Sunday, September 5, 2010

Condo! I'm in love

Masya Allah! Ramadhan mengimbau kembali kenangan di Ramadhan yang lepas. Pertama kali berpuasa sendiri, jauh dari keluarga. Bersahur dan berbuka bersama teman-teman dari seberang Martha, Mita, Anggi, Eka dan Fura (local). Kami sama-sama menginap dicondo yang dikhaskan untuk pelajar international walaupun saya dan fura orang local.

Pada mulanya saya risau juga sambut ramadhan tanpa family. teringatkan lauk sedap-sedap yang mama masak, bagaimana dengan sahur. dan paling utama kewangan saya memandangkan waktu tu hampir dengan final, nak beli makan utk berbuka selama 30hari? nasi+ayam rm 5, air masak, kuih muih rm2, sahur rm5 tolak campur rm15/sehari x 30 =.rm450. board lagi, nak print utk presentation, minyak kereta...

Namun apa yang saya risaukan itu semua berlaku sebaliknya.

sepanjang ramadhan, boleh dikatakan tiap-tiap hari kami masak. cuma 2orang akan ditugaskan untuk membeli kuih muih dan fancy drink. dari situ mula episod saya mempelajari pelbagai masakan hinggakan saya rasa saya perlu tukar kursus. waktu sahur pun masak tapi waktu ini kami selesa bersahur diluar kerana segelas teh tarik.

Dan amazingly dalam sibuk-sibuk belajar, saya sangka mungkin saya tidak sempat untuk solat terawih. Oh tersasar sekali, Allah mudahkan memang amat mudah dan selesa sekali kami solat terawih besama-sama, hingga sanggup memandu ke masjid besar sedangkan surau dicondo kami diimamkan oleh pelajar dari Yemen lagi.

Pembelajaran saya lansung tidak terganggu, walaupun kalangan kawan saya tidak cukup tidur, saya terlebih tidur..boleh masak..jalan-jalan beli barang dapur.. emm saya sendiri hairan bila fikirkan balik. Alhamdulillah.

nak diceritakan lagi malangnya saya perlu beredar dari ruangan ini memandangkan ada kerja perlu diselesaikan. Insya Allah ada sambungan gratis. :)

1 comment:

  1. huaaa, nat...saya pun rindu masa2 itu.akan jadi kenangan manis selamanya. insya Allah disetiap ramadhan kita punya cerita tersendiri...dan pelajaran hidup tersendiri...selamat berpuasa (yang tinggal bbrp hari lagi)
    -eka, jakarta-

    ReplyDelete