Monday, August 30, 2010

Ya Allah. Terima Kasih. 15 Nov 2011 yang dinanti..

Pagi tadi setiba di pejabat terima panggilan dari DiGi Helpline.
Dia menanyakan beberapa soalan utk pengesahan termasuk la no. Ic. Mama saya dari dekat dengar, melarang saya beri no. ic sebab takut org nak khianat. tapi sebab saya tahu yang call itu dari digi saya bagi je..

Macam tak percaya dengan satu soalan mudah saya telah diberi free Hp Blackberry bold 9700. Alhamdulillah.. rezeki Allah beri.

tapi 2bulan lagi baru dapat. Sabar je laa.. tak rugi ape pun.. sekarang saya tidak lagi tertunggu2 tarikh 1 nov (iaitu tarikh ulangtahun kelahiran saya), tetapi saya menanti2 tarikh 15 nov 2010. huhu

semak di website digi tadi. Yay! namaku ada disituu.. :))




Kakiku Kenapa?

Pagi tadi bangun2 terasa pelik dikedua-dua pergelangan kaki saya. Rasanya seperti anda terseliuh. tapi yang peliknya, saya tak terseliuh, tapi saya yakin, jika hari ini saya tidak melangkah dengan berhati-hati, kaki saya ini akan mudah terseliuh.

Jadinya hari ini saya melangkah ayu.

Ms.&Mr. Lambat Mesra

Dua sikenit dalam pic. ini ialah sepupu saya. Ya sepupu, bukan anak buah. nak tunggu ada nak buah tak tau laa bila. Tuhan Maha Kaya , die beri sepupu yang comel-comel dalam family saya. satu je masalah budak2 ni, asal datang rumah mesti nangis senangis2nya sebelum nak mesra dengan kami. Sepupu2 saya yang lain ok ja lentok dgn saya. tp dua org ni mmg pelik. Mungkin sebab kami berjauhan agaknya. Si kakak nama dia Ahlam Farihah dan adiknya yang dipanggil Mat saleh oleh kakaknya bernama Muhammad Rayyan. seorang lagi adik dia tak dibawa shopping bersama . Baru lahir, sya pun tak tengok lagi huhu.. Ahlam Nasya. Itulah yg membuktikan bertapa jauhnya KL-Batu Pahat.

Kerana Perut

sakit mata tak?

Menu baru lagi lagi lagi. Bashamill, pizza dan nasi arab (nasi buah pelaga). Maaf la tak sempat nak bagi semua rasa. saya cuma ada lagi 5 minit utk dihidangkan sebelum berbuka. kalau teringin nak rasa boleh ja..Doakan la kami dapat buka restoran Arab. hahaha.
Acara main masak-masak kali ini agak meletihkan kerana mlm sebelum itu saya tak cukup tidur, begitu juga incik Nabeel. ditambah lagi dengan sakit belakang yang sering mengejut diwaktu pagi, tak terbangun saya sehingga jam 11pagi nekad juga bangun kerana terfikirkan pizza yang dijanjikan.

Dalam jam 12 ke Carrefour . shopping punya laa lama sampai jam 3petang. berhempas pulas saya dan Hj. Nabeel memasak. berselang seli pergi solat. masing2 sgt serius dengan tugas yang pandai2 cari. ya. Demi masa.

Sekitar jam 6.30, sementara menunggu Bashamill masak didlm oven, kami menyediakan accessories pizza. waktu ini penuh la dapur dengan adik2 saya, masing2 menghias mengikut nafsu perut. jadinya pizza semua buncit2 dengan sos, isi dan cheese... pizza je buncit. kami maintain.. Alhamdulillah..

Selamat menjamu sambil mengabur mata. :D



Friday, August 27, 2010

Alhamdulillah الحمد لله رب العالمين

Hari ini menu tunjuk dengan nasi putih mantap berserta sambal belancan meletup.

Akhirnya, sambal belacan padang jawa yang saya cuba fikir selama 1 tahun setengah (nak tanya mbak kedai tu nanti takut dia risau saya tak datang2 dah warung dia..) resepinya sudah saya tawan.

Tapi hari ni xtra pedas, nasib baik letak nasi 1/2 senduk je, dan disebabkan meletupnya sambal belacan itu, saya tak tambah lagi nasi... habiskan yang dipinggan je dan makan kuih donut keras. (Alhamdulillah)

walaupun nampak mcm tak meriah, tapi Tuhan beri saya kekenyangan. Harap kejap lagi perform terawih lancar dan cargas!

Alhamdulillah. :)

Hari ini Nuzul Al-Quran

Yay selangor cuti. tapi saya kerja hari ini. apekan daya, family business...kerja untuk periuk nasi sendiri.

Kata orang hari baik ni elok laa perbanyakkan baca al-Quran, yang selalu baca berjuz2 sehari banyakkan lagi juz2nya, yang baca 2-3 helai tambahkan lagi 5-6 helai..yang seminggu sekali baca.. baca utk seminggu akan datang.. yang tak pernah baca lansung, buka laa kitab IQRA 1 takut dah tak kenal huruf al-Quran ni..

Pagi tadi selepas sahur saya lansung ke ruang tamu, santai menunggu waktu subuh masuk, saya tgk tv3 program Kalammullah.. dengar bacaan dari adik Amin al- ape ntah.. surah al-Furqan. mmg sedap.. sampai nak hilang suare adik tu baca. siap dengan sujud tilawah die buat depat tv. Bagusnya kecil2 dah tau tertib membaca dan mengamal. Oh time2 tu jugak saya rasa tak sabar nak didik bakal anak saya mengikut sunnah. siap berangan lagi nak perdengarkan al-quran dari roh zuriat saya masuk dalam badan.he he he
(angan2 je. berdoa moga Allah bagi saya pengalaman ini).

Oh ya. buat artikel "Lelaki Idaman Saya" tu, jangan laa anda semua penat2 fikir yang tersirat. Yang tersiratnya memang tak tersirat pun. sebab semua yang cerita disini adalah keluar secara spontan dan hanya yg tersurat.

Allah dah tetapkan Jodoh buat saya, mungkin disini, mungkin juga di akhirat nanti. saya berfirman dengan Qada & QadarNya.

berbalik kepada n3 Nuzul Al-Quran, Ini ada artikel yg dapat dari laman blog TAZKIRAH.
saya copy paste je kat sini. sebab saya belum cukup ilmu utk mengulas tentang Al-Quran.

NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia