Wednesday, July 7, 2010

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad

Dalam tak sedar, banyak perkara yang boleh terjadinya Murtad. Adalah lebih selamat andai dalam sehari sekurang2nya sekali kita mengucap kalimah syahadah dan lebih baik setiap kali sebelum/ selepas menunaikan solat fardhu. Moga iman kita terpelihara. Amin.

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad
petikan dari : KupuKupu

Seseorang Islam yang mukallaf boleh menjadi murtad disebabkan I’tiqad atau disebabkan perbuatan atau disebabkan perkataan.

Seseorang Islam boleh menjadi murtad (keluar dari agama Islam) disebabkan I’tiqad (kepercayaan) yang bercanggah dengan aqidah Islam.

Diantaranya :

1. tidak mengakui bahawa Allah taala ialah Tuhan yang berhak disembah.

2. tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang rasul-rasul yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad saw.

3. tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibril

4. tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw.

5. tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.

6. tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari qiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan hari qiamat seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

7. tidak mempercayai qadha’ dan qadar iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah swt.

8. tidak mengakui dan ragu-ragu menerima ijma’ sahabat-sahabat Nabi saw dalm perkara-perkara agama.

9. menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba dan sebagainya.

10. mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan oleh Allah dengan dalil-dalil yang qat’ie seperti jualbeli, berkahwin, sewa-menyewa dan sebagainya.

11. mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau bilangan rakaatnya.

12. tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qat’ie seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.

Kitab rujukan : Jinayah Murtad dari Sudut Hukum Syara’ dan Perundangan Islam (Haji Sa’id Haji Ibrahim, Bekas Mufti Negeri Sabah) terbitan Darul Ma’rifah

B) Bahan dari : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=38353
(This post has been edited by Edirossa: Jun 5 2007, 09:36 AM)

Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad
Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

a) Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : “Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..”.

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma’.
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma’.
4. Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b.) Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hokum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama’ bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
i) Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.


*PS :

Tambahan:

d) Percakapan: tidak kira sama ada niat kita itu adalah gurauan atau sebaliknya.

e) Geraki Hati: Tuhan Maha Mengetahui - ingatlah apapun terdetik dihati kita yang menperkecilkan kejadian, Qada' dan Qadar tuhan boleh membuatkan kita murtad. sebagai contoh : "la..macam ni je Kaabah.." Nauzubillah.. jika tergerak dihati anda..cepat2lah berISTIGFAR lantas PERBETULKAN SYAHADAH..

banyakkan berZIKIR utk mengelakkan hati kita mendengar bisikan syaitan

jagalah hati..jauhkan perasaan RIAK, BANGGA, TAKBUR dan UJUB..

ingatlah, yang baik semua datang dari-Nya, yang buruk datang dari kelemahan kita manusia yang tidak dapat lari dari melakukan dosa. Andai ada yang memuji anda, semua itu hanya utk Allah SWT. panjatkan rasa syukur padaNya, dan mohon jauhkan dari rasa riak dan takbur.. ucaplah ALHAMDULLIAH.

:)

28 comments:

  1. salam...saya nak tanya satu soalan...yang sgt merunsingkan saya.....seseorang yg saya kenali menghantar mesej seperti ini "ok..nak convert agama kristian..Bye!.....saya dah benci islam dan selalu datang masalah..."..
    persoalannya...adakah ini telah dikira murtad???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kufur istighfar ja banyak2 insyallah xmurtad perbetulkan iman kamu tu wahai hamba allah :)

      Delete
  2. Salam Nur,

    Terima kasih melawat blog ana.

    Subhanallah, ana harap nur dapat minta dia mengucap jika niat dia hanya ingin bergurau atau sekadar ingin melepaskan rasa marah.

    Soalan nur akan ana ajukan pada beberapa Ulama yang ana kenal. InsyaAllah, akan ana Balas bila mendapat maklumat yang kukuh.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. saya juga mempunyai permasalahan yang sama.saya pernah bermain dengan perkataaan " kalau macam ni nak murtadlah" semasa berbual dgn ibu saya. walhal,saya memang tidak berhasrat langsung.. mmg waktu itu perkataan itu tbe2 terkeluar. saya runsing ketika ini, adakah saya sudah murtad.. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya mempunyai pertanyaan
      Jika ada seseorang pernah menyatakan di dalanm hatinya begini:

      'sampai kau sendiri menjadi murtad'
      dia menyatakan kepada dirinya sendiri pernyataan tersebut. tetapi kemudian die menyambungnya dengan segara dengan ayat ini "tetapi aku tidak murtad". Ini kerana telah tersedar hatinya tidak sepatutnya menyatakan sebegitu dipermulaannya.

      dia kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah kembali, dan beristigfar. Tiada niat sebenarnya untuk murtad. Dia sebenarnya takut telah menyatakan atau terniat sesuatu selepas belajar mengenai perkara yang mendatangkan murtad sampai terdetik di hatinya ayat ini 'sampai kau sendiri menjadi murtad'.

      bagaimankah hukumnya permasalahan ini?

      Delete
  4. 3 pkara yg boleh jadi murtad
    1; dgn percakpan
    2; dgn prbuatan
    3; dgn hati @ niat
    mana2 yg pernah bergurau dgn perbutan & perckapan n main2dgn agama kena lah mgucap balik.. Allah Maha Mgetahui apa yg kita niatkn..
    Allah Maha Pengampu.. Taubat lah..
    jgn brhenti cari ilmu agama sama sperti kita cari n kejar dunia..

    ReplyDelete
  5. Apa hukum org berkata"tak kisah lah hidup dekat neraka pun, hidup dekat dunia pun dh mcm neraka"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah dikategorikan tidak percaya pada Qadaq dan Qadar. Salah satu antara rukun iman. Banyak2 lah mengucap dua kalimah syahadah, isthigfar dan bertaubat nasuha. Moga2 Allah mengampuni dosaya..waullahualam

      Delete
  6. salam..saye nak tnye klu seseorg itu telah mngatakan "aku tiada tuhan dah" dlm keadaan terlalu marh,runsing, tertekan sehingga tidak dapat memikirkan ap yang die ungkapkan adakah d kire murtad??apakah yg perlu die lakukan untuk perbetolkn sglenye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah...bukankah rukun iman 1.percaya kepada Allah SWT 2. Percaya kepada Malaikat-Malaikat 3. Percaya kepada Rasul-Rasul 4. Percaya kepada kitab-kitab Allah (Al-Quran) 5.percaya kepada Qadaq dan Qadar 6.percaya kepada hari akhirat. Bawalah mengucap dua kalimah syahadah, buat solat taubat nasuha, perbaiki amalan2 yang difardukan, jaga solat dan hindari dari perbuatan2 atau ucapan itu dengan perbanyakkan berzikir. Insya Allah hati akan tenang. Waullahualam

      Delete
  7. Salam..nak tanya.kalau seseorang cakap macam ni "lepas ni kalau aku tipu kau lagi aku murtad".
    Kalau dia tipu lagi adakah jatuh murtad???

    ReplyDelete
  8. Salam...nak tanya,ketika saya sembahyang, saya rasa saya digangu dan dia berkata"Allah tidak wujud".Adakah itu saya atau syaitan?.Adakah saya akan murtad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca surah nas, tiup kdua tapak tgn dan sapu kat dada dan yakini Allah lg kuat dari syaitan...

      Delete
  9. Salam.. Nk tanya.. Contoh la ye.. Sorg pmpuan ni die ade fb and die islam..name Mira.. Tp mse tu.. Fikiran die terdetik nk jdi fake kt fb die.. Die kate die kristian, die kte sbb bpk die rogol die yg die jdi mcm tu.. Niat die hnya bergurau.. Tp dlm hati die xde niat sikit pn nk keluar dari islam... Tp lps lame kejadian tu.. Bru die sedar yg die dh slh.. Die berdosa buat mcm tu.. Lps tu die mngucap 2 kalimah syahadah.. Adakah die dikira murtad?

    ReplyDelete
  10. Salam.. Nk tanya.. Contoh la ye.. Sorg pmpuan ni die ade fb and die islam..name Mira.. Tp mse tu.. Fikiran die terdetik nk jdi fake kt fb die.. Die kate die kristian, die kte sbb bpk die rogol die yg die jdi mcm tu.. Niat die hnya bergurau.. Tp dlm hati die xde niat sikit pn nk keluar dari islam... Tp lps lame kejadian tu.. Bru die sedar yg die dh slh.. Die berdosa buat mcm tu.. Lps tu die mngucap 2 kalimah syahadah.. Adakah die dikira murtad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.surah Al-Azhaab ayat ke 24.

      Delete
  11. Nk tnya sy ada isi borang visa protection and dia mintak reason kalau tulis dekat borang mengatakn sy Murtad,adakah sy jatuh Murtad??

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum saya nak tanya apakah saya murtad jika hati saya asyik berkata murtad maksudnya dalam hati saya tu hanya terdengar perkataan murtad..saya tak mahu saya yakin dengan ALLAH SWT tapi hati saya yg cakap macam tu macam mana ya?soalannya adakah saya murtad ataupun tidak dan bagaimana cara untuk mengatasinya?tolong saya serious saya tak mahu murtad..saya sayangkan agama islam

    ReplyDelete
  13. Salam minta penjelasan,dan respon segera ,na bertanya, kalau kite bergurau dgn rakan contoh "ada neraka khas utk org yg campur tauge dgn maggi kari " adakah ianye akan jadi murtad ?
    Minta penjelasan

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum saya nk tanya kalau pada mada itu emosi terganggu seperti kalah bermain game dan lain lagi tiba² hati cakap nak jadi murtad itu di kira murtad ke?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Saya dah resah dan sngt takut sbb hati saya slalu kata "aku murtad". Lps tu saya akan mengucap. Saya x nak kluar Islam. Saya takut ibadah saya x diterima. Saya minta sngt tlg sbb masa smbhyng pun hati saya akan terdetik. Mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah penyakit was was sis..sebaiknya baca surah nas seberapa yg mampu ,dan tiupkan kedua tapak tgn dan sapu kat dada insya Allah was was tidak dtg ..selain itu ada baik nya sis amalkan doa mengelak dari murtad,..Insya Allah murtad tidak akan berlaku

      Delete
  18. Macam mana dengan orang yg pernah convert masuk islam, tapi tidak percaya dgn ajaran islam dan tidak pernah mengamalkan ajaran islam, seperti minum dan makan benda haram. Adakah boleh dimurtad?

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum....saya nk tnya...bru2 berdebat ngn suami mgenai agama...Sy mualaf dan suami muslim dr lahir...Sy tnya knapa sstgh org yg beragama islam tp tdk mgikuti ajaran Islam...Dan sy ada mgatakn myesal mksud agama islam dan sy kta nk murtad...Suami sy kta sy mmg dh murtad...sbb perkataan2 sy tu...dia suh sy gi pej agama utk mgucap blik...btul ke sy dh murtad??

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Sekiranya seseorang berkata dia hendak murtad suatu hari nanti disebabkan ketika dia sedang dalam keadaan marah kerana dilanda masalah. Tapi sebenarnya dia mmg tidak mahu murtad. Adakah dia dah dikira murtad. Mohon bagi penjelasan?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ustaz...saya ada soalan...saya pernah tgokk satu crita filipina ni ...dlm crita dia sbut nama tuhan kristian dia dan pelakon dia memakai rantai yg ada tanda salib....bila sy dengar jatuh murtad ke saya ni....lpas crita tu sy mengucap sbb takot murtad....jadi was was....

    ReplyDelete