Friday, August 27, 2010

Hari ini Nuzul Al-Quran

Yay selangor cuti. tapi saya kerja hari ini. apekan daya, family business...kerja untuk periuk nasi sendiri.

Kata orang hari baik ni elok laa perbanyakkan baca al-Quran, yang selalu baca berjuz2 sehari banyakkan lagi juz2nya, yang baca 2-3 helai tambahkan lagi 5-6 helai..yang seminggu sekali baca.. baca utk seminggu akan datang.. yang tak pernah baca lansung, buka laa kitab IQRA 1 takut dah tak kenal huruf al-Quran ni..

Pagi tadi selepas sahur saya lansung ke ruang tamu, santai menunggu waktu subuh masuk, saya tgk tv3 program Kalammullah.. dengar bacaan dari adik Amin al- ape ntah.. surah al-Furqan. mmg sedap.. sampai nak hilang suare adik tu baca. siap dengan sujud tilawah die buat depat tv. Bagusnya kecil2 dah tau tertib membaca dan mengamal. Oh time2 tu jugak saya rasa tak sabar nak didik bakal anak saya mengikut sunnah. siap berangan lagi nak perdengarkan al-quran dari roh zuriat saya masuk dalam badan.he he he
(angan2 je. berdoa moga Allah bagi saya pengalaman ini).

Oh ya. buat artikel "Lelaki Idaman Saya" tu, jangan laa anda semua penat2 fikir yang tersirat. Yang tersiratnya memang tak tersirat pun. sebab semua yang cerita disini adalah keluar secara spontan dan hanya yg tersurat.

Allah dah tetapkan Jodoh buat saya, mungkin disini, mungkin juga di akhirat nanti. saya berfirman dengan Qada & QadarNya.

berbalik kepada n3 Nuzul Al-Quran, Ini ada artikel yg dapat dari laman blog TAZKIRAH.
saya copy paste je kat sini. sebab saya belum cukup ilmu utk mengulas tentang Al-Quran.

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


2 comments:

  1. insyallah.sama2 kita didik bakal anak anak kita. aku tgh planning, satu keluarga tiap2 mggu harus hafal beberapa potong ayat dalam satu surah, sampai habis satu quran. then kena ulang lagi, ala ala praktis jadi tahfiz gitu.

    hehe.

    p/s: minta maaf aku bawak ko kelas yg dulu2 tu.

    ReplyDelete
  2. Insyallah, Allah suka niat yang baik, Insyallah di mudahkan dan dicepatkan amin..

    Pasal kelas tu takpa, itu semua pengalaman. Hidayah Tuhan bagi mcm2 cara. kadang2 Dia uji dulukan..tengok kita terima mcm mana. Alhamdulillah yang elok kita ambil, yg buruk tolak tepi.

    ReplyDelete