Monday, February 14, 2011

Selawat keatas Rasulullah SAW

Bismillah...

Sempena Maulud Nabi 1432H, Saya kongsi selawat ke atas baginda kita Rasulullah SAW serta fadhilatnya. Saya terserempak dengan doa ini dengan hanya google perkataan "selawat Rasulullah saw" dan membawa saya ke laman blog hamba Allah ini.

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAHصلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلمwalaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi
صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa

11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita

12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat

15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala

16. Membersihkan hati dan mensucikannya

17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga

18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat

19. Mendapat doa dan salam Nabi
صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.

21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.

22. Menghilangkan kemiskinan

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil

24. Terlepas daripada kutukan Nabi
صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga

26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala

28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar

30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya

32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah
صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya
صلى الله عليه وسلمbertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad
صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya
صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu

Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH

Saturday, February 12, 2011

Jemputan khas

Bismillah..

Sekian lama blog ini terbenam dalam lautan blog-blog di alam maya ini, dengan rasa kesyukuran, saya dapat update kembali. Kali ini dengan menambah bebanan -_-! tetapi untuk mengelakkan kekeliruan dimasa akan datang saya terpaksa membuka 1 lagi link blog terbaru yang hanya memaparkan koleksi foto-foto yang saya sempat merakam.

Saya berharap akan mempunyai banyak masa untuk mengupdate kedua-dua blog ini.. InsyaAllah.

jika blog ini sunyi, silalah ke anatialawi.blogspot.com pula. ok!

Sekian, Asalamualaikum.

Wednesday, January 19, 2011

Salam Sejahtera

Lama berzaman tak update blog. Teramat sibuk dengan kehidupan harian menyebabkan saya makin jarang berhubung melalui maya. Tapi nak kata sibuk.. takdelaa dapat projek ke ape.. cuma sibuk mengatur plan.. mcm2 pembaharuan saya cari dari dari saya hinggalah persekitaran kerja. hasilnya?....



will see.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha

Salam Raya haji, dan selamat berpuasa dimusim arafah. Perut masuk angin itu adalah pekara biasa agi yang jarang puasa seperti yang sedang saya alami sekarang. Walaupun sempat bersahur pagi tadi, tapi saya tak tahu kenapa masih sakit. Apapun saya redha dan sabar. Untung masih belum rasa lapar. kalau tiba2 rasa lapar nanti mungkin tidur penyelesaian bagi kedua-dua masalah diatas.
Semoga Allah swt mengampunkan dosa saya dan tuan/puan di hari yang penuh sejarah ini.

Bila laa dapat buat haji nii.. =_='

Sunday, November 14, 2010

Kunci Kejayaan

Seperti hari-hari Ahad sebelum ini, memang terasa singkat kerana keesokannya adalah hari kerja. Hujung tahun adalah hari yang sibuk melayan kerenah pelanggan yang kebanyakkan akan tekan kita sampai rasa nak penyet. (tempah last minit).

Lumrah berniaga. Kesabaran adalah faktor yang penting. tidak kira anda bos atau kuli. kedua-duanya bergantung antara satu sama lain. Selain dari sabar dalam aspek pekerjaan, Sifat sabar ini juga perlu ada dalam setiap jiwa manusia. Percayalah bila anda tidak sabar seperti terus memarahi seseorang, anda akan rasa bersalah kemudiannya, walaupun memang salah dia, anda akan rasa rugi kerana menegur dengan cara biadap.

Dalam posting ini sepatutnya saya akan upload gambar saya bermain-main ditapak projek saya. Saya terlalu excited utk letak gambar itu, malangnya saya sudah pun pindahkan koleksi album itu dikomputer pejabat. sekarang saya sabar hingga esok, itupun kalau ada ruang untuk saya buka internet.


Monday, November 1, 2010

November 1 : Saya tak tahu

السلام عليكم

Alhamdulillah. Terima kasih pada yang mengingati ulang tahun kelahiran saya. terharu juga kerana saya sendiri macam tak pecaya hari ini hari peringatan kelahiran saya dibumi ini. Lahir dihujung tahun kadang-kadang membuat diri terasa muda kerana lambatnya menunggu Hari Jadi bila masuk tahun baru.

Tahun ini amat bermakna buat saya atas perubahan persekitaran dan juga pada diri saya. Di awal pagi 1 november saya tidak lagi tertunggu-tunggu panggilan dari sahabat-sahabat saya untuk memberi ucapan. Tapi pada pagi itu saya baring sambil memikirkan kejadian saya, proses kehidupan saya dan hingga saya bertemuNya nanti.

Saya membayangkan bagaimana rasanya bila mati. Tahap mana persediaan saya?. Saya mempunyai keluarga yang lengkap sekarang dan saya amat kasihi mereka, tapi apakah kasih saya itu akan kekal hingga ke akhirat atau setakat akhir hayat?. Apakah Tuhan terima saya dengan rasa kasihNya atau sebaliknya?

Saya takut akan kehilangan, dan saya sedar sabar itu adalah jalan ke syurga. Mungkin saya boleh menasihati ibu yang kehilangan anak supaya bersabar, tapi apakah saya tahu apa yang mereka rasa? sedang ia bukan terjadi keatas saya. Hari ini sedih, esok senyum, minggu depan ketawa. Tetapi hati yang luka ambil masa bertahun untuk sembuh. saya sendiri tidak tahu.

Sedang duduk menunggu pesanan makanan tiba-tiba datang penjual vcd haram mengharapkan belian. Saya hanya berpaling tanda tidak mahu beli, dan dia beredar dgn ucapan "TQ". Sentap hati saya, bukan kerana kata dia, tapi terasa seolah roh saya dijasadnya. Walaupun benar atau tidak itu yg penjual itu rasa, tapi saya tidak setuju dgn tindakan saya. Seharusnya saya menolak dengan senyuman, kerana disitu ada 'sabar'. Bayangkan kecewanya dia bila pada saya itu harapan bagi dia untuk makan malam bersama keluarga? (tak kisahlah apa perniagaan dia, asalkan dia manusia. saya cerita tentang komunikasi hati ke hati) saya tak tahu apa yang dia rasa...

Bercakap mengenai impian, jika dimakbulkan disini belum tentu saya akan puas.

"Ya Allah, Aku bersyukur pada nikmat yang Kau limpahkan padaku, aku bersyukur padaMu akan hidayah yang Kau turunkan padaku,
Kau kurniakanlah anugerah hidayah dan taufik ini pada HambaMu yang lain, sahabat-sahabatku, dan keluargaKu,
Apa lagi harusku harapkan melainkan KasihMu dan SyurgaMu.

Aku ingin dekat padaMu, sedekat yang Kau izinkan antara Mu dengan hambaMu.


Ya Allah, Aku mohon kekuatan dariMu keatas ujian buatku yang telah Kau tetapkan dalam

loh mahfuz. Ampuni hambaMu yang sering lupa, Selamatkanlah kami dari AzabMu yang pedih.

Aku mohon Kau jadikanlah aku hamba yang bersabar atas ujianMu hingga dapat ku jejak kakiku ke

SyurgaMU. "


Ciptaan Allah amat unik dan detail, 1:1. tiada 2 yang sama..

*p/s: Walaupun movie 2012 adalah karut, tapi membawa kesedaran.

Friday, October 29, 2010

Update Lagi!


السلام عليكم

Nak pegi makan pula, jumpa selepas ini...

..48hrs kemudian..

Biasalah lepas balik dari makan malam itu, perut kekenyangan..proses penghadaman tak berapa lama sebab saya tiba2 tertidur. Waktu itu bersemangat dengan topik kejadian kemalangan depan kedai ayah saya. tapi sekarang 2 hari sudah..cerita pun dah basi.

Semalam hari Jumaat seperti biasa saya tidak sedar hari itu hari jumaat, datang semangat kerja yang tinggi. Disebabkan lupa juga saya memaksa 2 orang tukang cat untuk menyiapkan kerja yang tak start lagi pun dah betangguh2 selama 2 hari, jadi hari jumaat yg saya tak sedar jumaat, mereka mesti habiskannya pada hari itu. Rasa bersalah juga, tapi saya dah suruh mereka berhenti solat, tapi mereka buat "dono" je. saya ni pun malu juga nak ngadap mereka yg buat tak reti, saya keluar dari ofis itu mencari makan. (makan lagii)

Hampir 2 jam meninggalkan tukang cat itu, saya kembali ke ta
pak projek dan Alhamdulillah sudah selesai. Kebetulan wireman ada di area projek saya itu, dapat juga wireman datang menyiapkan bahagian mereka. jadi 2 kerja sudah selesai! Alhamdulillah.

Jam sudah hampir 4.30petang, saya bergegas pulang ke Ampang untuk mengelak kesesakan dan saya tiba 20minit kemudian. Walaupun terselamat dalam lalulintas, tetapi saya tidak selamat di tempat kerja kerana masih banyak kerja yg perlu saya selesaikan sebelum otak saya pula mengalami keseksakan. :( .
Saya pun tak tahu apa yang cuba saya nak sampaikan, mungkin tajuk yang sesuai utk cerita ini adalah seperti : "Jumaat yang panjang", Jumaat yang sibuk" or whatever.

sebenarnya saya hanya kembali untuk megisi "Update Lagi" yg saya tinggalkan hanya sebaris ayat tergantung.


Ini sebahagian gambar sekitar kejadian petang itu. Yang peliknya saya pun tak perasan kereta ini melambung, sangka langgar sikit je bila dengar dentuman yg biasa2 dengar dan hon bas mcm nak taknak, Bila pemandu kereta Alphard putih (ingatkan client saya) berhenti dan belari ke seberang jalan baru nampak 4 tayar sudah diatas. Inalillahi.. Alhamdulillah, Selamat pemandunya.