Wednesday, September 12, 2012

Setiap yang bernyawa pasti akan mati

“Kullu nafsin dzaiqotul maut” Setiap yang bernyawa pasti akan mati
(QS. al-Ankabut:57)

Dan ketika kematian terasa begitu dekat
terpadam semua hal duniawi, tiada lagi mimpi-mimpi pelangi,
hanya dibayangi wajah yang bakal menjemput
apakah yang hadir itu bersama cahaya? apakah ia membawa kegelapan?

"Astagfirullahal ‘adzim..."
Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung

Tuesday, September 11, 2012

Diselimuti Kehangatan Istanbul

Mimpikan Keindahan Istanbul

Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku termimpikan kota Istanbul.
Aku ingin kesana dan sekuat keinginan aku ingin ke Makkah. Mungkin kerana terlalu rindukan Makkah jadi bila cerita negara-negara anbiya, aku pasti ingin ke sana.

Istanbul ada Masjid Biru.. Ya.. Masjid Sultanahmet.. Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh..



Hujung tahun sudah aku merancang dengan sahabat (Arita) untuk pergi umrah sambil ziarah mesir. Dan awal bulan syawal aku berbincang dengan saudaraku yang pernah ke Mesir dan Turki. Mendengar cerita dari mereka, nafsu aku untuk ke Turki makin kuat. Dan aku ingin mengajak sahabat menukar haluan iaitu dari Alexandria ke Istanbul. Waktu itu sahabat sedang beraya di Leeds,UK. Jadi aku menunggu kepulangannya hujung bulan ini (september) untuk cerita tentang perancangan kami.

* * * * * * *

Kita merancang, Tuhan menentukan...

Tak lama lepas niat itu, saya dapat mesej dari sahabat menyatakan dia serta keluarga akan ke Turki dalam beberapa hari sahaja lagi. Terkesima saya.. Saya teruja dengan mesej dia, tapi saya hampa kerana tak dapat turut bersama. Dalam masa yang sama, rancangan saya turut terpadam. Bermakna jika dapat pergi Umrah dengan sahabat tahun hadapan, saya akan ke Mesir..

Seperti sedang melukis permandangan masjid biru diatas kanvas . sudah ditengah jalan, terpaksa kikis kembali catnya kerana bukan di atas kanvasnya.

pasti kawan terfikir, kenapa perlu kikis? biarlah, lukis yang lain pada kanvas baru.
Tak mungkin lah kawan.. Orang kaya mungkin boleh ke satu tempat berulang-ulang.. tetapi jika dengan Arita, pastilah saya akan pilih Mesir. biar sama-sama baru mengenal, sama-sama tidak bosan.

InsyaAllah pasti ada hikmahNya, dan perancangan Dia lebih baik dari kita.
Mana tahu Tuhan bawa aku ke Istanbul bersama belahan jiwa? <3 p="p">
Di KL sekarang ni sejuk.. suhu cuma sekitar 25~26 degree...aku terbeku dalam suhu 16 degree di pejabat ini. Sesekali diselimut nyaman dengan gambar-gambar indah dari Istanbul. Sahabat ini mengerti perasaan aku, sering dia update gambar-gambar di sana. Aku doakan semoga dia dan keluarga sentiasa selamat disepanjang perjalanan, diredhai Allah SWT dan menemui keajaiban indah disana..~ Aaaamin!


kehangatan Istanbul kuat bersamaku.

Enjoy the pictures!









Pagi itu aku terjaga..rupanya dia sudah selamat tiba dia Istanbul dan dia sampaikan hajatku dengan gambar di atas dengan status ini:

| A Dedication |

My dear friend, Nurul Anati Alawi had ask me to tag her the first beautiful Mosque photo from Istanbul. So this is the best I can get her on our first day.

p/s: The Süleymaniye Mosque, Istanbul
 

:)



Dgn photo ini dari sahabat: 

| Masjid Biru |

Dedikasi untuk sahabat yang merindui Istanbul. Semoga ada rezeki mu sahabat... mungkin bersama pelengkap hidup.. InsyaAllah.. :)

p/s: Sultan Ahmet Mosque, Istanbul
 

Aaamiin, Aaaamiin, Aaamiin Ya Allah. Terima kasih kerana memberi aku rasa cinta.. hanya pada Mu.

Amalam Sunat Ketika Haid

Assalamualaikum,

Sari berita penting... eh ini bukan berita dunia jam 12. 

Alhamdulillah hari ini dapat juga mengisi beberapa penulisan yang sedang saya karang. Saya bukanlah penulis terhebat, apa lagi pengarang puisi termashyur.. Bahasa Malaysia pun selalu dapat B je.. kalau pun A tu mungkin guru saya tersalah tanda. Tapi Alhamdulillah, Allah beri keupayaan untuk saya menulis walaupun ia bukan hobi, tapi kerana saya ini orang nya pemalu, tetapi saya suka bercerita, jadi di blog ini, sebagai pentas untuk saya bersuara. 

InsyaAllah nantikan saja cerpen dari saya akan datang.

Hari ini saya khususkan topik untuk para gadis dan wanita. Lumrah kaum hawa kita diberi haid pada waktu-waktunya. Dan waktu-waktu itu kita direhatkan dari ibadah wajib. Dan waktu-waktu ini kita digalakkan berbanyak berzikir dan berdoa atau membaca tafsiran al-Quran.

Sebut tentang al-Quran, saya kongsikan disini Q dan A mengenai "Amalan sunat ketika haid" yang saya copy dan paste je dari link ini: http://bliss-infinity.blogspot.com daripada ustazah sakinah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan:-

Saya ingin tahu apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika haid dan adakah masih boleh membaca ayat al-Quran ketika uzur?

Jawapan:-

Dibolehkan bagi wanita yang didatangi haid berdoa, berzikir berpandukan zikir-zikir yang disyariatkan dan juga membaca al-Quran. Tetapi keharusan ini dengan syarat ia mesti dibaca tanpa memegang mushaf al-Quran.

Namun, orang yang berjunub (bersetubuh sebelum mandi) dilarang membaca al-Quran, sama ada melalui hafalan ataupun memegang dan membacanya.

Jumhur ulama fekah mengharamkan membaca al-Quran ketika haid sehinggalah wanita itu suci. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah berdoa dan berzikir bukan dengan niat membaca al-Quran seperti membaca basmalahinnalillahi wa inna ilaihi raajiuunrabbana aatina fiddunnya hasanah atau sebagainya yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan doa dan zikir. Bukan membaca ayat al-Quran secara khusus.

Pengharaman ini berdasarkan dalil berikut:

1. Ia termasuk hukum junub kerana bersetubuh disebabkan kedua-duanya disyariatkan mandi wajib. Ini berdasarkan hadis Ali bin Abu Tolib r.a di mana Rasululah s.a.w mengajar para sahabat al-Quran: 

"Tiada apa yang menghalang daripada al-Quran selain junub."

- (Riwayat al-Tirmizi, 146, Abu Daud, jil 1, ms. 281, al-Nasai, jil. 1, ms. 144, Ibn Majah, jil. 1, ms. 207, Ahmad, jil. 1, ms. 84, Ibn Khuzaimah, jil. 1, ms. 104. Menurut al-Tirmizi: Hadis ini hasan sahih. Menurut Ibn Hajar: Hadis ini hasan dan diterima sebagai hujah).

2. Hadis Ibn Umar r.a di mana Rasululah s.a.w melarang wanita haid dan orang yang berjunub membaca al-Quran. 
- (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 131, Ibn Majah, no. 595, al-Daruqutni, jil. 1, ms. 117, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 89. Hadis ini daif kerana riwayat Ismail bin 'Ayyasy daripada penduduk Hijaz. Riwayat Ismail daripada mereka adalah daif. Menurut Ibn Taimiyah dalam kitabnya al-Fatawa, jil. 21, ms. 460: Hadis ini daif menurut kesepakatan ulama yang mengetahui tentang hadis. Rujuk: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 195 dan al-Talkhis al-Habir, jil. 1, ms. 183).).

Menurut sebahagian ulama, harus membaca al-Quran ketika haid. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Malik, riwayat daripada Imam Ahmad, dipilih oleh Ibn Taimiyah dan disokong pula oleh al-Syaukani. Mereka mengunakan dalil berikut:

1. Hukum asal dalam sesuatu perkara adalah harus dan halal sehinggalah terdapat dalil yang melarang. Tidak terdapat dalil yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Menurut Ibn Taimiah, tidak ada nas yang jelas lagi sahih yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Beliau menyambung: Dan sudah sedia maklum bahawa wanita pada zaman nabi juga didatangi haid. Baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran seperti mana baginda tidak melarang mereka berzikir dan berdoa.

2. ALLAH S.W.T memerintahkan agar membaca al-Quran. DIA menjanjikan pahala yang amat besar. Tidak boleh menghalang manusia membacanya kecuali ada dalil yang tsabit.

3. Menyamakan haid dengan junub adalah tidak munasabah kerana kedua-duanya berbeza. Ini kerana junub atau persetubuhan dilakukan atas dasar pilihan sendiri dan boleh menghilangkan hadas itu dengan melakukan mandi wajib. Ini berbeza dengan haid di mana masa datangnya panjang dan berlangsung selama berhari-hari. Junub pula disyariatkan mandi setiap kali ingin mendirikan solat.

4. Melarang wanita haid membaca al-Quran telah mengurangkan pahalanya dan berkemungkinan ada antara ayat-ayatnya dilupai. Adakalanya ia perlu dibaca al-Quran ketika mengajar dan belajar.

Dengan ini, jelaslah bahawa dalil dan pendapat yang dipegang oleh golongan yang mengharuskan membaca al-Quran bagi wanita haid lebih kuat. Untuk lebih selamat, elakkan membaca al-Quran kecuali ketika bimbang ia dilupai.

Hendaklah diambil perhatian, ini hanya melibatkan bacaan al-Quran pada ayat-ayat yang dihafal dalam dada. Tetapi, berhubung dengan menyentuh mushaf al-Quran ketika dalam haid, ia melibatkan hukum lain. Tetapi, pendapat yang paling tepat antara dua pendapat yang bertentangan adalah diharamkan menyentuh mushaf bagi orang yang berhadas berdasarkan keumuman ayat:

"Tidak akan menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci." 
– Surah al-Waqiah: 79.

Juga berdasarkan surat Umar Ibn Hazm yang diutuskan oleh Nabi s.a.w kepada Ahli al-Yaman:

"Maka janganlah menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci." 
– Riwayat Imam Malik, jil. 1, ms. 199, al-Nasaai, jil. 8, ms. 57, Ibn Hibban, 793, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 187. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini disahihkan oleh sekumpulan Imam. Menurut al-Syafie: Telah tsabit di sisi mereka bahawa ia adalah surat Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn Abdul Bar: Surat ini sangat masyhur di kalangan ahli sejarah diketahui oleh para ulama. Pengetahuan ini sangat masyhur. Ia menyerupai mutawatir kerana orang ramai menerima dan mengetahuinya. Menurut al-Albani, hadis ini sahih. Al-Talkhis al-Habir, jil. 4, ms. 17. lihat: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 196, Irwa al-Ghalil, jil. 1, ms. 158 dan lain-lain lagi.

Jadi, jika wanita haid ingin memegang mushaf al-Quran, lapik dengan kertas yang bersih atau memakai sarung tangan. Atau membalikkan halaman mushaf menggunakan rotan, pen atau sebagainya.

Kesimpulannya, dibolehkan membaca al-Quran selagi mana ia tidak disentuh. Tetapi haram menyentuhnya menurut pendapat yang paling sahih.

Ustazah Sakinah

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, semoga artikel di atas berguna untuk panduan muslimah.. 

Jazakallah khairankatheera. love CHM


Monday, September 10, 2012

Holiday yang selumberr

Untuk makluman post ini saya dah taip sekitar 2011.. dan terperap dalam draft box. Jadi hari ini 10/09/2012 baru saya kemaskini dan Post!. Hebat tak saya? XD


uuuYeah! Cuti LAGI!.

2 minggu sebelum 24/12/2010.

Saya telah bercuti bersama keluarga ke Langkawi. 5Hari 4Malam.. lama kan? boleh tawan 1 Pulau. tapi kami telah ditawan oleh beberapa restoran lazat di Pulau Langkawi itu. Jadinya terlepas laa segala lawatan bersejarah mahu pun naik cable car. Cuma dapat ke Pulau Payar yang best, lagi best dapat naik bot Marin PDRM dan lagi lagi lagi super best, setiba di Pulau tersebut, tourist semua dah balik= hanya kami 10org sahaja di Pulau Payar!. baru laa privacy.. :)

2 minggu kemudian.

Percutian yang telah lama dirancang bersama bayang2 "JALAN-JALAN CARI MAMAM" menjadi kenyataan.. walaupun pada awalnya cik eila bakal kami tinggalkan kerana faktor kerja, manakala cik erra pula mood cuti mcm biskut. Ada potesi je saya dgn ina saja yg ke Penang. Namun bila cik eila minta tunggu hingga dia selesai kerja, saya dan ina setuju dengan hbiskan masa ke bengkel utk servis kereta. Dalam masa menunggu, cik erra turut jadi ke Penang. Alhamdulillah sambil dalam hati ("ada laa duit aku nak shopping"), saya yakin ina turut begitu. hahaha..

Jangkaan awal tiba di Penang Jumaat petang, jadi tengah malam. Ape punya plan, kami terlupa akan cuti Krismas. Damn! Jam! hotel tak book.. perjalanan kami hanya memikirkan hotel, hotel, hotel..

Tepat jam 1pagi tiba di Penang.. Pencarian Hotel bermula. Jangan mimpilah nak tidor di Batu Feringghi, mesti full melainkan VVVVIP room atau Open room (tidur dlm keta aah). kami berpatah balik ke sekitar gurney.. ada bilik Rm370, tapi kami hold dulu, untuk cari lagi ditengah town.. 370 untuk berapa jam sgt tak berbaloi... setuju takk??? makluman waktu semasa jam 1.40 pagi.

Jam 2pagi, muncul Garden Inn hotel ditepi jln yg masih sesak.. hotel ** 5 tingkat, bangunan berusia lebih 20tahun..majority Chinese, dengan mata dan tenaga yang makin kaburr.. kami redah je. Rate? Rm146 (1 queen, 1 super single) wow! mane nak dapatkan, tengah2 super peak ni.. hahha..

Hari 2:

Pagi sabtu indah menjelma.. dan saya terpaksa menjadi alarm buat mereka sebelum kena halau dgn house keeping. Misi "JALAN-JALAN CARI MAMAM" terpaksa ditunda kerana khuatiri takde tempat tidur untuk malam itu sekali lagi misi mencari hotel..  namun kami sesat dan perut dah nyanyi tanpa henti, jadi kami terpaksa selesaikan nafsu batin ni dulu.. asal jumpa kedai makan, cina, jumpa cina, kedai makan, haih..mana yang kata penang makan sedap nihh??

Berpusing2, Garden Inn tu ntah berapa kali kami lalu.. memang sesat barat.. di persimpangan lampu trafik, kami tanya kereta sebelah. Kata orang rezeki ehh.. punya lapar tak tengok dah siapa yg kami patut tegur. buka je tingkap, sua muka, terus tanye. Sekali kacak, pakai BMW baru lagi.. warna putih lagi.. bagusnya dia tak sombong. "abang kereta kacak" pun turut turunkan tingkap keretanya.. aiihh..cina.. takpelah. dia cuba memberi direction, kami pun "ok Ok" je.. Lampu sudah hijau, tibe dia hon, suruh ikut "dekat je katenya" huy huy....terkesima dengan pertolongan dia. kalau melayu dah sua business card. hahaha..

Tiba je dilokasi kami hon dan lambaian mesra (itu mestilah dilakukan oleh cek era..pakar goda dia nih) .. dan kembali sesat cari Restoran Nasi Kandar Line Clear.. namun, hilang lapar lepas terkenang budi "abang kereta kacak" hahaha. Pusingan ke 14, baru kami jumpa kedai dan parking.. makan penuh selera tiba2 kasut saya pulak boleh putus! Astagfirullah.. nasib baik ade kedai kat sebelah, selesai makan, terpaksa saya pinjam kasut cik erra wedge 10". SubhanaAllah gayatnya mcm berdiri di tebing 10 kaki tinggi, terpaksa berjalan 0.001km sejam. kata orang catwalk gaya slow motion.. Alhamdulillah nampak sandal terus sy sambar tanpa kira design, yang penting, SIZE 5 ada.

Boleh tahan lama kami di area nasi kandar line clear, siap shopping baju cantik murah di BUTIK AMEBA. Cik Erra makin bernafsu melihat-lihat baju2 disitu, dan saya hanya tengok (memang boleh dipuji, saya sangat berdisiplin dalam bab bershopping ni). Memang dah jadi kebiasaan kalau bercuti, part shopping tu kena last day..baru best sikit.. kalau awal2 takut over spend.. :) .

Memandangkan semalam hotel murah, makanya hari ni boleh laa cari hotel yang selesa. Berangan nak tidur hotel hard rock, sekali yang available Rm600 utk 2org. ayo.. taknak lah..  Akhirnya kami jumpa Hotel Tanjung Bungah. Pernah dah saya lihat hotel ni dalam internet sumpah tak tertarik.. TAPI bila masuk lobby dia..wow, ini 4star. ("asal dlm internet mcm hotel murahan je??" bisik saya) bila receptionist sebut RM260, lega perut saya mendengar dan terus check-in. YAY! ade duit shopping dan makan best!! hehe. Posing2 dianjung hotel, kami naik ke bilik dan tunggu hingga lepas asar barulah keluar mulakan misi
"JALAN-JALAN CARI MAMAM" .

Petang menghala ke Town kami mencari apa2 kedai yang best. AIM kami adalah warung/gerai2 tepi jalan yg ramai orang. Hampeh! asal jumpa kedai cina, lansung tak seperti dibayangkan.. mana pegi kedai2 islam nihh??. Starbuck merata2, tp kalau gi penang makan kat starbuck, baik dok rumah je. Akhirnya kami decide ke Sup Hamid. Sepeti biasa sesat mencari sup hamid, dan kami tersalah masuk lorong kecil, tp dilorong itu juga rupanya ada juga Sup Hamid. Alhamdulillah.. dapat pekena Nasi lemak utara dan Sup Organ (Ina Order) dan sup kambing Ila. saya order mee goreng mamak, dan roti banggali utk cicah dengan sup-sup ina, ila, erra order. heheh (sekali lagi save!)

Kenyang sudah, terus ke Batu Feringghi.. Alahai Jammed. bosan betul. lagi bosan saya yg kena drive. Sampai di Hard rock lagi (masuk kejap dan bergambar...tak dapat tido, dpt posing jadi laaa). kemudian terus ke street bazaar.. akibat tensi mencari parking, saya berhenti di hadapan restoran china yang ada kapal melaka tu.. motif ? sebab saya nampak parking berjagar disitu.

Turun je keta pakcik jagar parking tanya, "nak makan ka nak jalan2?"
saya tanya:  "apa beza?"
Pakcik Jagar: "kalau makan free, free parking laa bukan free makan.. kalau nak bejalan kena bayaq 5 ingget"
saya tanya geng:  "wei, hangpa lapaq lagi ka? ni kedai cina ka melayu? no pork, agak2 halai dak kalau kita makan" (saja buat2 tanya geng dan cakap lorat utara tips nak mintak kurang. lagi pun restoran cina kot..takkan nak makan. ) ...geng geleng tanda kenyang..
saya: "tak boleh kurang sikit kaa... nak tgk2 jaa bukan nak beli apaa.. sat ja"
Pakcik: "gheta besaq takkan x boleh bayaq 5 ingget ja pun..."
Saya: "Ni gheta kak.. bukan gheta saya.. pinjam jaa.. saya ni pun sekolah lagi.."
Pakcik: "takpalah, bayaq 3 ingget, pakcik tak bagi resit, klu sy bg resit nanti kena bayaq 5 ringgit"

Saya lansung hulur rm3. fuh, nasib baik tak tanya banyak, kalau tak, hilang loghat utara saya.

Tak lama pun disana, kerana tak ada idea nak beli apa, kami pun ke sekitar gurney mencari makan tengah malam. Puan Ina cepat betul laparnya ..saya juga sebenarnya.. itulah pasang niat Jalan-jalan cari makan, jadi keja maaaakaan jelah. Tepi laut gurney banyak juga restoran, tak kurang juga kelab malam. 3 kali pusing,  kami sepakat berhenti di Mr.Pot.. dan isilah perut tanpa fikir kolestrol dan lemak. @__@  dan biasanya 30minit selepas makan baru insaf. Itu memang BIASA.

Sampai di bilik tak banyak cakap, solat dan terus zzzz...

Hari 3:

Esok pagi seperti biasa saya akan awal. Sambil tunggu mereka bangun, saya buat lah exercise ringan.. joging setempat sambil mengadap tingkap. bukan apa.. lawa-lawa betul villa-villa di lereng bukit betul-betul bertentangan hotel. Sempatlah berangan sebelum Cik Era tegur saya. "Ko kenapa nok...?"

Ok skip bab tu. Hari 3 adalah hari terakhir kami di penang, esoknya Isnin, jadi kenalah sedar diri.. cepat2 siap, check-out awal dan misi terakhir, mencari pasembor. Kami masih tersesat2 mencari.. ntah kenapa saya ni nama je orang utara, tak pula call sedara2 tanya pasal penang, Cik Eila lagi laa.. boyfren kemain keje kat penang, pun tak ter fikir nak tanya jalan. Betul-betul main redah je dan sebab itu sampailah kami ke Padang Kota.

Pasembor koleksi saya, palet ketam, bebola, dan kueh. RM18. Mulanya saya dengar RM8 itu pun dah rasa mahal., tapi sebab saya ni jenis redha, saya diam je dan makan je. Tiba2 datang cik Era dengan pinggan lebih besar dan ekspresi muka mcm orang kena sambar petir. "cer teka berapa aku punya??" cakap Era. "hmm..RM20 kot" balas saya yang memang fail bab tebak harga nih.. "RM36 beb!!" saya yang tadi sedang sibuk cari isi ketam terus terbeliak pandang Era dan lansung lempar pandang ke pinggan dia.. bezanya lauk dia dengan saya adalah dia ada seekor ketam. Kemudian diturut Ina dan Eila masing-masing Rm20 dan Rm 20 lebih2 .. dan sekali lagi saya juara membeli. XD

Frust dengan pasembor, kami sepakat pulang ke KL. NAMUN akibat sesat, kami langsung ke MALL. Tapau coffee bean untuk perjalanan panjang. Jam 5.00 petang kami bye-bye Penang dengan rasa menyampah dan taubat tak nak cuti lagi kat Penang. Cekik darah!

Misi JJCM kami belum selesai. last destination adelah Mee Udang. Perjalanan 2 jam kami sampai di exit Taiping. Dan sampai di kedai Mee Udang tersebut terus order.. saya dengan confident order special sebab dulu dah pernah makan di situ dan memang best. TAPI malang hari tu buat kami. Rasa dia langsung tak sama seperti saya expect. Pendek kata TAK SEDAP lansung. Era dah tak puas hati begitu juga Ina, begitu juga Eila dan saya diam je sebab redha. (Bukan la saya ni baik sangat.. tapi saya ni memang easy) lepas maghrib, kami ke lokasi Mee Udang kedua. Kali ini baru minta pentunjuk boyfren Eila. huawaa boleh tahan jauh ke dalam. Pukul 10 baru jumpa kedainya.. Ya Allahh..

Tepat Jam 11 beredar nasib baik Era drive, jadi saya dan Eila boleh tidor kerana esoknya kami berdua kerja pagi.. Alhamdulillah Pukul 4 pagi selamat tiba dirumah..

* Pengajaran penting. Sebelum cuti buatlah persiapan sebaik2nya..

Kasih melalui nasihat..

Nasihat yang berkesan adalah melalui kata yang lembut,
tak tinggi suara, tak bermasam muka, tak kasar bahasa,
Nasihatlah seolah kita memperingati diri sendiri.. 
atau seolah menasihat kekasih kita..

kerana hati melahirkan perasaan,
dan lumrah manusia, memiliki HATI.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tangani jiwa dengan SABAR ya kawan.. :) 


Wednesday, April 4, 2012

Kembali lagi di 2012

Assalamualaikum semua.. Selamat Pagi! (senyum nampak gigi)

Alhamdulillah saya kembali ke blog, ini bermakna saya masih siuman, masih sihat, wujud, bangun dan belum mandi. leklu..baru 7:58 ade lagi sejam baru gi kelija. Heee.. (senyum nampak gigi LAGI)

Pagi yg indah ini saya YAKIN semangat sedang membuak tapi pasal apa saya sendiri tak pasti. Yang penting satu kemajuan telah dicapai pagi ini... iaitu UPDATE blog (fuhh..). Sebenarnya bukan susah nak update, nak cakap tak ada masa pun tak juga.. dalam sibuk2 tetap ada break untuk bernafas cara normal sambil minum nescafe....haa.. Mungkin, waktu break yang terhad itu saya laburkan pada game TSS di fB. O_o

Agak haru juga dalam senyap2 sy disini ade juga yg bertanya khabar di fb dan tweeter.. Alhamdulillah..pertanyaan mereka2 ini buat saya kembali ke blog. dan saya dah jumpa masa yg paling sesuai utk update iaitu pagi selepas solat subuh. kalau tidak, lepas solat > hantar adik ke sekolah > sambung tidur biar rezeki dipatuk ayam...

Sambil dengar Adik & Al-Quran kat tv9 ni.. saya ade sedikit pengakuan..ke pemberitahuan eh?
ok STTP.. Yes! Cahaya Hati Muslimah saya tukar ke CHM Diam Ubi Tetap Berisi. heeee.. Sengih pulak..hati-hati belum gosok gigi nih.. Kenapa Ye?? Ini sebagai semangat meneruskan perjalanan blog ini.. dan sebagai insan biasa nafsu tetap akan mengubah rasa dan nasib.

Pada mulanya I was thinking to create a new blog khas untuk saya share perkara2 yang lebih kepada "duniawi" dan Cahaya Hati Muslimah (CHM) is for sharing ilmu agama dan parts of my dakwah.. Namun bila saya lihat balik pada post2 yang lepas banyak je cerita2 duniawi yang telah saya kongsi disini, so whats the point kan? jadi saya pun berfikir "lahaii blog satu ni pun boleh bersarang hampir setahun kalau tambah lagi 1 blog kucing beranak 10 kali pun tak update2" ... hehe 


Hari ini 4th of April 2012. nothing special on this date.. tp new history iaitu update blog... :D oh sangat happy tiba-tiba..harap berterusan hingga penghujung hari dan sambung happy pula esok hari dan hari-hari seterusnya..

Happy Wednesday semua..
Thanx google image.




Friday, April 22, 2011

Lame Beno tak Update ^^, : NAK TOLONG MELAYU KONON!

Assalamualaikum! lama betul tak update blog ni.. busy "betul" lately nih. mungkin juga jemu dengan gaya ruang posting yang agak bosan nih.. tolongg laa upgrade encik blogspot. (awal2 ayat dah komen eh? hehe)

Okay! Hari ini saya nak bercerita - Cerpen! yeay yeay!.. tapi ini cerita untuk orang besor.. budak kecik sila ambil iktibar sambil geleng kepala yea..

Tajuk cerita ini :"Nak Tolong Melayu Konon!".
cerita asal dari : (anda akan tahu bila dah selesai baca).
Golongan sasaran: Berdarah Melayu.
Mood ketika baca: Buka Minda, Buka Hati.

Mengisahkan sebuah perniagaan yang diusahakan oleh orang melayu, malah pekerja-pekerjanya semua melayu- bukan kerana peniaga ini racist, tetapi menghormati tapak perniagaan yang asalnya sebahagian tanah surau/masjid dibelakang kedainya. Namun tidaklah sampai tak terima pelanggan dari kaum lain.. semua pun datang tak kira laa alien.. janji urusan atas matawang dunia dan asli.

Suatu hari yang indah ketika Peniaga (bos saya) ini baru sahaja selesai urusan manakala pekerjanya yang lain dengan urusan masing-masing, beliau didatangi oleh 2 orang melayu kawan lama peniaga ini. Sebenarnya orang ini pernah datang sebelum ini namum Bos saya ni tiada di kedai. Tujuan mereka seperti pelanggan lain yang ingin membuat tempahan plaka tetapi sebelum itu, mereka meminta sebut harga untuk plaka tersebut serta barangan lain sekali. Setiap barangan dalam sebut harga itu berkuantiti 2000pcs. Dan terma serta syarat dibincang dari soal harga hinggalah cara pembayaran. Biasalah adat berniaga, peniaga mesti perlukan wang pendahuluan sebagai tanda tempahan, melainkan Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan adalah diatas nama peniaga tersebut. Dari situ peniaga tetap berada tahap selamat.


Sekian dalam beberapa minggu, 2 Orang Melayu ini kembali untuk membuat tempahan plaka. Contoh dibawa, namun tidak sama dengan keluaran syarikat saya. Jadi, saya tunjukkan pula contoh saya, dan mereka membawa kepada pelanggan mereka. Dari sini urusan antara saya dengan mereka 2 orang melayu ini, bukan lagi dengan bos saya kerana bos membuat persiapan ke Makkah. 2-3 hari datang seorang dari 2 orang melayu itu (iaitu kwn kepada kawan lama bos saya). Dia setuju dengan design cuma perlu kecilkan saiz. Tempahan yang dibuat cuma 100pcs. ok laa lagi. Harga? sepatutnya mahal la dari harga sebut harga yang 2000pcs tu kan? (atas dasar kawan bos, mungkin bos bg diskaun je). Dan! saya hanya terima tempahan bila beserta deposit / LO atas nama syarikat saya. Jika tidak, maknenya saya tak tahu wujudnya tempahan itu.. lebih kurang seminggu tu si Melayu kawan bos saya ni call.. marah-marah siap dengan perli.

begini katanya: " macam ni lah bila buat dengan orang Melayu, lambat siap!. Macam mana nak support melayu ni? awak dah malukan saya dengan customer! macam mana nak tolong orang melayu ni!!?" Menyesal saya letak nama syarikat korang dalam namecard saya!"

Saya terkedu, dan lama kemudian saya recall balik.. dia tempah guna air liur lepas tu tanya barang dah siap ke belum?? (ape motif? nama company saya kat namecard ko sebagai deposit ke??) dan pada masa yang sama, sebenarnya bos saya ni buat juga tempahan dia.. cuma saya saja nak buat dunno. Hati sudah panas dengan kata-kata kurang sopan dia.

Bos aku dah ade di Maakah, Makne.. semua kerja saya in-charge. Nak mengadap Si Orang melayu kawan bos aku yang tak sopan ni memang memualkan. Tapi saya call laa juga suruh datang ambil barang yang dah siap ni DAN saya minta dia bayar pendahuluan separuh harga untuk 100pcs plaka itu ( Ribuan juga beb..) Mungkin dia pun mual dengan saya, jadi kawan dia ni jadi kuli dia mengadap saya. Tapi 2 hari tak muncul.. saya call si kawan kepada orang melayu ini bertanyakan " Bila nak ambil barang? hari tu dah desak sangat??". Rileks je si kawan orang Melayu ni cakap dia tengah busy, mungkin tak sempat sampai..dengan request "Pakcik tak sempat sampai sebelum pukul 6 petang ni.., awak mesti nak tutup kedai kan? boleh tak awak letak SAMPLE pak cik bagi dulu dekat luar pintu, nanti malam pakcik datang ambil.." Saya agak kurang tak sedap hati dengan request dia tu.. (nak lari ke? bukan main minta barang tiba2 nak amik sample jee.. aku minta deposit je kott bukan minta bayar semua..) Untuk kesahihan.. saya minta adik saya ni tunggu laa si kawan orang melayu ni sampai datang. Malam tu dia datang mengambil 10 kotak dan 1 sample TANPA sebarang BAYARAN.

Okay! cool lagi.. 1 hari call... cakap busy... 2 hari call... tak jawab.. seminggu pulak call.. hp off.. 2 minggu call.. "Pakcik tengah busy ni, Bapak ko balik dari Makkah bila?? nanti pakcik jumpa dia sekali, Kawan bapak ko tu gi Ipoh sekarang ni.. ade keje.." Hmm... Grrrrr...

Dah Seminggu Bos balik Malaysia! tak muncul-muncul 2 orang Melayu Budget bagusd ni! Senyap-senyap bagi sms kat bos saya bertulis "Apa ni Tipu, minta lain bagi barang lain, customer saya dah reject. Saya belum ada haji lagi pun takde laa sampai tipu orang"
Uiks?? Sample depan mata saya bagi dan depan mata jugak laa dia approve.

Memang saya geram kali ni.. tadi saya call Orang melayu Konon Bagusd! (OMKB) saya ni, dan cuba cakap elok-elok.. oH! Mula-mula saya call orang yang saya confirm design tu, kawan kepada Orang melayu (KKOM)

Saya: "Assalamualaikum Pakcik, Saya dari Syarikat X ni"

KKOM: " Waalaikum Salam.. Ya awak.."

Saya: " Pakcik, saya nak tahu apa yang buat customer reject?"

KKOM: "Pak Cik tak tau laa.. kamu cuba call Pakcik D .. dia yang jumpa customer, Pak cik kat putrajaya ni..ada kerja"

Saya: Ok.. Salam.

Kemudian saya call OMKB..

Saya: "Assalamualaikum Pakcik D, Saya dari Syarikat X"

OMKB: "ye Walaikumsalam."

Saya: " Pakcik, saya nak tahu apa yang buat customer reject?"

OMKB: "Itu laa saya minta hari tu hinges tu jangan bagi nampak..ni awak buat kat luar.."

Saya: (aku tak notice pulak benda tu, ade ke dia cakap?) "Saya buat mengikut sample yang saya bagi, dan kawan pakcik confirm cuma dia minta tukar saiz dan warna je.. jadi saya buat ikut sample dan requirement dia minta tu laa.. . Dan lagipun, Finishing luar kotak ni Kayu memang kena hinges kat luar, yang hinges kat dalam tu sebab kotak tu dah berbalut dengan material kain / PU, memang laa tak nampak hinges dia." (dalam hati: hayooo..!)

OMKB: "Saya dah cakap haritu kat bapak ko! letak kat dalam! Customer saya memang taknak!

Saya: "Sekarang ni, Kawan pak cik yang deal dengan saya.. dan saya tunjuk kat dia dan dia setuju. pak cik cakap kat ayah saya tu bila pulak? patut pak cik call saya, bukan orang kat Makkah tu.. benda ni semua saya yang in-Charge. saya buat ikut sample yang saya tunjuk."

OMKB: "......."

saya: " Macam nilah, kalau customer dah reject takpa, pakcik return box tu. saya terima balik. Bila pakcik nak hantar?"

OMKB: " ....-" talian di putuskan.

Saya bingung.. (Salah ke aku minta balik?) Kemudian adik lelaki saya yang turut hangin satu badan dengan hal ini terus call balik OMKB.

Adik: "Helo saya ni dari Syarikat X, Plaka tu bila nak hantar balik?"

OMKB: " nanti aku hantar laa aku kat hospital ni.."

Adik: "Macam-macam laa..sekejap kat san, sekejap kat sini..cakap mcm kel*** bila nak bagi balik?"
(adik saya ni memang dah hangin sebab dia kutuk ayah sebelum2 ni jadi keluar laa bahasa ******..darah muda)

OMKB: " Ko laa kel*** macam bapak ko!"

Adik: "Ko la *******" dan letak.

Di sini saya fikir, patut kah orang tu balas kata-kata busuk tu? dah laa kata "Aku tak Haji lagi takde laa menipu orang.." Helloooo! Kami tak tipu ok! awal2 lagi OMKB yang tipu! Quote harga kotak 2000pcs lepas tu order cuma 100pcs dan minta harga yang sama?! minta kurang pulak tu..! Dulu saya dengar OMKB bincang dengan ayah (bos) saya yang dia kena keluar deposit dulu atau LO itu atas nama Company ini. Atlast apa dia bagi?? MAKI HAMUN.

Masuk Akalkah dia sanggup kutuk guna kata Orang Melayu tak pandai Berniaga.. Orang Melayu kaki Tipu.. pada saya kutukan yang keluar dari mulut dia itu hanya describing himself. kan? Umur dah nak masuk 50-an, perangai macam gangster. Ada ke patut balas balik bahasa taik kat budak tu, Tunjuklaa pro sikit.. Cakap hari tu macam baguss je. cari salah orang lain tak habis-habis, tuduh orang tak tentu hala siap kutuk orang yang dah buat haji. Macam tu ke orang melayu beragama Islam? takde pertimbangan lansung.

Saya jamin kalau dia tempah kat orang Cina ke india ke bangsa mana sekali pun,
1) tak mungkin dia boleh dapat barang dia selagi tak bayar habis.
2) tak mungkin dia boleh dapat harga murah macam tu.
3) tak mungkin orang nak layan tempahan dia kalau dia tak letak deposit.

Sebab kami ni orang melayu laa kami tolong melayu dengan dahulukan duit kami. Customer reject mungkin sebab ko sendiri tak pandai market barang. Plaka untuk orang bersara, bukan orang yang sama yang dapat... plaka yang ko tempah ni jauh lebih cantik dari plaka lama yg ko tunjuk tu. Ibarat proton saga baru dengan proton saga lama, mana satu ko nak kalau harga sama ja aku bagi?. Convince laa customer supaya terima plaka tu.. hinges kat luat tu bukan hinges murahan.. hinges yang ada design..

Orang Melayu macam ni punya perangai, memang dialah yang busukkan nama Orang Melayu.

Nak tolong orang melayu konon..

saya rela dia OMKB ni pulangkan balik barang tu daripada amik duit dia.
saya boleh jual pada yang orang lain!.

Jadi Pengajaran buat ORANG-ORANG MELAYU yang terbaca post ini, tolonglah.. jangan busukan status kaum kita dengan perangai macam ini. Bila anda berurusniaga dengan bangsa apa pun harus ada peruntukkan, bukan berdepositkan air liur mahupun maki hamun. dan bukan juga atas dasar talian saudara (kawan, kawan pada kawan, anak, ipar, pakcik, makcik, datuk dan lain-lain). Kalau niat nak tolong orang sekaum berurusan lah seperti anda berurusan dengan kaum lain. Orang Melayu juga setanding dengan kaum lain, cuma yang merosakkan kaum kita adalah kalangan kita yang SUKA AMBIL KESEMPATAN pada kaum sendiri. Ade ke patut Cari orang melayu sebab nak Murah dan boleh bayar lambat!? Memang awal-awal kena Tutup buku.

lagi sekali saya bagi : NAK TOLONG MELAYU KONON!

Sekian. Assalammualaikum.