Wednesday, July 7, 2010

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

artikel ini mungkin agak panjang..baca bahagian yg telah di bold kan pun sudah memadai..

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa



Oleh : Zaharuddin Abd Rahman (ehsan: www.zaharuddin.net)

SOALAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -



JAWAPAN



Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Aurat wanita apa sudah jadi?


Wanita, aurat dan Kerjaya


Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

Sehelai rambut diperlihat oleh seorang lelaki bukan muhrim = 10x dosa, dan pastinya rambut kita bukan sehelai 2, dan bila diluar bukan seorang shj lelaki bukan muhrim yg melihat kita.. tak terkira dosa yg dicatat..astagfirullah..


2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

9 Muharram 1431 / 26 Disember 2009

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad

Dalam tak sedar, banyak perkara yang boleh terjadinya Murtad. Adalah lebih selamat andai dalam sehari sekurang2nya sekali kita mengucap kalimah syahadah dan lebih baik setiap kali sebelum/ selepas menunaikan solat fardhu. Moga iman kita terpelihara. Amin.

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Menjadi Murtad
petikan dari : KupuKupu

Seseorang Islam yang mukallaf boleh menjadi murtad disebabkan I’tiqad atau disebabkan perbuatan atau disebabkan perkataan.

Seseorang Islam boleh menjadi murtad (keluar dari agama Islam) disebabkan I’tiqad (kepercayaan) yang bercanggah dengan aqidah Islam.

Diantaranya :

1. tidak mengakui bahawa Allah taala ialah Tuhan yang berhak disembah.

2. tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang rasul-rasul yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad saw.

3. tidak mengakui bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan perantaraan malaikat Jibril

4. tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw.

5. tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.

6. tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa hari qiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan hari qiamat seperti syurga, neraka dan lain-lainnya.

7. tidak mempercayai qadha’ dan qadar iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah swt.

8. tidak mengakui dan ragu-ragu menerima ijma’ sahabat-sahabat Nabi saw dalm perkara-perkara agama.

9. menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba dan sebagainya.

10. mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan oleh Allah dengan dalil-dalil yang qat’ie seperti jualbeli, berkahwin, sewa-menyewa dan sebagainya.

11. mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau bilangan rakaatnya.

12. tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qat’ie seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.

Kitab rujukan : Jinayah Murtad dari Sudut Hukum Syara’ dan Perundangan Islam (Haji Sa’id Haji Ibrahim, Bekas Mufti Negeri Sabah) terbitan Darul Ma’rifah

B) Bahan dari : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=38353
(This post has been edited by Edirossa: Jun 5 2007, 09:36 AM)

Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad
Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

a) Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : “Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..”.

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma’.
3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma’.
4. Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b.) Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
3. Tidak mengamalkan hokum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama’ bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
i) Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.


*PS :

Tambahan:

d) Percakapan: tidak kira sama ada niat kita itu adalah gurauan atau sebaliknya.

e) Geraki Hati: Tuhan Maha Mengetahui - ingatlah apapun terdetik dihati kita yang menperkecilkan kejadian, Qada' dan Qadar tuhan boleh membuatkan kita murtad. sebagai contoh : "la..macam ni je Kaabah.." Nauzubillah.. jika tergerak dihati anda..cepat2lah berISTIGFAR lantas PERBETULKAN SYAHADAH..

banyakkan berZIKIR utk mengelakkan hati kita mendengar bisikan syaitan

jagalah hati..jauhkan perasaan RIAK, BANGGA, TAKBUR dan UJUB..

ingatlah, yang baik semua datang dari-Nya, yang buruk datang dari kelemahan kita manusia yang tidak dapat lari dari melakukan dosa. Andai ada yang memuji anda, semua itu hanya utk Allah SWT. panjatkan rasa syukur padaNya, dan mohon jauhkan dari rasa riak dan takbur.. ucaplah ALHAMDULLIAH.

:)

Tanda-Tanda Kematian (Ps: Semoga kita dapat petunjuk dariNya) :)

Assalamualaikum
Sy pernah baca artikel ni dalam buku, tiba2 bila cuba ingat balik tanda-tanda kematian tapi sy lupa..cuma ingat saat 40hari saja. disebabkan sy lupa tajuk buku yg dibaca, sy cuba cari dalam internet..Alhamdulillah ada artikel ini..(konteks dan kandungan 100% dari buku yg sy baca) Untuk dikongsi bersama..saya post disini. Selamat Membaca :)


100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan terfikir di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan
diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari
Allah
SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang
piutang
kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha
berkuasa
lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati
seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu
samada doa
dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan
Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah
SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati
hidup dan
mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian
kita.
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.
Insyallah
mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita
semakin
hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri
saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah
kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Dosa dan azab setiap kali meninggalkan sembahyang

Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang.



6 Azab di dunia

1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 azab ketika hampir mati

1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur

1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, " Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar''....Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT


1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.

1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

KITA diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuan mengingati-Nya. Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).

Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Menunaikan solat 5 waktu dalam sehari semalam boleh dianggap tanda pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: “Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada

lima golongan iaitu:


1. Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya, batasan dan rukun.

2. Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.

3. Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya. Dia pun selalu solat dengan melawan godaan itu.

4. Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua hak, rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu menjaga batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun yang disia-siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan solat, menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk solat dan beribadah kepada Tuhan al-Rabb s.w.t.

5. Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di samping itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb Azza wa Jalla yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat dan menyaksikan- Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya sudah surut daripadanya sementara kecintaan terhadap Tuhannya semakin meningkat.

Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti perbezaan antara langit dan bumi.

Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya.

Sesungguhnya,
golongan 1 akan mendapat seksa
golongan 2 akan dihisab
golongan 3 mendapat keampunan
golongan 4 mendapat pahala dan
golongan 5 didekatkan Allah s.w.t.

Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya.

Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan- Nya di dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.

Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.

Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah.Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.

Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: “Allah tiada akan memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Munaafiqun: Ayat 11).


(http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/6583-azab-meninggalkan-solat.html)
Susunan Hashim Ahmad
(http://www.rileks.info/coollist/2008/10/azab-meninggalkan-sembahyang-5-waktu/)

Tuesday, July 6, 2010

JIP: Umrah Mac 2010 PT:4 : Makan Nasi Mandey

Alhamdulillah, kami berpeluang makan dlm suasana orang arab. Dengan kerjasama kenalan ayah disana, dia telah kenalkan ayah dengan majikannya yang mengurus penginapan buat jemaah Malaysia di Makkah. Untuk meraikan kami, mereka telah menyediakan makan malam ala arab. Makan dlm khemah arab (cantik...kalah hotel) dan dihidangkan Nasi Mandey ayam dan kambing serta teh arab (lipton + daun mint) . Mantapp..

Bersama Kenalan ayah Hj. Ahmad dan Anak sulungnya Luluq. mereka orang Indonesia yang sudah lama bermastautin di Makkah. Comelkan Luluq!. Rindu..

Khemah jemaah wanita.

sangat sedap..berbeza dengan Malaysia. Makan nasinya sahaja pun lazat.


JIP: Umrah Mac 2010 PT:3 : Warna warni Jabal Rahmah :)

Bismillah.. Ana tak ingat hari keberapa ana kesini. Tetapi bagi insan yang pertama kali menjejak kesini, tentulah ana sentiasa teruja :). Selesai solat subuh, kami 3 beranak lansung pulang ke hotel utk breakfast dan mmg sehari sebelum itu sudah dimaklumkan ada lawatan ke Jabal Rahmah. Teringat pesan2 sahabat2 yang bujang2 tu minta tolong doakan jodoh mereka.. :). Dikalangan jemaah mula bergurau senda mengenai jodoh.. maklumlah semua dah kahwin yang bujang pun cuma ada 5 orang shj rasanya, tentula termasuk ana.
Tepat 9pg kami semua seramai 26org sudah siap sedia cuma tunggu bas je. Ibu dan ayah mula cerita sedikt sebanyak ttg jabal rahmah dan tip2 doa bila sampai disana. Ana ni dari Malaysia ke Madinah dan Makkah mana2 pun doa ana tak berubah2. kadang2 bila dlm keadaan berasak hanya serah pada Allah yang Maha mengetahui.
Alhamdulillah, sampai sahaja di Jabal rahmah mata ana jadi segar melihat Unta-unta yg dihias dgn bunga2. teringat beca kat Melaka.

Ibu bergambar dengan Unta bunga..

Unta dan bunga

Unta dan bunga

Tanpa melengahkan masa ayah ajak naik ke puncak, Kami menurut je. First time mendaki dengan jubah (belasah jerr..). tengah2 mendaki ibu asik hairan. katanya dulu ada tangga... ayah pulak confident cakap dorang dah pecahkan laa tuu.. ana mmg tak tau apa cuma memanjat. Sampai di Atas punyalah ramai Umat nabi.. Semua berdoa. ada yg hulur marker suruh ana tulis nama diatas batu. tapi ana menolak. bagi Ana Allah lebih tahu dan dariNya segala nikmat.

Doa..jangan tak doa..

Sempat bergambar kenangan dengan ibu

Mari turun..

MasyAllah! benar kata ibu ada tangga.. rupanya kami naik arah lain..jadinya kami cuma menuruni bukit dengan tangga..tp sesak tuhan yang tau.. dlm sesak2 kat tangga tu ade juga orang2 jual barang dan minta sedekah.

Sempat lagi membeli-belah..


Wah..senang hati je unta ni..tuan dia mana??

JIP: Umrah Mac 2010 PT:2 : Jalan Jalan Tengok Unta :)

Seronok di tempat orang ni.. tambah2 yang environment lain dari Malaysia. dalam perjalanan nak ke ladang unta ni ade yg ckp susu unta tak sedap la.. ade yg suka tp sudah maklum khasiat minum susu unta ni memang baik. Ana mula2 tak lalu nak minum, tp bila fikir nanti rugi pulak kalau tak rase..jadi semangat laa nak pegi merasa susunya.. entah mcm mana takde free drink pulak.. hmm nak beli takut tak sedap nnt buang pulak.. jadi tengok orang minum jelaa.. dan Ana dengan ayah tak lepas peluang mengambil gambar.. (ibu dimana? dlm bas, tak tahan bau katenya hehe..)


Jalan Jalan Tengok Unta :) Pose paling ana suka!
Jalan Jalan Tengok Unta :)