Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha

Salam Raya haji, dan selamat berpuasa dimusim arafah. Perut masuk angin itu adalah pekara biasa agi yang jarang puasa seperti yang sedang saya alami sekarang. Walaupun sempat bersahur pagi tadi, tapi saya tak tahu kenapa masih sakit. Apapun saya redha dan sabar. Untung masih belum rasa lapar. kalau tiba2 rasa lapar nanti mungkin tidur penyelesaian bagi kedua-dua masalah diatas.
Semoga Allah swt mengampunkan dosa saya dan tuan/puan di hari yang penuh sejarah ini.

Bila laa dapat buat haji nii.. =_='

Sunday, November 14, 2010

Kunci Kejayaan

Seperti hari-hari Ahad sebelum ini, memang terasa singkat kerana keesokannya adalah hari kerja. Hujung tahun adalah hari yang sibuk melayan kerenah pelanggan yang kebanyakkan akan tekan kita sampai rasa nak penyet. (tempah last minit).

Lumrah berniaga. Kesabaran adalah faktor yang penting. tidak kira anda bos atau kuli. kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Selain dari sabar dalam aspek pekerjaan, Sifat sabar ini juga perlu ada dalam setiap jiwa manusia. Percayalah bila anda tidak sabar seperti terus memarahi seseorang, anda akan rasa bersalah kemudiannya, walaupun memang salah dia, anda akan rasa rugi kerana menegur dengan cara biadap.

Dalam posting ini sepatutnya saya akan upload gambar saya bermain-main ditapak projek saya. Saya terlalu excited utk letak gambar itu, malangnya saya sudah pun pindahkan koleksi album itu dikomputer pejabat. sekarang saya sabar hingga esok, itupun kalau ada ruang untuk saya buka internet.


Monday, November 1, 2010

November 1 : Saya tak tahu

السلام عليكم

Alhamdulillah. Terima kasih pada yang mengingati ulang tahun kelahiran saya. terharu juga kerana saya sendiri macam tak pecaya hari ini hari peringatan kelahiran saya dibumi ini. Lahir dihujung tahun kadang-kadang membuat diri terasa muda kerana lambatnya menunggu Hari Jadi bila masuk tahun baru.

Tahun ini amat bermakna buat saya atas perubahan persekitaran dan juga pada diri saya. Di awal pagi 1 november saya tidak lagi tertunggu-tunggu panggilan dari sahabat-sahabat saya untuk memberi ucapan. Tapi pada pagi itu saya baring sambil memikirkan kejadian saya, proses kehidupan saya dan hingga saya bertemuNya nanti.

Saya membayangkan bagaimana rasanya bila mati. Tahap mana persediaan saya?. Saya mempunyai keluarga yang lengkap sekarang dan saya amat kasihi mereka, tapi apakah kasih saya itu akan kekal hingga ke akhirat atau setakat akhir hayat?. Apakah Tuhan terima saya dengan rasa kasihNya atau sebaliknya?

Saya takut akan kehilangan, dan saya sedar sabar itu adalah jalan ke syurga. Mungkin saya boleh menasihati ibu yang kehilangan anak supaya bersabar, tapi apakah saya tahu apa yang mereka rasa? sedang ia bukan terjadi keatas saya. Hari ini sedih, esok senyum, minggu depan ketawa. Tetapi hati yang luka ambil masa bertahun untuk sembuh. saya sendiri tidak tahu.

Sedang duduk menunggu pesanan makanan tiba-tiba datang penjual vcd haram mengharapkan belian. Saya hanya berpaling tanda tidak mahu beli, dan dia beredar dgn ucapan "TQ". Sentap hati saya, bukan kerana kata dia, tapi terasa seolah roh saya dijasadnya. Walaupun benar atau tidak itu yg penjual itu rasa, tapi saya tidak setuju dgn tindakan saya. Seharusnya saya menolak dengan senyuman, kerana disitu ada 'sabar'. Bayangkan kecewanya dia bila pada saya itu harapan bagi dia untuk makan malam bersama keluarga? (tak kisahlah apa perniagaan dia, asalkan dia manusia. saya cerita tentang komunikasi hati ke hati) saya tak tahu apa yang dia rasa...

Bercakap mengenai impian, jika dimakbulkan disini belum tentu saya akan puas.

"Ya Allah, Aku bersyukur pada nikmat yang Kau limpahkan padaku, aku bersyukur padaMu akan hidayah yang Kau turunkan padaku,
Kau kurniakanlah anugerah hidayah dan taufik ini pada HambaMu yang lain, sahabat-sahabatku, dan keluargaKu,
Apa lagi harusku harapkan melainkan KasihMu dan SyurgaMu.

Aku ingin dekat padaMu, sedekat yang Kau izinkan antara Mu dengan hambaMu.


Ya Allah, Aku mohon kekuatan dariMu keatas ujian buatku yang telah Kau tetapkan dalam

loh mahfuz. Ampuni hambaMu yang sering lupa, Selamatkanlah kami dari AzabMu yang pedih.

Aku mohon Kau jadikanlah aku hamba yang bersabar atas ujianMu hingga dapat ku jejak kakiku ke

SyurgaMU. "


Ciptaan Allah amat unik dan detail, 1:1. tiada 2 yang sama..

*p/s: Walaupun movie 2012 adalah karut, tapi membawa kesedaran.

Friday, October 29, 2010

Update Lagi!


السلام عليكم

Nak pegi makan pula, jumpa selepas ini...

..48hrs kemudian..

Biasalah lepas balik dari makan malam itu, perut kekenyangan..proses penghadaman tak berapa lama sebab saya tiba2 tertidur. Waktu itu bersemangat dengan topik kejadian kemalangan depan kedai ayah saya. tapi sekarang 2 hari sudah..cerita pun dah basi.

Semalam hari Jumaat seperti biasa saya tidak sedar hari itu hari jumaat, datang semangat kerja yang tinggi. Disebabkan lupa juga saya memaksa 2 orang tukang cat untuk menyiapkan kerja yang tak start lagi pun dah betangguh2 selama 2 hari, jadi hari jumaat yg saya tak sedar jumaat, mereka mesti habiskannya pada hari itu. Rasa bersalah juga, tapi saya dah suruh mereka berhenti solat, tapi mereka buat "dono" je. saya ni pun malu juga nak ngadap mereka yg buat tak reti, saya keluar dari ofis itu mencari makan. (makan lagii)

Hampir 2 jam meninggalkan tukang cat itu, saya kembali ke ta
pak projek dan Alhamdulillah sudah selesai. Kebetulan wireman ada di area projek saya itu, dapat juga wireman datang menyiapkan bahagian mereka. jadi 2 kerja sudah selesai! Alhamdulillah.

Jam sudah hampir 4.30petang, saya bergegas pulang ke Ampang untuk mengelak kesesakan dan saya tiba 20minit kemudian. Walaupun terselamat dalam lalulintas, tetapi saya tidak selamat di tempat kerja kerana masih banyak kerja yg perlu saya selesaikan sebelum otak saya pula mengalami keseksakan. :( .
Saya pun tak tahu apa yang cuba saya nak sampaikan, mungkin tajuk yang sesuai utk cerita ini adalah seperti : "Jumaat yang panjang", Jumaat yang sibuk" or whatever.

sebenarnya saya hanya kembali untuk megisi "Update Lagi" yg saya tinggalkan hanya sebaris ayat tergantung.


Ini sebahagian gambar sekitar kejadian petang itu. Yang peliknya saya pun tak perasan kereta ini melambung, sangka langgar sikit je bila dengar dentuman yg biasa2 dengar dan hon bas mcm nak taknak, Bila pemandu kereta Alphard putih (ingatkan client saya) berhenti dan belari ke seberang jalan baru nampak 4 tayar sudah diatas. Inalillahi.. Alhamdulillah, Selamat pemandunya.

Saturday, October 23, 2010

Kisah October

Setiap manusia diuji Allah swt dengan ujian yang mampu diatasinya.
Datangnya ujian tanda Sayangnya Allah swt pada kita
Apa salahnya terima dengan senyuman dan serah segalanya pada Nya, Insya Allah Tenang dan selamat :)
(Gambar Dinding : Arita Hanim)

Terasa lamanya tak meng'update' cerita. Oktober adalah tragedi bagi saya. Terlalu banyak perkara yang terjawab di bulan oktober ini. Alhamdulillah, Tuhan menguji hambanya tahap yang hambanya mampu. Syukur saya masih boleh senyum, masih cergas dan cerdas, ini semua kerana prinsip yang sudah sebati dgn saya iaitu YANG SUDAH LEPAS, LEPAS! apa yang penting adalah yang akan datang. Pengalaman mengajar kita walaupun kita degil. Macam-macam manusia juga sudah kenal manusia berotak alien, alien bertopeng manusia.. terlalu indah ciptaan Allah ni dan setiap perincian amatlah berbeza, Subhanallah.. Banyak-banyaklah beringat kepada Dia juga akan kita kembali.

Oh! dalam Oktober ini juga saya mengalami beberapa saat dimana saya selalu bayangkan bagaimana bila sudah tiada roh didalam jasad ini. Peristiwa hitam 101010 banyak mengingatkan saya pada MATI. Kemalangan ngeri di lebuhraya seremban menghantui saya tiap kali memandu, walaupun saya hanya melihatnya di akhbar. (kalau tengok depan mata sure saya yang koma..).

Disebalik pahit pahit dibulan Oktober ini, Alhamdulillah Allah memberi kemanisan dengan limpahan rahma pada perniagaan ayah saya, dan juga sepertinya Jalan cita-cita saya untuk ke Makkah mula menampakkan sinarnya. Alhamdulillah, saya taknak cerita lebih lagi tentang ini, saya hanya minta pada pembaca agar doakan tugas saya ni berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang baik di dunia dan akhirat. ok sebut sama! : Aminnn Ya Rabb!~

:) thanks for reading.

Monday, September 20, 2010

Malam yang bosan

Malam tadi terjaga dari tidur. tertiba ternampak benda hijau bercahaya disebelah. terkejut saya. berpinar-pinar mata, berderau darah. namun sela beberapa saat baru saya sedar itu adalah Blackberry saya yang telah diganti dengan baju yang dinamakan 'glow in the dark'. fuh.. lega kembali sambil menekan-nekan kekunci telefon pintar itu walaupun saya tahu credit tidak mencukupi untuk membuat apa2 talian.

ingatkan alien sudah turun ke bumi.

Sunday, September 19, 2010

Cerita Sireh

Makin liat mengupdate blog mungkin juga saya semakin malas mungkin juga lumrah hari tertentu setiap bulan. Saya menulis blog kerana saya bisu bila berbicara. Sudah lama saya sedar saya ini dari spesis yang takkan berbicara kosong. memang saya tidak pandai berborak. tapi kalau ada yang sapa saya dan boleh masuk 'gu' mungkin ada yang terkejut melihat keramahan saya. Bukan saya sombong tapi saya sebenarnya Spesis Pemalu. Dan sebenarnya bukan ini yang saya nak bebelkan.

Sebelum itu saya iklankan ucapan tahniah kepada aunty kecik saya Zaira diatas pertunangannya dgn bakal uncle kecik saya (Insyallah) semoga pertunangan ini menjadi landasan mengenal budi dan terikat hingga ke ikatan pernikahan.
Majlis mereka berlansung dengan penuh beradat. mane taknye, pihak lelaki orang Nogori 9.

mengertilah saya sedikit sebanyak tentang adat mereka terutamanya dalam penyerahan sirih junjung, sirih dalam beg hinggalah makan sirih. Aduh, saya pun kena makan atas alasan saya masih single. (telan jelah. amat pelik rasenye) Kata org2 tua supaya cepat disunting, ada juga kata untuk naik seri. ape pun saya makan sebab hormat mereka. kang kecik hati pulak.. Puas jugak saya tetapkan niat berserah pada Allah, jauhkan saya dari syirik. bukan kerana sirih ini jodoh saya datang, tapi kerana Allah jua.

Sirih ini dimakan dengan sedikit kapur dan sepotong pinang. Banyak juga jenis daun sirih ni. ada sirih keling, sirih kampung, sirih ape ntah lagi satu, tak ingat saya nama dia. ada yang tgk urat, kalau luruh maksudnya itu (carila sendiri), yang urat bengkok begini. apepun Yeks pahit! tapi saya ingat dulu waktu kecik2 saya penah juga gigit2 sireh pinang kepunyaan datuk saya. mungkin sbb dah lama tak gigit agaknya. Oh selang beberapa minit selepas saya makan, adik si yang bertunang itu turut ikut makan. tapi cepat sangat tangan dia ambil sirih yg disumbat dgn kapur yang banyak. ee..ape agaknya rase dia. bagi yang belum penah cuba, sila minta tunjuk ajar orang tua. jangan main belasah je makan, takut hilang deria rasa nanti.

nancy ajram - artis wanita antara paling berpengaruh di Timur tengah. cantik cuma didunia..