Friday, September 21, 2012

Kerana Sayangku Padamu Muhammad, Ya Rasulullah


Sekarang di fb ramai mula share mesej boikot youtube dan google seperti ini. Saya bantu juga laa..share je. Namun saya akui, saya tak mampu melakukannya.. saya hanya mampu mengurangkan pengunaan dari selalu. Maaflah, saya jarang menonton tv, jadi youtube antara sumber hiburan saya menonton film-film, tazkirah dan mendengar bacaan al-Quran dari qari-qari yang hebat dan tak kurang juga mendengar lagu.

Bukan saya tak sensitif tentang isu ini, saya juga rasa sakit hati, geram, marah.. dan saya juga sedih melihat bertapa Tuhan tulikan hati orang yang terlibat dalam mewujudkan filem ini.

Sebelum itu saya saja berfikiran sebaliknya: adanya youtube ini sejahat-jahat membiarkan video ini disiarkan, kita secara tidak lansung TAHU akan wujudnya film sial ini. KAN? 

OK berbalik kepada cerita. Disini saya sendiri tercari-cari apakah sepatut-patutnya tindakan kita sebagai umat Islam? apakah JIHAD sebenar kita yang mendapat redha Allah?

Boikot? perhimpunan bantahan? OK kalau dah berani sangat  Bom je laa negara kafir tuu. Settle. (Tapi jangan lupa kita juga dikelilingi orang kafir di sini)..

Ada yang suka boikot sana sini, boikot itu ini.. bagus lah jika dia sendiri betul-betul bermujahadah menegakkan Islam dengan Akhlak yang cantik, Imannya yang tinggi.. Insya Allah akan berjaya.

Ada juga yang semangat dengan bantahan luahan perasaan dan perhimpunan. Silakan.. tapi menurut saya biarlah golongan muslimin yang lakukannya.. dan solat jemaah ketika masuk waktunya, solat hajat di perhimpunan itu.. zikir beramai-ramai dengan tenang dan kusyuk. Saya yakin orang kafir bila melihat ini, pasti mereka seram sejuk dan tak kurang yang tebuka hati untuk mendekati ISLAM. 

Buat muslimat, kalau nak juga berkumpul, berkumpulah di tempat awam tertutup, dewan, masjid.. asalkan dengan izin suami, tak tinggal solat, zikir bersama selawat keatas nabi bersama-sama.. Apakah itukan lebih MANIS di sisi Allah? 

"Menangislah kerana mohon keampunan Allah, jangan merantap seperti orang kafir merantap kematian.." 

Agenda yahudi memang sudah jelas, dan kita ini sepatutnya muhasabah diri.. fikirkan kembali kenapa Allah biarkan kejahatan mereka menjadi-jadi?

Kawan, saya menceritakan ini hanya melalui Ilmu yang cetek, dan saya bukan ilmuan terhormat, mengaji agama ikut format SPM sahaja, tiada yang khusus dan saya sampaikan disini hanya setakat pengetahuan saya tentang ISLAM dan semua ini kawan, saya yakin anda juga sudah mengetahui dulu dari saya..

Kawan, Yahudi itu tahu kelemahan kita. iaitu NAFSU Amarah. Kerana Nafsu mampu mengugurkan pahala-pahala kita, nafsu mampu membuat Allah murka pada kita.

Mungkin Tuhan menguji, dan mungkin juga Yahudi ini mengejek kita.. memperolok kita dan ketawakan kita tatkala melihat cara kita respon dalam permainan mereka. Dan sebab itu yahudi mencari apa jua isu yang akan membangkitkan NAFSU AMARAH kita agar kita dapat join mereka masuk neraka...

antara kita sedar atau tidak dan apa benar atau tidak? Allahualam.. dan ini hanya sebagai mengingati... sebab itu saya mengajak kita muhasabah diri.

Di dalam Al-quran sendiri Allah SWT telah berfirman berkali-kali, (dan belum cukup Ilmu saya untuk mengetahui berapa banyak) tentang nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH SWT sangat-sangat jahat. dan di antaranya seperti dibawah ini:

“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”(Surah Yusof – ayat 53)

"Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan ALLAH." (Surah Sadd: 26)

“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

"Dan apabila datang kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dari sisi ALLAH yang membenarkan apa yang ada pada mereka sedang mereka sebelum ini biasa memohon kedatangan Nabi untuk mendapatkan kemenangan ke atas orang-orang kafir, maka apabila datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka mengingkarinya. Maka laknat ALLAHlah ke atas orang yang ingkar itu." (Surah al-Baqarah: 89)

Rasulullah SAW kesayangan kita juga pernah bersabda,: 

“Kita baru kembali dari perang kecil akan menghadapi perang besar. Para Shahabat bertanya : YA Rasulallah gerangan apakah perang besar itu ? Rasulullah menjawab: “Perang melawan Nafsu”.(Riwayat Al-Baihaqi)

Dikuatkan lagi sabda Rasulullah SAW;

"Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".

Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, MUSUH No.1 umat Islam kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali.

Dan NAFSU lah JIHAD yang paling besar buat umat zaman kita sekarang.

Dan jalan untuk kita berjihad di Jalan Allah sudah pun Allah nyatakan dalam FirmanNya bermaksud: 

"Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH itu beserta dengan orang yang buat baik". [Al Ankabut 69]

Ini jaminan dari Allah. Siapa sanggup melawan hawa nafsu, Allah akan bukakan jalan kemenangan dan bantuan yang tak disangka-sangka. Inilah rahsia untuk mendapat pembelaan dari Allah.

Kita takkan berperang mati, kerana senjata dunia kita lemah. Tetapi kawan, Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Penyanyang, Dia siap sediakan senjata yang lebih hebat untuk kita umat Nabi Muhammad SAW memerangi Yahudi mahupun Syaitan dan Dajjal. Iaitu melalui DOA. 

"DOA SENJATA MUKMIN". cari lah dimana-mana sekolah, institusi-institusi pasti ada mesej ini. Tetapi sejauh mana keyakinan kita terhadap DOA? Apakah yang doa sebelum ini penuh dengan keyakinan kita, pengharapan kita terhadap Ilahi? Atau sama sahaja seperti kita merayu ketua mohon pelepasan cuti? Jika seperti itu, Baiklah kita bertaubat, dan Istighfar. PERBAIKI keyakinan dalam DOA. dan pasti lah ini sangat sangkut paut dengan HATI YANG IKHLAS dan BERSANGKA BAIK PADA ALLAH. 

Dan seperti kita ketahui, akan sampai hari kiamat dimana ISLAM berkembang maju dan berjaya bila kedatangannya Nabi Isa a.s. Allah telah atur semuanya, Itu hak Allah SWT. Tugas kita melawan nafsu sendiri dan sama-sama bantu membentengi nafsu-nafsu luar. Bukanlah berteriak, merantap, bermogok dijalanan. (saya disini tidak maksudkan perhimpunan secara aman)

Ingatlah, sekali kita mengikut nafsu, makin banyak syaitan disamping kita. Begitu bila kita memarahi syaitan, semakin besar jugalah ia. Hapus syaitan dengan sabar dan istighfar.. Apapun tindakan kita utamakanlah Allah, ikut cara Rasulullah kita.. Insya Allah mendapat kemenangan di Akhirat kelak.

Saya teringat akan kisah nabi dan sahabat:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. 

Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?'

Nabi s.a.w menjawab: "Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu."(Hadis Riwayat Ahmad)

SUBHANALLAH.. T___T .. 

Setakat ini sahaja dulu, yang baik datang dari Allah, dan yang jahat itu kerana kejahilan saya.. Saya silakan pada kawan-kawan yang ini berkongsi Ilmu tentang topik ini. Sama-sama kita berdakwah. Insya Allah bermanfaat buat yang lain..

Allahualam.

Info Hikmah:
"Masya Allah, wanita itu diwajibkan berpakaian menutup aurat kerana mengelakkan maksiat, fitnah dan zina. Dah berpakaian baik, tinggal ambil wuduk je. tak perlu susah-susah bawa beg besar untuk isi telekung...Bukankah Allah sudah meringankan beban kita? " :)

No comments:

Post a Comment