Monday, October 8, 2012

Hukum Kasih Sayang : kekuatannya

Kawan..,

Bila sebut saja "kasih sayang" pasti akan terpapar terus wajah-wajah yang kita kasihi..

Siapakah yang pertama sekali muncul itu?
sungguh istimewa dia buat mu, dan pasti dia juga telah memberi hal yang sama hingga berbunga hati mu tat kala teringat pada dia..

Siapakah pula yang kedua dan siapa seterusnya?

Kenapa kita beri kasih sayang hanya pada insan tertentu,?
Kenapa kasih sayang diberi hanya pada golongan tertentu,?
Kenapa perlu kita beri kasih sayang hanya pada waktu-waktu tertentu?, acara-acara tertentu?,
peristiwa-peristiwa tertentu..?
Oh ada yang lebih parah! kasih sayang diberi hanya untuk balasan semata...

Ada juga saat ini di antara kita sedang menunda-nunda untuk memberi kasih sayang..  sedangkan yang layak
menerima ada bersama kita, serumah dengan kita, sebilik dengan kita.. kita menunda kononya ikatan antara kita dengannya sudah cukup utuh, "dia ibu ku, ayah ku, suami ku, isteri ku.. dia adik ku, abang ku, kakak ku.. teman sejati ku.."

Tetapi kenapa pula bila kita sudah memberi kasih sayang, bila sendiri, masih merasa kosong, rasa sedih, rasa sepi..? kita masih mendahagakan kasih sayang. Kenapa?

Kerana kita kurang memberi. "Tapi saya dah beri selayaknya! lebih dari apa yang dia beri! apa lagi yang kurang??" Ya betul tiada kurang dari lahirnya, tapi dari sudut yang lain kita sebenarnya tidak memberi kasih sayang kerana Allah.. terlalu cinta pada makhluk.

Memang hadiah paling mahal buat insan adalah kasih sayang. Kerana kasih sayang itu antara nikmat, yang memberi nikmat itu ialah Allah titik.

Apapun, pada siapapun, berilah kasih sayang dengan niat kerana Allah.. bukan kerana nafsu, atau ikatan, atau kerana dia telah membahagiakan..

Jika ingin bahagia, memiliki ketenangan jiwa, kasihilah orang sekeliling kita kerana Allah, tak kira siapapun dia..yang menyakiti kita sekalipun berilah kasih sayang sebanyaknya, bukan selayak dia terima.. dari situ InsyaAllah, suasana yang hambar jadi tenang berlagu, masalah menjadi ringan, hati yang gelap bersinar terang, wajah yang tadi berkerut tenggelam dalam senyuman bahagia..

Inilah namanya hukum kasih sayang. kekuatanya dapat menghapus ibu sifat mazmumah yang sangat celaka iaitu EGO.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jika kita kurang kasih sayang, BERI lah kasih sayang"
(Dr. Zaharuddin Abdul Rahman)

"Jangan mencari kebahagiaan dalam perkahwinan, Tetapi BAWA lah kebahagiaan itu ke dalam perkahwinan"
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

No comments:

Post a Comment