasar bahasa,
Nasihatlah seolah kita memperingati diri sendiri.. 
atau seolah menasihat kekasih kita..

kerana hati melahirkan perasaan,
dan lumrah manusia, memiliki HATI.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tangani jiwa dengan SABAR ya kawan.. :)